Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday : Pensil Magis


Selepas dianugerahkan 55 kali butang Like. Lakaran tiga warna ingin buat kemunculan di Bilik Biru ewah!

Friday, November 18, 2011

Baca@Sekolah: Madrasah Darul Iman


Salah satu projek gerakan demi memupuk semangat suka membaca. Mengembangkan minat membaca yang sedia ada di kalangan kanak-kanak dan remaja. Kamu-kamu dan kamu wahai para pembaca muda. Siapa rasa dia muda angkat tangan depan skrin sekarang. Hehehe!


Baca@Sekolah yang diterajui oleh teman (best friend forever) yang juga penulis, iaitu Cik Azzah Abdul Rahman ini sudah menjejak ke tiga buah sekolah. Alhamdulillah, bagi destinasi dan sekolah yang ketiga Izanor diberi kesempatan masa dan tenaga untuk menyertainya. Halluuu Madrasah Darul Iman:D


7 Oktober: Jumaat yang ceria. Perjalanan berkereta dimulakan seawal 7.30 pagi bersama novelis Izzah Huzaira dari tanah Seremban. Singgah ke Kajang menjemput novelis Umi Danial (kompom best friend forever juga) dan anaknya Danial yang bijak berceloteh. Kereta dipandu oleh Kak Izzah sementara kami bertiga jadi tukang baca papan tanda-tukang buat bising-tukang dengar arahan alat GPS dan segala apa yang mampu ditukangkanlah selama 10 jam (mesti berhenti Rest dan Relax) tempoh pemanduan ke... Terengganuuuu kiteeee!





Selain dari buku-buku yang memenuhkan bonet kereta-berhimpitan bersama beg pakaian kami, stok yang selebihnya hasil shopaholic di kedai inilah. Halluuu Kedai Buku Banggol:D


Ucapan 'halluu' khas di bilik biru ini saja. Di lokasi kejadian yang sebenar, kami ucapkan salam buat guru-guru yang bertugas. Semasa di kedai buku, kami tanyakan jenis-jenis buku, jumlah pembayaran serta beberapa isu tentang buku. *siapa si skema yang taip perenggan ini agaknya? haishhh!*




Sesi memasang rak buku dan menyediakan bahan untuk eksperimen sains. Kak Izanor sedang gunting gambar badut! Tapi, sayangnya tak terlibat dalam eksperimen maka tak tahu perjalanan suka atau duka yang terpaksa dihadapi Encik Badut sebagai watak (mangsa) utama. 


Rak buku kami beli di Giant Kuala Terengganu pada malam sebelumnya. Tidaklah sekadar membeli rak. Sudah tentu kami beli jajan-buah-buahan-jus guava dan wafel rangup sebagai peneman tugasan lewat malam nanti. Yalah, pung pang sediakan bahan sambil berborak sehingga jam tiga pagi! (masih tak sempat siap bahan-itu yang takluk perpustakaan sekolah dan sambung menggunting selagi mampu isk)




Sesi yang berlangsung serentak: Ceramah motivasi dan jom buat eksperimen sains!:D




1) Melakar impian dan harapan. Tugasan yang diberi ialah, cari-gunting dan tampal apa saja imej yang menggambarkan cita-cita kita. Memang kecoh mereka berebut-rebut inginkan imej paling sesuai! Penamat sesi menyaksikan ramai adik-adik yang berminat bergelar pemain bola sepak. Kaki bola sokmo:D


2) Hm! Pasrah tidak dapat turut serta. Memang tak tahu apa aktiviti mereka secara tepat. Mungkin saintis comel (Kak Umi Danial) sedang tanyakan soalan: Siapa suka warna BIRU? Wah, ramainya yang sejiwa dengan Kak Izanor hehehe!


Tak-tak-tak. Tidak relevan langsung! Mungkin soalan yang lebih logik ialah: Siapa hendak buli patung kertas badut???




Tuan Wan Azlan. Penulis novel humor bertajuk Ahmad Al-Kebab! Dia yang berasal dan menetap di Terengganu turut meluangkan masa membantu menjayakan projek ini. Lihat saja hasil usaha pasang-memasang rak yang sukses tanpa kehilangan satu skru pung:D




Ya! Dalam pada sibuk itu beberapa jam sempat dicuri demi acara santai dan melibur. Ewahhh! Sebelum ini Izanor pernah ke Terengganu bersama famili. Dua kali singgah melawat dan bersolat di Masjid Kristal. Sudah mengalami detik dipanah lagi terpanah kilauan kristal yang indah. Namun, semasa itu tiada kesempatan mencuci mata melihat taburan monumen di kawasan bersebelahan. 


Lupakan cerita lama! Hasil persepakatan kami berenam termasuk si kecil Danial yang bersemangat pelancong, terciptalah paparan yang sepoi-sepoi panas ini. Halluuu Taman Tamadun Islam:D


Dua orang lagi teman yang ikut serta ialah novelis Waida Yusof (lagi-lagi best friend forever) dan Cik Roziyah yang merupakan wartawan PTS.



Pemandu pelancong tidak terlayankan ragam kami yang ingin berhenti dan bergambar di setiap replika masjid. Seolah ingin cop tapak kaki mengukir tulisan: Izanor was here! *melampau*




Tidak layak naik keretapi tut tut kuning yang panjang. Ini semuat dan sesuai berenam katanya.








Banyak sangat klik bersama monumen Taj Mahal. Terus kena virus. Love-love-love!:D *Cubaan pertama kali. Sungguh tak pernah buat simbol ini. Peace pun tak reti kan. Kebiasaannya kaku dan sekeras patung. Huhuhu*




Tadaa! Gambar homestay pujaan ramai (kami). Sangat puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan, terutama sekali babak hidangan keropok lekor sebaik lima minit ketibaan kami. Satu kejutan yang lazat nyum nyum nyum! Halluuu Rizan Homestay:D 





Perjalanan pergi balik ke Homestay selepas bersantai-keluar makan-beli rak dan sebagainya memang mencabar. Apatah pula persekitaran yang sudah gelap! Berbekalkan pita rakaman otak yang lupa-lupa ingat bergabung dengan arahan sistem GPS pacuan roda kereta tetap tersesat dan melencong. Teknik berhenti dan meringankan mulut menyoal penduduk tempatan tidak dilupakan. Aduh! Sungguh cemas mengalahkan peserta program Amazing Race gamaknya.


Keluar masuk simpang-pusing kiri kanan-jalan terus... dan, pandangan mata kami bertemu dengan sesuatu! Papan tanda unik inilah yang menyelamatkan kami. Yeah! Siang hari yang masih terang kami sedar dan tahu kewujudan papan tanda yang hanya selang satu simpang dari kawasan homestay.


Begitulah kisahnya papan tanda yang berperanan penting jadi penentu happily ever after buat trip kami. *mari buat ombak*




Racun dan madu! Pengalaman tiga hari bersama Danial tersangatlah menyeronokkan. 




Wajah riang gumbira kanak-kanak Madrasah Darul Iman sebelum kami berangkat pulang yang bergaya menyebutkan: Terbaekkkk!