Seorang penulis dilahirkan dengan bakat atau dicipta?
Bakat diasah dan ditajamkan seiring putaran masa. Minat dipupuk dan dikembangkan mekar dengan pelbagai teknik yang mengitari seisi dunia. Semua orang boleh menulis! Ada yang suka tulis cerpen. Ada yang minat tulis novel. Ada yang pandai tulis ayat berbunga. Ada juga yang berseri muka selepas menaipkan (menulis) pesanan ringkas menerusi telefon Blackberry Bold kesayangannya.
Menulis? Menjadi penulis? Mahu menulis cerita serius atau kelakar? Tulisan sependek lima potong ayat atau setebal 500 muka surat?
Terpulanglah! Bergantung kepada sebanyak mana usaha, masa, dan tenaga yang ingin dicurahkan. Bergantung atas pilihan yang mencorakkan lukisan planet bumi tulis kita. Hm! Minat memang minat. Jantung selalu dup dap terlampau bersemangat yang jika pergi buat pemeriksaan X-ray akan terpacul imej mesin taip gamaknya. Berkobar-kobar tak mampu digambarkanlah. Sama taraf dengan wira sukan yang mengharumkan nama negara-disambut dengan jambangan bunga di KLIA.
Namun... ada satu VIRUS yang selalu jadi penghalang. Virus tanpa nama. Virus pemusnah misteri. Virus yang menyebabkan semangat menulis setakat suam-suam dan adakalanya melenyap terus. Padahal kita sudah bersedia, buat jadual menulis dan sistem minda mensasarkan 10 helaian siap bertaip. Tiba-tiba, setakat 60 kali detikan minit-minit, otak sudah penat. Kiub-kiub idea bertaburan merata-rata. Graf tekad menulis pun merosot. Puf! Terus putus asa!
Tekad menulis baru hendak bersinar, virus muncul meledakkan kuasa tanpa kasihan. Umpama cahaya lilin atas kek yang terpadam sebaik tamatnya lagu selamat hari lahir!
(X_____________X)
Okey! Abaikan dan jangan cakap tentang virus lagi. Selamat tinggal virus!
Kita beralih ke topik istimewa. Watak seorang penulis! Yeah! Ubat atau penawar? Hm... pilihan kita akan jadi penentu sama ada mahu menghapuskan atau terus berdampingan dengan si virus. Isk, siapa yang ingin berdampingan? Beri percuma pun tentu tolak mentah-mentah. Lagipun, tadi sudah umumkan tak mahu bercakap lagi tentang virus. Baik... baik!
Misi memperkayakan jiwa dengan ciri-ciri yang tersenarai. Demi melayakkan diri berstatus penulis paling cool dan hebat. Memang penting kita memiliki sembilan peribadi watak sebagaimana yang dicadangkan.
Izanor sendiri masih dalam proses pembelajaran. Dan... ini versi hasil eksperimen dan pengakuan tulus dari saya.
1) Habit Membaca
Saya suka membaca! Sayalah rama-rama buku (tak mahu jadi ulat). Kronologi jadi pengawas perpustakaan semasa di sekolah rendah dan menengah sebagai bukti kecintaan terhadap buku. Pernah cipta rekod tidak tidur semalaman sebab berjaya borong 6 buah buku. Teruja membaca secara marathon tanpa henti dan esoknya bersekolah pagi seperti biasa (janganlah dicontohi huhu).
Membaca tanpa kira situasi. Membaca apa saja bahan dan info. Di saat hati suka dan seronok sangat mahu habiskan bacaan, sambil membuai-menidurkan adik bongsu pun boleh membaca. Sebelah tangan hayun-hayun, sebelah tangan lagi pegang buku. Oh, itu memori tingkatan satu! Sambil isi kain kotor dalam mesin basuh, terjelingkan helaian suratkhabar di sudut kaki, hm! Automatik tangan panjang mencapai lalu baca tajuk yang memancing minat seketika tadi. Seminit dua pun jadi. Peh! Sila buat ombak sebagai tanda kekaguman.
