Tuesday, October 12, 2010

Hai Oktober!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pagi ini Izanor bangun awal. Jam 5 suku sudah bertentang mata dengan laptop. (Sebenarnya set loceng 4.45 am > konon!) Izanor berhajat dan bersemangat ingin update blog dengan harapan talian internet berada dalam kesihatan yang sempurna. Hmm... memang boleh tahan aktif tak tersekat-sekat tetapi, gejala gambar yang sukar di-upload masih berlaku!


Awat lagu tu? Isk, isk, isk...


Hari ini 13 Oktober. Sudah tiga belas hari baru cakap HAI? (Sindir Oktober kepada Izanor)


Okey, Izanor sedar hakikat itu. Ada banyak cerita yang mahu dikongsi. Sebolehnya, Izanor cuba membuat seberapa banyak catatan yang mampu bagi memeriahkan bilik biru ini. Tetapi, kadang-kadang percubaan itu sering terganggu dan tergugat. Kenapa? Apalagi kalau bukan sebab...

1) Belum cukup oksigen terpaksa berlumba-lumba dengan masa... fuh~
2) Hah... talian internet suka buat perangai seolah minta digantikan yang baru!

Ikutkan hati Izanor ada cerita tentang bengkel, Kuantan dan Komanwel. Tengoklah nanti, Kak Izanor mungkin update juga tanpa gambar atau melipatgandakan usaha tahap kerahan tenaga terhadap semua aplikasi yang ado! :D


Baiklah, ringkasnya sekarang Izanor sedang mengusahakan manuskrip dongeng yang baru. Tajuknya belum pasti lagi. Buat sementara ini, kita menggunakan nama 'Aladin dan...' Ya, hidup sehari-hari Kak Izanor akan dipenuhi dengan temujanji bersama Aladin pula! Tak ada lagi putera-putera! Eh, Aladin pun okey apa? (Ayat pujuk diri sendiri. Hehehe)


Kak Izanor ingin tulis dengan pantas. Kak Izanor harap idea meluncur dan mencurah seperti hujan lebat. Doakan semoga penulisan ini akan segar-bugar dan jadi yang terbaik dari ladang! Senyum-senyum bunga.^_^ Sampai kita bertemu lagi~   

Wednesday, September 29, 2010

Sedutan Kisah Aidilfitri


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 



Ini ada sedikit catatan dan sedutan cerita tentang hari raya. Izanor sedar kemunculan catatan yang sudah agak lewat. Biasalah! Selain sibuk berkunjung ke sana sini, talian internet selalu tergendala dan buat perangai. Elok-elok hati girang mahu update blog terus terseksa dengan hakikat menerbitkan sekeping gambar dalam tempoh setengah jam. Jenuh mahu menunggu! Hai... tak tahulah bila gejala ini akan berakhir. Apa pun, hari ini Syawal  ke-20 dan harapnya cerita ini masih relevan di mata semua:)

 Malam raya: Izanor bersiap lengkap dan bergaya sopan demi bergambar dengan pelita-pelita. Sungguh beria-ria! Selesai sesi bergambar kami masuk ke dalam rumah dan menonton televisyen seperti biasa.:D


Aksi teruja yang kedua! Tahun ini rumah kami sedia terpasang lampu lip-lap yang berwarna-warni. Itu yang Izanor terkagum-kagum bersemangat hendak bergambar. Kononnya terasa seperti berada di I-City Shah Alam! Hehehe~
Imej sebenar lampu-lampu tanpa model tak diundang. Ada rasa lebih tenang dan lega? ;)

Eh... eh... kami berdua lagi! Jangan risau, kami tak tertinggal bas atau ditinggalkan keluarga kerana asyik bergambar. Hanya dalam bilik biru ini sahaja kami menonjolkan aura dan kuasa=)
Tadaa! Itu dia Super Choc berlima telah memunculkan diri ^_^

"Assalamulaikum... kami datang nak raya!" Inilah satu contoh trip yang paling petah dan kecoh. Tak menang mulut Kak Izanor melayan tetamu-tetamu comel ini. Dari raya kedua sehingga raya kelima, entah berapa banyak trip yang menjengah. Seronok memang seronok sebab Izanor suka kanak-kanak. Tapi, seronok yang penatlah. Seronok yang terkejar-kejar! Bilalah masanya hendak mengadap laptop, kan?(~_~;)

Malam raya kelima: Sepupu-sepupu kenit datang bertandang dan kami pun kenduri bunga api. Yea! Kisya tak padan kecil pun berani menceburkan diri. Tapi, kita kena pegangkan tangan dialah. Dengan kata lain... Kak Izanor tolong pegang dan mainkan bunga api untuk Kisya. Sungguh sadis bila bunga api tinggal berapa kerat saja untuk Izanor bermain khas buat diri sendiri. Izanor hanya mampu bertabah saat Kisya menjeling sinis yang bermaksud: Kaklong umur berapa? Oh, sampainya hati Kisya! T__T

