Saturday, May 28, 2011

Happily Ever After (PBAKL 2011)

*Pakej istimewa edisi terhad*


WOW! Oh jam-kasut-magnet-cawan kopi-pen Kitty... oh-oh-oh! Hanya cincin Blink Biru yang mampu kuraih. Cukuplah, kan?;)


Sejuk mata memandang...


Erk, serabut tak terjelingkan...


Pemandangan sesak dan padat, fuhhh!


1) Curi-curi membaca 2) Tunjuk bakat mengepam


3) Mari bergambar bersama Red Teddy 4) Tunjuk bakat melukis


5) Sesi make-up fotoshoot mengejut


Muka LOST: Where is my violet SPECS?


6) Tunjuk bakat lakonan:P 7) Culik baby comel? Mesti!

 
Hah, itulah babak-babak yang berlaku di kala kami kurang sibuk. Bahaya, kan? Jadi, mesti sentiasa serbu dan padatkan kedai Pink supaya tangan tak menang-menang dan senyuman terus menguntum. Hohoho!



Aha, macam-macam reaksi para peminat buku sebelum membeli. Mereka bukan terus COP dan bawa ke kaunter kurang seminit, ya! Memang mesti pilih-belek-baca sinopsis dan termenung dulu, baru buat keputusan. Ditambah dengan ayat manis ejen-ejen kedai Pink yang menpromosikan... okey! Yakin tak menyesal memang inilah buku yang dicari-cari :D 


Aksi satu dan dua itu memang normal. Aksi yang ketiga, hmm... tak sangka ada lensa tajam yang sempat merakam dan mempotretkan. Sebenarnya, masa ini kami sedang berbual di hujung kedai Pink bersama salah seorang penulis Blink juga. Tak berapa jauh dari sofa, namun pembaca yang meminta tandatangan sudah depan mata. Memang spontanlah longgarkan kaki dan lutut, adoiyai:P


Menara Cupcake, yo!


Pengusaha onepiecebakery: Tuan Fazla, dibantu Cik Azzah yang ceria memegang kotak cupcake, cool! 



Tadaa! Pada hari itu, bagi sesiapa yang mempunyai keratan akhbar, halaman drama bersiri Jutawan Gedik memang tak lepaskan peluang untuk menikmati kek yang lazat dan gebu. Semasa mundar mandir mengambil stok buku, Kak Izanor terlanggar salah sebuah kotak kek di hujung bawah. Opss! (Kita-kita saja yang tahu, okey)


*Kedai tercantik, alhamdulillah*


Hanya 5 buah buku. Sungguh tak perlukan beg roda roda, isk!


Bagi sesiapa yang sedar dan perasan (yang tengok satu demi satu gambar Kak Izanor semasa Pesta Buku dalam album Kak Ain atau album lain-lain, termasuk yang di-tag) kebanyakan baju yang tersarung coraknya... POKODOT! Ia langsung tak dirancang-memang masa beli dan pilih... eh, polka dot? Masa kemas beg baju... eh, polko dot lagi? Eh, baju yang ini pun polka dot? Nampak tak betapa mata Izanor sendiri pun terkejut dengan corak baju yang dot dot sana sini?


Entahlah... ikut hati yang berkenan dan juga keselesaan. Kita pun tak ada baju banyak sangat, jadi angkutlah-tak kisah dan abaikan kes polka dot. Apa yang penting, memang banyak biru dan pink. Ya, pilihan warna kesayangan amat disengajakan:D (Biru: kesayangan, Pink: aura kedai Pink)


Hm, tahun depan pakai baju bintang-bintang okey?


Okey, sekian catatan manis madu dan masam jeruk sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Sesungguhnya, setiap detik akan tersimpan kemas dalam lipatan hati Izanor. Sampai bertemu lagi! Terima kasih sangat-sangat!


*Senyum-senyum bunga semua*

 ^_________________^

Tuesday, May 17, 2011

Geng Penulis (PBAKL 2011)


Lagi-lagi muka yang sama, ya? :D Lokasinya pun tak berubah, sofa kedai Pink juga-juga! Hanya kami bertiga penulis yang berada di sana, disebabkan Kak Ain sibuk dan sentiasa jadi tumpuan, maka Kak Izanor tak ada pilihan melainkan berfoto dengan si Superhero. Bukan senang mahu jumpa Azanil Fitri, kan?