Buku (sebenarnya komik) pernah dirampas pihak sekolah sebab membaca ketika guru mengajar. Sekejap ekor mata melirik dan tunduk membaca, sekejap pandang ke depan. Bakat lakonan tanpa sempadan katakan. Selamat dan sejahtera! Tapi, ada kawan yang mengadu selepas habis kelas. Tiba-tiba, datang pengawas buat segmen terjah. Haish! Hm... tak perlu buat ombak. Para pembaca diizinkan mem-booo dengan vokal secara bisikan (sekali lagi, sikap yang janganlah dicontohi)
Semasa di kolej pula-minggu peperiksaan yang ribut. Berulang dari Seremban ke KL. Sepanjang perjalanan memang serius-skema mata asyik terpaku pada nota poket. Hanya berehat dan iklan saat membeli tiket, memasukkan tiket ke mesin, melangkah ke pintu masuk komuter - tren LRT dan sesekali angkat muka risau terlepas stesen yang dituju. Percayalah... sambil jalan pun membaca! Bergantung harap pada deria khas naluri supaya tak terlanggar tiang mahupun tersungkur ke lantai. Juga deria pandangan sisi yang hanya terasa angin selisih orang ramai lalu lalang tanpa menjeling pun. Memang tak pedulikan dunia sekeliling. Dalam otak terbayangkan deretan soalan yang mencekik urat nafas, erk.
Dasyat! Tapi... rindu mahu ulang aksi yang serupa :D Hm! Pelajar yang panik di saat akhir macam itulah. (Ya... tak perlulah mencontohi amalan menyeksa diri ini)
Aksi normal membaca yang lain sudah tentulah banyak. Sengaja berkongsi cerita dan pengalaman yang kononnya sensasi hehehe.
Keputusan eksperimen: LULUSsss!
2) Imaginasi
*Kamilah superheroin penyelamat dunia*
*Bakal jadi jurulatih pasukan klon Harimau Muda*
*Berangan bina perpustakaan di puncak gunung Kinabalu ewah*
*Sampan kertas ber-inovasi menjadi kotak pensil*
*Oh, akukah si duyung itu?*
Terbuktilah sudah daya imaginasi terlampau yang tak mampu disembuhkan hasil paparan imej-imej di atas:D
Keputusan: LULUSsss!
3) Kritikal
Fokus imej dari depan yang terpaling cantik?
Fokus dari sisi dan jauh sikit pun cantik juga!
Ini baru dua contoh. Ada banyak lagi sudut dan fokus yang boleh dirakamkan. Sama juga dengan hasil tulisan kita. Idea yang tercetus di otak apabila ditaipkan pasti ada perubahan dan perkembangan. Setiap kali semakan semasa sesi bacaan semula tentu ada suntingan. Jangan pernah berpuas hati! Jangan terlalu yakin walau bisik hati kecil menyatakan yang baik-baik.
"Wah! Seronoknya baca dialog yang saya tulis. Sebiji demi sebiji perkataan pun bagus! Saya sungguh berbakat mengarang ayat yang kelakar. Sesiapa yang baca gerenti terpikat dan ketawa tiga jam berterusan. Apa yang ingin disampaikan mesti terpanah ke hati pembaca punyalah! Pembaca mesti termimpi dan mengigau berhari-hari selepas baca hasil tulisan saya hohoho."
"Kenapa bagus sangat jalan cerita yang saya tulis? Konflik ada banyak! Drama bukan main lagi! Sepuluh kali baca pun saya jamin tak akan ada orang yang bosan. Novel yang terbaekkk macam ini, mesti ramai yang bercakap, post status FB dan Twitter... untungnya dapat iklan percuma! Jadikan hadiah untuk kawan pun okey. Hai... saya pun hairan juga, berapa kali semak tetap tak jumpa satu tanda kesalahan? Semua tanda koma, noktah dan seru elok tertera seadanya. Harapkan kekurangan perencah cerita? Itu sah-sah tak wujud!"
