Friday, January 21, 2011

Trivia Aku Mahu Superbibik

Aku Mahu Superbibik juara carta novel remaja Pts. Okey, itu semua pencinta dan peminat novel memang tahu. Apa faktor yang menyebabkan kelarisan jualan mengalahkan keropok lekor panas?


Mungkin ada yang bercita-cita mahu jadi superbibik? Agaknya ramai yang beli sebagai hadiah buat bibik di rumah, supaya dapat memupuk sifat-sifat bibik yang SUPER? Entah-entah, ada yang teringin belajar teknik-teknik mendera dan membuli bibik mereka yang terlampau, eh… takkanlah? 


Nama AinMaisarah yang ngetop. Peminat setia siri Aku Mahu yang ramai. Tajuk novel yang bermagnet. Kulit buku yang cun dan sinopsis yang mengesankan. Isi kandungan Aku Mahu Superbibik yang menarik, lucu, menghiburkan, terkini, tersemat nilai-nilai murni dan selesa di mata khalayak pembaca. 


*Ehem! Ehem! Puji karya sendiri?*


Mestilah!:) Namun, apa yang dinyatakan atas penilaian banyak pihak dan merangkumi kata-kata bermadu dari pembaca-pembaca juga. Selain itu, segala bentuk promosi dan pengiklanan yang dijalankan oleh Pts sememangnya membantu status penjualan. Peningkatan yang merealisasikan kedudukan di tangga pertama. Umpama meraih trofi emas gitu! :D Alhamdulilah... terima kasih banyak semua! 


Baiklah, bilik biru kini mempersembahkan detik-detik trivia:

  • Seawal sesi perbincangan, ada beberapa tajuk Aku Mahu… yang dipertimbangkan. Pilih punya pilih, didapati Aku Mahu Superbibik menepati kadar berat yang paling unggul. Satu kisah yang ideal, terkini dan sensasi. Ewah!

  • Minda paling tercabar dan teruji saat memilih nama-nama bibik. Bukan satu, bukan dua… berpuluh-puluh sebutan, padanan dan cadangan yang timbul. Ha, tahu nama bibik Rika terinspirasi dari mana? Rika Sumanto! Siapa pernah dengar? Watak ibu tiri yang bermata besar ala ikan emas dalam sinetron popular Bawang Putih Bawang Merah. Namun, personalitinya jauh daging panggang dari apilah >_<

  • Aku Mahu Superbibik terbit semasa Pesta Buku Mac 2010. Tak sempat pegang, tak ada peluang tag diri yang bergambar sambil angkat ibu jari. Kisahnya, tak mampu tunaikan janji kepada lima pembaca pertama yang beli. (Kononnya mahu hadiahkan penanda buku) Serius langsung tak perasan siapa pembeli pertama dan pembeli yang seterusnya. Kedai Pink amat sesak! Penulis jadi lupa dan terus hilang kuasa panahan mata. Percayalah~

  • Pengakuan, sebenarnya Izanor automatik malu-malu gajah bila disoal apa tajuk novel yang ditulis. Orang akan tercengang, tersengih, simpulkan senyum dan banyak lagi reaksi lain yang dipamerkan. Tak cukup sekali, bersemangat tanya kali kedua. Ces! Memang berganda seganlah dibuatnya (=_=) Okey, kebiasaannya penerangan lanjut berkenaan perjalanan kisah bibik akan diberitahu dan dihebohkan hingga kering air liur. Hohoho, rasakan!

  • Aku Mahu Superbibik. Secara peribadinya, tajuk yang menarik, lucu dan unik. Walaupun segan, dalam masa yang sama dalam hati memang ada taman permainan! *Buai laju-laju*


  • Pesta Buku berlangsung selama sepuluh hari. Dalam tempoh itu, ada seorang yang namanya Mariam menerusi komen di Facebook mengatakan dia sudah membaca Aku Mahu Superbibik sebanyak tiga kali. Wow! Mariam, you really made my day!

  • Penulis muda berbakat besar, Fatin ada membuat ulasan tentang Aku Mahu Superbibik. Ulasannya penuh kata-kata manis tahap berguni-guni GULA. Thanks, dear! Fatin sungguh emosi terhadap perangai bibik Lestri yang mengada-ngada itu. Rupa-rupanya, keluarga Fatin pernah memiliki bibik yang terlampau tidak ubah seperti bibik Lestri. Wah, membaca novel seolah-olah terbayangkan pengalaman sendiri menyebabkan Fatin mudah menyelami tekanan yang menyeksa hidup Ina:)

Oh-oh-oh... sebanyak 75 peratus penulisan Aku Mahu Superbibik tercipta di sini.