- Bersama Prof. Abdullah Hassan -


- Bersama SN Dato' A. Samad Said -


Cik Ann - SuperEditor Blink


Kulit muka hadapan buku-buku kami direka oleh tuan Khairul Azmi. d(^____^)b


Penyokong kuat Cinderellah. Selalu tanya bila Cinderellah mahu siap? Thanks!:D

Cik Waida- Puan Umi Danial dan Cik Azzah:)


Pernah baca buku siri Tim Best? Sudah ada dua buah : Eksperimen Pertama dan Eksplorasi Flora dan Fauna.  Semasa pesta buku yang lalu, penulisnya telah menjalankan satu slot yang cukup menarik. Yang berbaju putih ala doktor sains itulah penulisnya, Puan Umi Danial! Terdapat beberapa eksperimen yang dibuat bersama sekumpulan pengunjung cilik, termasuklah Kak Izanor dan rakan-rakan. Tapi... Kak Izanor setakat jadi penonton dan tukang sorak sajalah:P Inilah satu-satunya aktiviti yang sempat dihadiri dan akhirnya adalah juga gambar yang belatarkan ruang tanpa PINK. Hehehe!


Penulis yang Disayang Tuhan - Bahruddin Bekri


Akhirnya... impian tercapai dapat bergambar bersama penulis yang hebat, prolifik dan mempunyai ramai peminat ini. Yeah! :D Sejarahnya, kami sudah bertemu tiga kali- di pesta buku 2010, di pejabat PTS dan pesta buku kanak-kanak Disember 2010. Tapi, atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan maka hasrat tertunda. Isk-isk-isk!


Hari terkahir pesta buku, Izanor curi masa dan ruang di celah keributan orang ramai yang bersesak di booth PTS. Tercari-cari dan jelingan mata ternampak susuk beliau yang sedang bertugas di hujung sana, dengan hati berkobar terus memacu langkah... tegur dan terus meluah hajat disaksikan Cik Azzah yang turut serta dalam misi ini. 


Karya terbaru beliau bertajuk Hati Emak, susulan kisah Diari Mat Despatch buku ketiga. Namun, Kak Izanor hanya beli novel Penulis yang Disayang Tuhan. Kak Izanor sudah baca Diari yang pertama dan kedua, jadi... satu hari nanti pasti mahu kumpulkan kesemuanya. Satu hari yang manis bila sudah ada wang besar, okey!


Hari itu memang sangat gumbira-sepanjang perjalanan pulang ke Seremban pun hati masih semekar bunga mawar-seronok dapat bergambar, berbual dan bertemu ramai penulis.


Selain yang terakam di dalam catatan ini, ada beberapa orang lagi penulis yang berkunjung menunjukkan sokongan. Ada juga gambar yang diambil menggunakan kamera mereka, tak ada dalam simpanan Kak Izanor, hmm! Tak kira sama ada membeli buku atau tidak, dari hari pertama hingga hari terakhir, ada yang datang berkali-kali... sokongan mereka amat Izanor hargai.  



Cik Husna-Tuan Resmanshah-Cik Aimi Fazlah-Rehal Nuharis-Faizal Dzasrik-Cik Shazleen
Tuan Naim-Kak Su-Cik Hanna-Tuan Hazlam


TOOOoooChe!!!

Saturday, May 7, 2011

Klik Klik di Sofa Pink (PBAKL 2011)

Baju sama senyum sama, cuma gambar akhir ada LOLIPOP. Thanks!

-Antara yang dapat si kuda laut bermata galak-

Geng Bas Sekolah:D

Ini hanya sebahagian dari berpuluh-puluh, mencecah ratus sebenarnya, aksi dan kenangan yang terabadi di kedai Pink. Apa yang terpapar adalah hasil klik dari kamera milik Izanor. Ya, memang tak banyak. Lagipun, ada sebuah kamera rasmi yang digunakan oleh ejen bertugas (ditambah dengan kamera Kak Ain, Abang Azanil Fitri dan beberapa kamera yang dibawa para pengunjung... hah, bayangkanlah!) Atas faktor memudahkan banyak pihak, memanfaatkan tiap saat dan gaya senyuman anggun, biarlah kamera Izanor terperuk dalam beg. Apabila keadaan memerlukan dan ada kesempatan baru ia menonjolkan personalitinya di mata umum.

Eceh! Bukan sebab awok yang memang malas hendak bergambar ke?

Oh, abaikan saja tuduhan melulu itu. Okey... tiada apa yang mampu dikata melainkan setinggi-tinggi KLCC penghargaan terhadap semua yang hadir dan memeriahkan tapak kedai Pink. TOOCHE!!! 

Percayalah yang halaman hati ini masih berbunga-bunga kembang dan segar kerana tersentuh gumbira menerima kehadiran bertali arus selama 10 hari temujanji kita di sana.