"Ehem, ehem... apa yang saya boleh cakap lagi? Saya memang penulis berbakat hebat dan sempurna!"
(X___________X) hasil dialog penulis yang dijangkiti virus khas. (Jangan contohi kuasa 8)
Kritikal! Jadi seorang yang kritikal. Sentiasa berfikir secara kritikal dan luar dari kotak. Luar dari skrin laptop. Luar dan jauh dari persegi rumah kita. Bukannya suruh pilih sifat supercerewet, tapi... KRITIKAL. Kebebasan dan keberanian mengkritik karya sendiri.
Keputusan: Lulus!
4) Disiplin
Disiplin merupakan perasaan taat dan patuh terhadap nilai-nilai yang dipercayai termasuk melakukan pekerjaan tertentu yang menjadi tanggung jawabnya (merujuk paparan Wikipedia).
Suka menulis? Sayang dan cinta menulis? Maka mesti tajamkan fokus penumpuan habis-habisan supaya mampu menulis puluhan buku seperti gambar contoh. Mesti taat menulis setiap hari. Mesti mematuhi jadual menulis.
Menulisvela! Tulis-tulis dan tulis secara konsisten. Itu saja formula demi kelayakan sebagai calon penerima anugerah pingat emas Penulis Terpaling Disiplin.
Keputusan: 50-50... pingat saguhati pun belum tentu. Huhu~
5) Minat
Pilihan dan minat kita. Tak ada siapa yang memaksa. Kita menulis sebab kita suka. Kita menulis kerana itu kerja dan tanggungjawab kita. Rasa riang dan hebat semasa menulis? Maka, teruslah melangkah ke arah destinasi tepat seiring jiwa yang dipenuhi impian menggunung. Jangan salah masuk simpang. Jangan berhenti rehat terlalu lama. Kita memang sudah berada dalam planet bumi tulis. Hanya tunggu saat untuk menggoncang dan menggegarkannya!
Keputusan: Lulus!
6) Sabar
*Bila tiba detiknya pasti akan sama biru seperti mereka*
*Yahooo*
Terdapat kenyataan yang mentafsirkan penulis antara insan-insan yang penyabar di dunia. Terlalu banyak perkara yang menuntut kesabaran. Sejak mula proses menulis yang menciptakan pelbagai ujian emosi sehinggalah manuskrip tiba di meja editor.
Phew, sudah lega kononnya menyapu sebutir peluh di dahi. Ingatkan sudah tenang dan aman jiwa? Belum... ada banyak coobaan lagi! Menanti respon dari editor sememangnya tidak seringan yang dipandang mata. Kita mampu tersenyum dan tersengih secara luarannya. Namun, dup dap (lembut sangatlah bunyi dup dap)... pung pang dalam hati hanya kita yang tahu. Getaran risau dan panik hanya kita yang rasa.
Dua minggu dapat makluman manuskrip diluluskan. Dua minggu lagi mungkin saja tiba-tiba ada perubahan yang mesti dilakukan. Manuskrip tidak cukup WOW, sila tambah dan letak elemen WOW!
Suka atau tidak kita mesti sabar. Harus berusaha jadi seorang yang penyabar. Luar biasa sabar. Bukannya setakat dapat satu emel dari editor: Minta ubah tajuk manuskrip novel kerana terlalu panjang dan tak evergreen, terus beremosi tidak terpujukkan lagi.
"Apa? Dia ingat dia editor atau pembaca? Tajuk yang saya pilih ini sudah terbaik. Seminggu tak tidur malam fikirkan tajuk novel, senang-senang dia suruh tukar dengan alasan murah. Saya memang tak puas hati! Ah! Saya hantar syarikat lain atau terbit sendiri lagi bagus!"
