Monday, December 27, 2010

Terkini Jam 3.36 am

Kisahnya, sudah empat hari tak menulis. Jika ada pun hanyalah sekadar empat ke lima baris ayat status di Facebook dan mesej-mesej yang sempat tertaip menerusi telefon bimbit. Huh, berapa patah sangat?

*Panik*

24, 25, dan 26 haribulan sibuk berkelana dan mengukur peta pantai timur bersama famili. Isnin bersamaan 27 Disember pula sibuk berehat, meluruskan otot badan dan mendobi kain baju yang setinggi banjaran Titiwangsa (dalam perjalanan berkereta memang teruja lihat banjaran dan terus bertegur sapa dengan senyuman sampan)

Masuk 5 hari meninggalkan 'Alakudin' hati memang tak bahagia! Teringat janji mahu buat catatan tentang tip menulis, isk... bila? 

Hari ini sudah 28 haribulan? Bulan ini hanya berbaki lagi 3 hari saja?

*Pura-pura lenyap dari planet bumi*

Okey... penulis sudah tertekan. Kerja-kerja penulisan sudah melambai! (Alakudin jeling-jeling ganas) Ada kesempatan nanti, Izanor pasti bercerita panjang. Terima kasih atas sokongan semua. Sampai bertemu dan senyum-senyum bunga! ^_^

Friday, December 17, 2010

Mendaki Bukit Fraser

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ini kisah cuti-cuti di Bukit Fraser awal bulan lepas. Bila? Tarikhnya 6 November yang jatuh pada hujung minggu. Sekejap saja kami sekeluarga di sana. Hanya semalaman yang dingin. Semalam yang menyaksikan Izanor berbungkus selimut tebal.
  

Bukit Fraser memang tenang dan nyaman. Jika dapat habiskan masa dua minggu secara solo rasanya berbaloi juga. Berbaloi bagi pengaliran idea yang lebih pantas dan deras. Tengoklah... mungkin ada kesempatan pada masa depan yang lebih gemilang. *Berangan Minah Jenin*


Detik penuh ketenangan. Lima belas minit tiba di rumah penginapan. Mereka yang lain sibuk mengisi perut manakala kami berdua (Izanor dan tukang ambil gambar) fokus dan menikmati kedamaian ruang tamu. Oh, sofa putih yang empuk!


Masih lagi tenang. Beria semangat angkat kerusi bawa ke tepi tingkap. Lawa sangatlah langsir sebagai latar?

Kenapa asyik bangkitkan isu tenang? Ha, ini yang mahu beritahu... ketenangan itu hanya sementara. Beberapa minit kemudian Izanor jadi 'wanted'. Ayat dimulakan dengan, "Kaklong..."


Selebihnya tentu dapat dijangka bukan? Ya, dalam situasi kami yang seramai-semuat 5 buah kereta, memang banyak permintaan, ajakan, suruhan, rayuan dan segalanya itu menuntut perhatian diriku gamaknya begitu berharga. Hehehe! Biasalah, nama pun saat-saat kuidamkan bersama kaum kerabat.


Comel solo.

*Kak Izanor pun merasa juga. Yea! Setakat buat pengakuan sudah cukup. Tidak perlu tunjuk gambar. Beri peluang model comel yang lebih sesuai* 


Comel berlima.


Sepuluh budak comel! Selepas melalui pelbagai seksaan akhirnya pasukan aktif ini berjaya dihimpunkan jua. Itu pun sesaat kamera berbunyi klik, yang duduk paling depan itu mula bangkit, berdegil dan tidak mahu ditenteramkan lagi.


Sabar! Sabar... tunggu pasang lilin dulu.


Selamat potong kek! Mereka yang ditakdirkan lahir antara bulan September hingga Disember. Saat ini wajah-wajah pada gambar sebelumnya sedang menyanyi dengan penuh huru-hara yang menggemparkan jiran sebelah. Lalalala~


"Rumah siapa yang mahu dirompak?" *Kecil-kecil dulu tak pernah dapat pakai, kan?*


Semua jerit Gol! Biasalah, Izanor kononnya berlagak sopan. Tak kuasalah nak jerit-jerit dan angkat tangan tinggi-tinggi! *Segan yang lebih, hu*


Terkenang muka skrin laptop...