Wednesday, January 12, 2011

Apa Cerita?

Salam 12 Januari...

Rutin harian berfungsi seperti biasa. Buka laptop, kemas rumah, tutup laptop, tonton TV dan sebagainya. Jalan-jalan melawat halaman blog orang lain. Jeling dan tinjau status Facebook orang lain. Namun, perjalanan hidup sendiri tak bergerak-tersangkut... beku dan kaku. Kenapa? Kenapa?

Kata ada cerita tentang Aku Mahu Superbibik yang dikhabarkan pada catatan sebelum ini? Kononnya kurang dari 24 jam, kan? Mana? Mana? Isk, isk, isk...!

Maaf, maaf, maaf... sebab tak mampu mengotakan apa yang dikata. Entahlah, mungkin disebabkan kurang sihat, maka idea menulis jadi malap dan suram. Kebelakangan ini penulis agak penat. Penat dengan segala bentuk beban yang berderet-deret. Berebut-rebut angkat tangan minta perhatian. Ya, beban pun pandai angkat tangan!:P

Apa pun, usaha mencairkan si beku-beku sedang giat dilakukan. Proses pemulihan tenaga seperti memecahkan si buntu-buntu menggunakan tukul besi juga dipercayai sangat berkesan dan efektif. Lihatlah, Izanor bukannya duduk sekadar goyang pinggang dan kaki, ya! *Tepuk tangan seisi dewan*

I`ll be back soon! ^_^

Tuesday, January 4, 2011

Superbibik Terbang Tinggi

Alhamdulillah! Novel Aku Mahu Superbibik tersenarai dalam TOP 50 judul kreatif remaja sepanjang tahun 2010. Berita yang indah! Suntikan semangat yang amat beerti bagi memulakan perjalanan 2011. Ini adalah hasil kejayaan semua yang tidak putus-putus menghadiahkan sokongan. Terima kasih banyak! :D



1. Aku Mahu Superbibik
2. Projek Diet Ain Maisarah
3. Siapa Lebih Popular?
4. Aku, Dia & Gosip
5. Diari Mat Despatch
6. Gadis Bubble Gum
7. Diari Si Ratu Air Mata
8. Aku, Dia & Coklat
9. Dear Yayah The Series
10. Aku Mahu Ain Maisarah
11. Aku, Dia & Glamor
12. Akukah Cinderella Itu?
13. Aku Mahu Popular
14. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
15. Sayalah Puteri Raja!
16. Kita Hanya Di Seberang Jalan
17. Kelab Gadis Ayu
18. Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!
19. Aku Mahu Saiz S
20. Gadis Lolipop
21. My Memory
22. Aku Mahu Ke New York 1
23. Sayalah Putera Mahkota!
24. Buletin Sri Bangsar: Perang Rumah Sukan
25. Aku Mahu Ke New York 2
26. Impiana - Boxset
27. Seperti Keju & Coklat
28. Buletin Sri Bangsar: Juara Rumah Sukan
29. Semanis Tart Ceri
30. Aku Mahu Buli
31. Buletin Sri Bangsar - Boxset
32. O.T.A.I - Tunjuk Bakat
33. Janji Puteri Beradu
34. Nydia, Terendak Dan Bintang: Episod Pengenalan
35. Gadis Piano
36. Puteri Di Alam Fantasi
37. Dunia Jam Sepuluh
38. Lelaki Berkasut Merah
39. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi
40. Sarah dan Senduk
41. Impiana: Misteri Terbongkar
42. Impiana: Finale
43. Gila Gila PSP
44. Nydia, Terendak Dan Bintang: Junior vs Senior
45. Putera Impian
46. Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid
47. Spanar Dan Spatula
48. Ketua Bilik LA 101: Kami Hero!
49. Sepasang Kasut Untuk Sahabat
50. Si Kaca Mata



Senarai ini dipaparkan di laman web UNIKA PTS. Selepas ini, penulis harus bekerja dengan lebih kuat, aktif dan produktif. Semoga 2011 memberikan yang terbaik buat kita. Amin! Sampai bertemu lagi! :)


*Nantikan catatan kisah itu dan ini novel Aku Mahu Superbibik kurang 24 jam dari sekarang.