Wednesday, June 23, 2010

`Wakawaka Karipap`

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai, hai, hai... apa khabar semua? Harapnya sihat dan riang seperti Izanor di sini :D Sebenarnya, jiwa agak serabut dan sedikit tertekan. Maklum sajalah, manuskripnya tidak siap-siap lagi! (>_<)

Namun begitu, alhamdulilah keriangan tetap melanda hidup sehari-hari. Wajah masih berseri-seri. Bagaikan bulan dan lampu lip-lap yang menerangi gelita. Senyuman pun tetap berpanjangan hingga kembang dan tersangkut di telinga! Hehehe, boleh percaya ke? (Janganlah bayangkan mulut merah si badut pula. Itu memang identiti dia. Mana boleh curi!)

Banyak peristiwa yang berlaku. Ada yang seronok dan ada yang tidak. Biasalah! Tetapi, tentulah Izanor mahu bercerita tentang aktiviti menarik yang dilakukan baru-baru ini. Aktiviti yang jarang-jarang terjadi. Aktiviti yang agak bermusim. Aktiviti menyingsing lengan dan menguji kesabaran jari. Hohoho, apa agaknya?


Pembaca-pembaca ada rasa berdebar, tak? Apa? Langsung tak berdebar? Baiklah, baiklah... tanpa perlu membuang saat lagi, marilah mengetahui aktiviti yang telah membahagiakan hati Izanor!


Membuat kuih KARIPAP!


~~~~~\\\(^_^)///~~~~~


Reaksi di atas ialah gaya ombak sebagai tanda sokongan buat diri sendiri. Hehehe. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang seronok sangat buat kuih karipap? Apa yang hebat sangat sehingga ingin buat catatan khas di dalam blog? Okey! Ada beberapa fakta yang harus diketahui terlebih dahulu:

  • Karipap ialah kuih kegemaran sepanjang zaman.
  • Proses pembikinan karipap juga memakan waktu, menuntut perhatian yang lebih dan kreativiti berbunga. (Lebih mudah membeli di gerai depan tanpa perlu seni dan senaman jari)
  • Izanor jarang ke dapur. Jarang menggunakan kuali, periuk, sudip serta penghuni dapur yang lain. Pendek kata, bila dengar perkataan 'masak'... dahi akan berkerut! (Ini rahsia besar ya wahai pembaca-pembaca tersayang!:)

Mahu menonton aksi dan gaya si karipap? Izanor ada menyediakan rakaman detik-detik riang yang tercipta. Demi memupuk rasa yang dramatik, sila tepuk tangan sepanjang menontonnya! :D



Pesta Karipap! Oh, bahagia-bahagia  ^_^


Seni  jari emak :)

Agaknya ini seni jari siapa? (#_#)

Seni jari siapa yang memenangi lipatan kelopak karipap tercomel? Sama tapi tak serupa, woh!

Sah! Bakat ini yang paling menonjol. Lupakan cita-cita mahu membentuk kelopak karipap. Huhu. 

Ho yeah! Apa boleh buat, memandangkan manuskrip Dongeng Sri Bangsar masih belum cukup  masak. Masih belum mahu keluar dari ketuhar, jadi penulis menghiburkan diri dengan menggoreng karipap. Sekian saja. Rakaman yang lain tiada kerana kamera telah lenyap sewaktu Kak Izanor menikmati keenakan karipap.


Sampai bertemu lagi . Senyum-senyum bunga  (^_^)


Nota tambahan: Aktiviti ini terjadi hasil ajakan emak. Kemahuan dan kerajinan sendiri entahkan bila. Huhu. Janganlah terlalu kagum pula. Kak Izanor hanya sebagai pembantu dan penyibuk di tepi dulang. Chef yang serba-serbi hebat tentulah ibu tersayang :)

Monday, June 14, 2010

Riang Ria

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semalam dan semalam adalah hari-hari yang gembira. Hari cuti dan bertemu sanak saudara. Hari balik ke kampung dan meraikan kenduri. Banyak betul majlis kenduri di sana sini. Sungguh meriah seperti hari raya pula! :)

Kak Izanor paling seronok bila dapat bertemu sepupu-sepupu kecil yang ramai. Salah seorangnya ialah buah hati Kak Izanor. Sepupu yang termuda keluarga sebelah emak. Dengan ini, Kak Izanor mahu memperkenalkan kepada seluruh rakyat jelata adanya:

Buah hati beta ^_^


*Sepupu Sedondon*



*Kak Izanor sedang berat Kisya*



Nama dia Kisya Alia. Umur hampir dua tahun. Kisya bila minta dukung, dia tak pandai sebut perkataan dukung. Tetapi, dia akan sebut... berat! Hehehe:P


Contoh ayat dialog Kisya dalam novel ialah:


"Mak, beratlah Kisya!" atau... "Mak, mahu berat..." :D


Okey, cukup sampai di sini. Sebenarnya, ada satu lagi peristiwa riang yang mahu Kak Izanor kongsikan bersama para pembaca. Tunggu ada kelapangan nanti, ya! Sampai bertemu lagi semua ;)