Sunday, September 25, 2011

Jalan Jalan Raya


Kebiasaan setiap tahun kami sekeluarga pasti beraya ke Melaka. Kebiasaan juga singgah di Mahkota Parade-Dataran Pahlawan atau Jaya Jusco: lokasi terpilih kali ini. Tanpa dirancang bergambar depan Cool Blog. Lama sangat tunggu kaum kerabat yang dok pilih minyak wangi 10ml kan. Hmm!


*Yippa! Berjaya beli baju yang asal usulnya mahal dengan harga RM17*


*Tak percaya kami ke Melaka? Bukti kekecohan di Restoran Jejantas raya ketiga*




Beraya bersama ribuan buku-buku yang harum baunya di Pesta Buku Popular. Kelabu biru  mata jadi blink blink membuat pilihan! Sombong tak mahu ambil bakul-lepas itu lenguh tangan umpama mengendong 10kg beras (sebenarnya tak jumpa bakul itu huhuhu)




Hasil menuai padi (duit). Salah satu buku berharga RM65.00 mampu dibeli dengan bayaran RM17.00 sahaja? Bayangkanlah? Rasa mahu menari-nari ala heroin Hindustan di sana. Tapi apa boleh buat? Hanya ada lantai yang rata. Oh! Raya keenam yang hebat!

(^__________^)v




Raya ke-9 mengisi perut di Gombak. Makaroni bakar dan kek Redvelvet dimasak khas oleh pemilik rumah yang baik budi. Ada nasi lemak ayam berempah lagi. Tanpa diduga kami dibekalkan dengan lebihan makanan-tak mampu menolak dek pemberian yang sungguh bermakna. Menang memakan menang mentapau :D




Tadaa! Inilah Puan Muna 'Izzah Fadzil yang peramah dan pandai memasak. Terima kasih banyak kerana melayan kami berdua yang banyak songeh. Siap minta sudu warna biru. Siapa agaknya? Hehehe! Kak Muna turut membeli novel Aku Mahu Superbibik-Cinderellah VS Rapunzellah dan Kesatria Ajaib hanya dengan mendengar penerangan sinopsis cerita. Huhuhu memang terharulah.

Kak Muna juga bakal bergelar penulis tidak lama lagi. Semoga karyanya cepat terbit dan meraih perhatian para pembaca. Go go Kak Muna!:)




Destinasi kedua : Hello Putrajaya! :D




Kajang: Rumah Puan Husna Adnan. Inilah wajah comel editor novel Aku Mahu Superbibik:D Kami sudah beberapa kali bertemu namun baru pertama kali ber-KLIK bersama. Puan Husna seorang yang ramah dan sentiasa melayan para kenalannya dengan ceria.



Penulis Komik-M dan Novel Kelab Da Vinci: Tuan Nazry Salam. Beliau sangat cergas menulis sehingga mencetuskan rasa cemburu kami (Izanor dan Azzah). Niat berhari raya yang ceria bertukar emosi. Selepas mendengar tempoh (ala pecutan kereta lumba F1) yang diambil bagi menyiapkan sebuah manuskrip kami terus ragut beg tangan dan menerpa ke arah pintu. Memulas tombol dengan ganas. Tak fikir panjang kerana asyik terbayang skrin laptop kesayangan. Kononnya ingin segera pulang dengan semangat cemburu yang membara lalu menulis sehingga lebam.

Kononlah. Jangan percaya. Kami bukanlah tetamu yang tak kenang budi. Jauh sekali tak tahu kawal emosi ya. Kami okey saja dan terus saling berkongsi ilmu penulisan bersama pasangan suami isteri yang sepadan ini. Tuan Nazry suami kepada Puan Husna. Mereka memang cool!:D


*Mestilah ada gambar bertiga tanda meriah*




16 haribulan. Raya ke berapa? Di rumah pengusaha Onepiecebakery: Tuan Muhamad Fazlaidha dan Puan Hajariyah. Selera terlalu teruja menikmati kek aiskrim mana fikirkan tuan rumah lagi. Pandai buat perangai buruk:D Hanya gambar kek lazat yang ada. Lazat perisa blueberry = tunjukkan dua ibu jari.




Keesokan harinya ke Shah Alam rumah makcik yang terbuka. Tersedia hidangan nasi beriani dan spageti (bertambah dua kali). Lihatlah si kecil yang tak mempedulikan kakak sepupunya. Macamlah ipad boleh dukung dia. Hai memang merajuklah. Tapi, sekejap sangat-tak mampu menyombong lama-lama.

Tanpa sedar kami main masak-masak bersama dengan kuali plastik hijau yang sekecil tapak tangan!