*Orang yang tidak siap kerja pergi bercuti pasti dilanda trauma*


Itu dia... bukti kami menggegarkan Bukit Fraser. Bravo semua!

Kesimpulannya, memang seronok dan bahagia meniti detik-detik bersama keluarga, walaupun seketika. Okey, senyum-senyum bunga! Sampai bertemu lagi ;)

*Semalam sudah bertemu, hari ini pun... ada kemungkinan esok bertemu juga? Mungkin... mungkin! :D

Thursday, December 16, 2010

Gua Batu Alakudin

Alhamdulillah! Pengembaraan Alakudin dan geng pencari jin sudah lengkap sebanyak 50 peratus. Dalam hati ada bunga-bunga sakura! Sempena meraikan kegembiraan (kelegaan sebenarnya) ini, terimalah pemandangan yang sempat terakam dan dipotret ketika Izanor melaksanakan misi riang ria bersama gua batu.


Sejujurnya, Izanor kekok bergambar dan fobia amat dengan kamera. Bayangkanlah, mahu buat simbol jari 'peace' pun daku tak mampu, hu! *Sungguh sadis*


Jadi, aksi-aksi di luar normal seperti pemandangan di bawah hanya mampu direalisasikan jika disamping keluarga atau kenalan rapat. Realitinya, bergambar secara solo diri ini pasti kaku dan lurus seperti tiang bendera.

 
*Kulit album Oh Alakudin*

Aksi ala tugu negara, kononnya.

Aksi pelancong vs pencari harta karun.

Mana Alakudin? Di sana agaknya...

Semestinya ini bukan gua batu Alakudin. Tajuk dipilih dengan tujuan bikin gempak. Gambar cuti-cuti setahun yang lalu. Arkib lama diselongkar demi mendapatkan bahan bukti yang bermotifkan batu. Salah satu kawasan lapang yang sedikit berbukit di Pulau Langkawi, tak pasti apa nama lokasinya. Kami berhenti dan singgah semata-mata untuk buat kecoh sambil menikmati panorama. Hehehe!  


*Musim bunga sakura seketika cuma. Hakikat, masih ada separuh perjalanan misi yang harus ditempuh. Semoga penulis akan terus bersemangat bara-bara api.

Friday, December 3, 2010

Kampungku (Buaian Bulat)

Hanya seorang penumpang buaian yang sopan:P

Wahhhhh....! Jeritan teruja tanda hampir tiba ke destinasi. Penumpang yang sopan kekal berwatak sopan.


Ini gambar semasa Aidiladha yang lalu. Tiada kesempatan dan tiada perancangan. Jadi baru sekarang dapat dipaparkan. Okey, sebenarnya ada tiga persamaan detik itu dengan hari ini. Ia adalah... kampung, baju kurung dan malam sebelumnya yang dilalui tanpa tidur.


Maksudnya?


Jam 10.00 am nanti kami sekeluarga (ibu dan anak perempuan) akan balik kampung. Memenuhi undangan kenduri kahwin (anak teman pejabat ibu) Hu, Izanor belum tidur-tidur lagi!


(@_@)


Fikir tentang mahu melaram baju yang mana satu memang tak seronok. Fikir perlu gagahkan tangan menghayun si penggosok... uh, malasnya!


Apa pun, Izanor gumbira sebab dapat menyiapkan 6 muka surat pengembaraan Alakudin. Syukur! Terasa berbaloi mata yang pedih-pedih! :D Tak apalah, nanti boleh tidur dalam kereta. Dua jam perjalanan pergi balik. Harapnya dapat kuih bahulu atau kek sodap dari keluarga pengantin! (cita-cita terpendam setiap kali pergi kenduri kahwin)


Selamat beristirehat di hujung minggu!


*Izanor tak punya hujung minggu. Setiap hari pun serupa. Hari-hari kojo. T__T