*Oh! Amir dan Amira Pasangan Paling Bahagia dan Serasi Tahun 2012*
"Tajuk yang meletup ini dikatakan terlalu panjang? Ini tak evergreen?" (emosional dan tak boleh terima kenyataan. Erk! Tak mahu mengaku kawan rasanya)
Dipendekkan cerita, ada banyak lagi anak tangga sebelum manuskrip kita diterbitkan dan terjual di pasaran. Persetujuan seorang editor, dua orang editor, pengurus penerbitan, pihak penjenamaan dan sebagainya. Bukan saja persetujuan, tetapi... kita memerlukan keyakinan mereka untuk memilih karya yang benar-benar sesuai menemui mata umum. Bukan saja keyakinan... (senarai dalam bidang kerja yang di luar kefahaman kita sebagai penulis)
Kata kunci dan tagline: Sabar itu indah. SABAR!
Keputusan: Lulus!
7) Mimpi ke Bintang
I can do it!
Kebiasaannya, kita pergi ke pasar dan membeli buah tembikai yang biasa-biasa saiznya-yang tersusun lebih kurang sama. Satu hari kita bangun pagi dengan impian baru. Ingin beli tembikai gergasi! Duit dalam poket belum tentu cukup. Jadi, perlu ambil duit di bank dulu. Selain itu, perlu berebut dengan barisan orang ramai yang semuanya pun inginkan tembikai gergasi. Bagaimana ingin menang? Apa caranya supaya tembikai gergasi jadi milik kita? Letak cop nama kita atau tanda pangkah guna kapur atas kulit tembikai? Mungkin perlu potong barisan? Amboi, cadangan yang tiada sahsiah dan sopan diri. Hm... mungkin harus jadi orang yang paling awal tempah tapak-sebelum pekedai tembikai muncul dengan lorinya?
Memasang impian memang mudah. Proses demi proses menjejak impian itu yang sukar. Seperti bersusah-payah menebas isi belukar. Seakan menghijaukan semula hutan yang terbakar. Impian memerlukan pengorbanan! Sebagaimana impian ingin membeli tembikai gergasi, perlu bangun awal, kumpul duit yang banyak, berebut-rebut dengan ramai orang, fikirkan idea demi mendapatkan tembikai pujaan kalbu... semuanya itu detik-detik pengorbanan yang dipilih.
Mahu jadi penulis paling cool? Silakan bermimpi dan miliki senarai korban yang unggul mulai sekaranggg.
Keputusan: Lulus!
8) Kulit Keluli
Redup-cerah, panas-hujan, kecil-besar, maggie-spaggeti, skrin HP-skrin TV, ini-itu...
Okey... apa maksud semua di atas?
Sebaik saja buku tulisan kita terbit dan bertentang mata dengan pembaca, hanya ada dua kesan. Baik atau buruk? Bagus atau teruk? Oh... mungkin juga ada lebih dari dua ke tiga kesan seperti: Baik, kurang baik, terlalu baik, tidak baik, baik-baik, buruk, buruk sungguh... fuh! Semuanya pun berkemungkinan!
"Tak logik langsung, apa yang penulis merepek agaknya. Jalan cerita yang entah apa-apa! Watak lelaki utama lembut hati menangis air mata berbaldi-baldi? Huh, loya saya baca! Satu bintang pun saya tak mampu bagi. Saya akan campak buku ini ke dalam laut semasa saya berlayar dengan Cruise nanti!"
"Buku yang menyeronokkan. Tak rugi saya beli. Penulis pandai mencuit dan menggelikan hati pembaca. Oh! Tulislah banyak-banyak lagi! Saya ingin jadikan koleksi bacaan sebelum tidur di rak tepi katil. Saya tunggu karya yang seterusnya."
Semua orang ada mulut. Semua ada hak beri komen dan kritik. Nampaknya, semua pun berbakat sebagai juri yang bijaksana. Mereka ada citarasa dan cita-emosi masing-masing. Kita ucap terima kasih untuk pujian yang dikalungkan. Kita senyum (sepatutnya mahu ucap terima kasih juga, tapi... gemuruh jiwa panas hati katakan, jadi tak terucaplah) dan terima kritikan pedas yang dilemparkan. Genggam tangan, hayun ke atas dan berazam menghasilkan karya yang lebih baik lagi.