(+__________+)




Senyum palsu sesaat. Orang ajak ambil makanan tapi dia terkial-kial betulkan pin tudung lagi. Selepas bunyi KLIK, terus muncung itik dan pandang model sebelah dengan muka kerut. Bila dia kata JOM, kerut terus hilang. Suka sangat sebab mahu jalankan misi memenuhkan pinggan.

\(^________^)/

Friday, September 16, 2011

14 Formula Magis Seorang Penulis Cool (Hebat)

Wah! Tajuk memang cemerlang (over). Guna perkataan formula saja tidak cukup. Ada ilmu magislah konon. Hm... magis tak magis kita tunggu dan tengoklah nanti. Ini sekadar senarai formula. Setiap dari satu akan dikupas-kupas dan dihuraikan dalan setiap catatan yang berbeza. Catatan akan ditambah dan dikembangkan bergantung kepada tahap kelapangan penulis (#________#). 

  1. Idea
  2. Rangka atau draf
  3. USP (Unique Selling Point kebabom)
  4. Masa
  5. Ratu Drama. Ratu Novel? (Ya. Formula khas buat penulis novel fiksyen yang dramatik)
  6. Sabar
  7. Disiplin
  8. Fokus
  9. Pasangan Pengkritik
  10. Momentom
  11. Konsisten
  12. Wawasan
  13. Putera Google (Biasalah penulis kisah dongeng memang asyik fikirkan putera, maaflah hulubalang)
  14. Membaca-membaca-membaca!

I`m looking forward to do and finish it. Really? Yup! Cuma... tak tahu dan langsung tak berani janji tempoh masa yang akan dikorbankan lagi terkorban untuk semua ini. Satu formula seminggu? Selang dua minggu? Hanya satu formula untuk sebulan? Segala andaian dan tekaan adalah berkemungkinan wahai pembaca-pembaca yang cool. Sampai kita bertemu lagi!



(^__________^)

Wednesday, September 7, 2011

Babak 1 Syawal di rumah Izanor

Selepas sembahyang raya dan bersalaman bermaafan. Lalu sesi berfoto yang bertemakan famili potret pun bermula. Tiga kemestian yang sering terjadi:


1) Senang diri! Berkumpul dan susun atur. Bijak-bijaklah ambil posisi masing-masing okey.



 

2) Menanti anak mata kamera sedia memfokus dari sudut yang sempurna. Adakalanya tekanan emosi tunggu tukang ambil gambar yang terlalu cerewet hishh. Dia akan set kamera dalam kiraan 10 saat dan berlari anak menyertai kumpulan model yang sudah berpeluh hidung dahi huhuhu. *almaklum rumahku studioku*



3) Kandid dan aksi bebas




(^__________^)"

Friday, September 2, 2011

Raya Biru Oh Biru


*Cermin kampung Senah White: Izanor Biru*



*Virus biru tersebar luas melibatkan sepupu-sepupu adanya*



*Okey selesai. Boleh bersurai dan memulakan perjalanan balik ke kampung*




Suka! Suka! Paling suka tudung biru yang banyak ton warna. Sekuntum mawar yang timbul di sudut V memang cantik. Model kena pusing belakang baru imej mawar cun akan kelihatan. Namun tak perlulah sebab nanti dikatakan berlagak (macamlah dia seorang dalam Malaysia yang beli tudung ini). Apa pun memang suka memang sayang sangatlah;)


Tudung dibeli awal sehari sebelum pasangannya (si baju). Sungguh yakin membeli kerana hati dan mata sudah sepakat. Terlalu suka sebaik terpandangkan ton warnanya. Terus tunjuk dengan jari minta penjual bungkuskan dengan jiwa yang menggunung rasa kemenangan. Ewahhh!


Pencarian baju berlangsung dengan agak terseksa. Berpuluh-puluh kedai dijejak dan dipijak. Sepanjang jalan TAR kaki melangkah (memang singgah banyak gerai tapi dalam jangka masa pantaslah. Mata bertugas melilau melirik cari sinar biru yang dihajati). Banyak warna biru namun asyik bertemu turqouise dan biru pudar-lemah-layu. Izanor mahu biru yang bersemangat sikit! Ada jumpa tetapi harganya pula ehem-ehem tidak mampu berkompromi dengan status beg dompet isk.


Takdir perjalanan mencari baju raya ternoktah di Seremban jua. Tiga hari sebelum 1 Syawal. Itu pun selepas 4 kawasan terbesar yang mempamerkan ribuan helai baju kurung diterjah. Harap ada bungkusan datang mengetuk depan pintu rumah itu memang tak mungkinlah.


Itulah. Itulah dia baju rayanya. Biru yang turqoise juga kan? :D Sekian catatan raya biru oh biru. Selamat hari raya semua!