Wednesday, September 29, 2010

Sedutan Kisah Aidilfitri


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 



Ini ada sedikit catatan dan sedutan cerita tentang hari raya. Izanor sedar kemunculan catatan yang sudah agak lewat. Biasalah! Selain sibuk berkunjung ke sana sini, talian internet selalu tergendala dan buat perangai. Elok-elok hati girang mahu update blog terus terseksa dengan hakikat menerbitkan sekeping gambar dalam tempoh setengah jam. Jenuh mahu menunggu! Hai... tak tahulah bila gejala ini akan berakhir. Apa pun, hari ini Syawal  ke-20 dan harapnya cerita ini masih relevan di mata semua:)

 Malam raya: Izanor bersiap lengkap dan bergaya sopan demi bergambar dengan pelita-pelita. Sungguh beria-ria! Selesai sesi bergambar kami masuk ke dalam rumah dan menonton televisyen seperti biasa.:D


Aksi teruja yang kedua! Tahun ini rumah kami sedia terpasang lampu lip-lap yang berwarna-warni. Itu yang Izanor terkagum-kagum bersemangat hendak bergambar. Kononnya terasa seperti berada di I-City Shah Alam! Hehehe~
Imej sebenar lampu-lampu tanpa model tak diundang. Ada rasa lebih tenang dan lega? ;)

Eh... eh... kami berdua lagi! Jangan risau, kami tak tertinggal bas atau ditinggalkan keluarga kerana asyik bergambar. Hanya dalam bilik biru ini sahaja kami menonjolkan aura dan kuasa=)
Tadaa! Itu dia Super Choc berlima telah memunculkan diri ^_^

"Assalamulaikum... kami datang nak raya!" Inilah satu contoh trip yang paling petah dan kecoh. Tak menang mulut Kak Izanor melayan tetamu-tetamu comel ini. Dari raya kedua sehingga raya kelima, entah berapa banyak trip yang menjengah. Seronok memang seronok sebab Izanor suka kanak-kanak. Tapi, seronok yang penatlah. Seronok yang terkejar-kejar! Bilalah masanya hendak mengadap laptop, kan?(~_~;)

Malam raya kelima: Sepupu-sepupu kenit datang bertandang dan kami pun kenduri bunga api. Yea! Kisya tak padan kecil pun berani menceburkan diri. Tapi, kita kena pegangkan tangan dialah. Dengan kata lain... Kak Izanor tolong pegang dan mainkan bunga api untuk Kisya. Sungguh sadis bila bunga api tinggal berapa kerat saja untuk Izanor bermain khas buat diri sendiri. Izanor hanya mampu bertabah saat Kisya menjeling sinis yang bermaksud: Kaklong umur berapa? Oh, sampainya hati Kisya! T__T

Lihatlah dunia...!! Bila mereka ini datang, terus sahaja laptop Izanor dijajah dan dikepung ketat. Jadi... pembaca-pembaca semua tak salahkan Izanor sebab lambat menulis dan membuat catatan terbaru, kan? Terima kasih kerana amat memahami:) Sampai bertemu lagi~

Tuesday, September 7, 2010

Kad Raya Cikgu Bagi 'A'


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Di kesempatan ini, Izanor ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri buat semua pembaca tersayang. Semoga ceria meraikan 1 Syawal bersama keluarga tercinta. Selamat bertemu sanak saudara dan teman-teman yang dikasihi. Selamat bertentang mata dengan juadah-juadah yang enak belaka! Semasa kunyah lemang yang lazat, jangan sampai lupa Kak Izanor ya! Hehehe~


Kak Izanor juga dengan rendah hati memohon maaf atas segala salah dan silap. Antara kesalahan yang amat disedari dan menonjol ialah:

-Selalu lewat 'update blog' (>_<)
-Lewat menyiapkan manuskrip sehingga meraih perhatian ramai. Wowowo memang... wanted! :P
-Kadang-kadang terlepas membalas komen dan mesej-mesej akibat dari gejala 'sibuk ribut'. (@_@)


Semoga diri ini dimaafkan dan bersamalah kita memperbaiki setiap kelemahan demi masa depan yang lebih gemilang.(Fuh, bunyi seperti ucapan guru bertugaslah pula!)


Sebenarnya... ada cerita panjang tentang memori dulu. Cerita tentang kad raya buatan sendiri yang mendapat markah A. Tetapi, ia tidak mampu direalisasikan saat ini kerana talian internet yang sukar berkompromi. Untuk masukkan hanya satu gambar saja telah menelan selama 30 minit! Itu belum dicampur dengan tempoh proses yang asyik tersekat-sekat. Lambatnya mengalahkan perarakan si siput!


Isk, isk, isk... memang sedih! Kak Izanor sekadar mampu bertabah dan pasrah...


Sekarang ini sudah pukul 2.50 minit pagi! Kak Izanor sudah tidak dapat bertahan lagi. Tidak ada kudrat dan kesabaran menghadapi karenah 'talian internet yang siput'. Jadi... hanya paparan di bawah ini yang sempat ditinggalkan sebagai bingkisan raya. Paparan kkas buat pembaca-pembaca yang banyak menghadiahkan sokongan. Terima kasih sangat! 


Selamat Hari Raya! Sampai kita bertemu lagi;)


Riang Ria Raya ^_^