Peduli tetap peduli. Tapi, jangan sampai tertekan sangat-terlalu fikir ejekan ramai lalu menjatuhkan semangat kita. Oleh itu... sila pergi buat pembedahan bagi memiliki telinga sekeras dan sekebal KELULI hehe!
Keputusan: Lulus!
9) Tukang Cerita @ Panglipulara
*I like pink, but... i love BLUE*
Tukang cerita turut bercirikan seorang penipu. Pandai mereka-reka dan mencipta cerita. Cara paling ideal bagi menambahkan kepakaran sebagai tukang cerita ialah dengan bersikap mesra alam. Mesra memerhatikan aksi dan gaya orang sekeliling-mencuri dengar bahan percakapan mereka. Mesra tonton filem, drama, berita, dokumentari, dan segala jenis tontonan yang mampu meningkatkan penguasaan info. Mesra berkenalan dan berkawan tanpa kira bangsa dan adik, abang, makcik atau nenek. Mesra berfikir di luar logik: Nampak orang pakai baju yang ton warnanya seperti bercapuk-capuk lalu kita tegur, "Oh, baju kena Clorox ya?"
Kita sangka itu memang warna asal baju dia. Fesyen capuk-capuk yang terkini. Kita sangka kita sudah cukup kreatif dengan teguran di luar logik. Rupa-rupanya, warna baju dia sememangnya rosak akibat Clorox! Zasss lari hahaha~
(Fikir-fikir balik contoh dialog baju terkena Clorox ini tak berapa sesuai. Biasalah orang anggap baju capuk semacam mesti kena Clorox. Apa yang tak logiknya, kan? Haish! Yang penting para pembaca tentu faham konsep berfikir di luar logik sebab semua cergas dan cekap)
(Fikir-fikir balik contoh dialog baju terkena Clorox ini tak berapa sesuai. Biasalah orang anggap baju capuk semacam mesti kena Clorox. Apa yang tak logiknya, kan? Haish! Yang penting para pembaca tentu faham konsep berfikir di luar logik sebab semua cergas dan cekap)
I love BLUE and everybody knows it (kononlah semua orang tahu, ceh) So, i am a good LIAR:D
Keputusan: LULUSsss!
Sekian catatan 9 watak yang perlu ada dalam diri seorang penulis serta hasil eksperimen peribadiku. Artikel asalnya di sini 10 Characteristic You Need To Become A Writer!
11 comments:
Terbaiklah gunakan 'rama-rama buku'. Baik, saya akan gunakannya selepas ini :D
Tiada lagi istilah ulat buku selepas ini. Yeah! ;)
Wah!!! :D :D :D
Waida: Terima kasih! Apa, mahu guna 'rama-rama buku' juga? 10 persen! Hehehe!
Husna: Wah kembali sebab sudi berkunjung dan tinggalkan jejak!:D
10 persen?
Cikpuan rama-rama buku, kalau guna begini, bagaimana mahu beri 10 persen? Hihihi
Hm.. hm.. ehem! Tetap mesti beri 10 persen. Jangan cuba-cuba perangkap ya! Saya lulusan psikologi mesra alam. Lalalala:D
wa...rama- rama buku...cntik jd rama 2 tu...hehehe..
Saya banyak yang tak lulus ni. Aduhai :(
Hehe. Saya yakin markah Kak Yayah tentu bertambah setiap masa. Berusahalah Kak Yayah yang cool!^^
memang berguna.. terima kasih..
kak iazanor macam mana pula mahu tarik minat pembaca???
Bagusnyer... Bertambah pulak semangat saya nak kejar cita-cita sebagai seorang Novelis.. Hehe..
Post a Comment