Lihatlah dunia...!! Bila mereka ini datang, terus sahaja laptop Izanor dijajah dan dikepung ketat. Jadi... pembaca-pembaca semua tak salahkan Izanor sebab lambat menulis dan membuat catatan terbaru, kan? Terima kasih kerana amat memahami:) Sampai bertemu lagi~

Tuesday, September 7, 2010

Kad Raya Cikgu Bagi 'A'


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Di kesempatan ini, Izanor ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri buat semua pembaca tersayang. Semoga ceria meraikan 1 Syawal bersama keluarga tercinta. Selamat bertemu sanak saudara dan teman-teman yang dikasihi. Selamat bertentang mata dengan juadah-juadah yang enak belaka! Semasa kunyah lemang yang lazat, jangan sampai lupa Kak Izanor ya! Hehehe~


Kak Izanor juga dengan rendah hati memohon maaf atas segala salah dan silap. Antara kesalahan yang amat disedari dan menonjol ialah:

-Selalu lewat 'update blog' (>_<)
-Lewat menyiapkan manuskrip sehingga meraih perhatian ramai. Wowowo memang... wanted! :P
-Kadang-kadang terlepas membalas komen dan mesej-mesej akibat dari gejala 'sibuk ribut'. (@_@)


Semoga diri ini dimaafkan dan bersamalah kita memperbaiki setiap kelemahan demi masa depan yang lebih gemilang.(Fuh, bunyi seperti ucapan guru bertugaslah pula!)


Sebenarnya... ada cerita panjang tentang memori dulu. Cerita tentang kad raya buatan sendiri yang mendapat markah A. Tetapi, ia tidak mampu direalisasikan saat ini kerana talian internet yang sukar berkompromi. Untuk masukkan hanya satu gambar saja telah menelan selama 30 minit! Itu belum dicampur dengan tempoh proses yang asyik tersekat-sekat. Lambatnya mengalahkan perarakan si siput!


Isk, isk, isk... memang sedih! Kak Izanor sekadar mampu bertabah dan pasrah...


Sekarang ini sudah pukul 2.50 minit pagi! Kak Izanor sudah tidak dapat bertahan lagi. Tidak ada kudrat dan kesabaran menghadapi karenah 'talian internet yang siput'. Jadi... hanya paparan di bawah ini yang sempat ditinggalkan sebagai bingkisan raya. Paparan kkas buat pembaca-pembaca yang banyak menghadiahkan sokongan. Terima kasih sangat! 


Selamat Hari Raya! Sampai kita bertemu lagi;)


Riang Ria Raya ^_^

Monday, August 30, 2010

Sekeping Gambar Seribu Cerita


Ada apa dengan gambar ini? Eh, apa yang menariknya bergambar di tangga? Kenapa berdiri tepi sangat sampai merosakkan pemandangan gambar? Tak tahu seni bergambar ke? Muka nampak lemah semacam… kena paksa dengan siapalah agaknya?

Okey, okey... bawa bertenang semua! Tanpa perlu mendera otak masing-masing sehebat ahli fikir, penulis dengan sukacitanya akan membuat penjelasan bagi menjernihkan keadaan dan hubungan kita. Yea!;)

Sebenarnya... baru-baru ini Izanor menghadiri satu majlis berbuka puasa di Bangi. Majlis berlangsung di sebuah banglo dua tingkat dan itulah tangganya. Tiba-tiba Izanor jadi teruja melihat tangga dan terus merakam aksi bersama. Aksi? Berdiri di sudut tepi tanpa gaya dan emosi itu aksi? ;D Entahlah! Mungkin perut kosong kerana belum berbuka-itu yang nampak lemah. Hmm...mungkin juga itu wajah separuh gerun kerana ditegur jurugambar yang ganas. 

"Janganlah kelip mata!" Oh, dia memang ganas. Senyum pun tak jadi merekah.T__T

Itu sahaja sebabnya? Itu sahaja ceritanya?

Sebenarnya... ini kali pertama Izanor bergambar bersama si baju warna besi. Baju dibeli Mac tahun lepas sempena majlis kahwin sahabat baik. Mustahil tak ada gambar sepanjang majlis, sudahlah jadi pengapit! Huhuhu. Ada... bukan satu dua malah berpuluh-puluh. Jurugambar yang disewa saja ada tiga orang! Tambah dengan orang lain yang turut bawa kamera, huhu tak mahu ingatlah. Izanor memang segan dan fobia kamera.

Izanor diberi gelaran pengapit tak mahu senyum oleh si jurugambar. Bukan setakat tak senyum tapi tak pandang kamera-tak layan langsung pun-fokus pada pengantin semata-mata. Hehehe~

Jadi... kali ini berbeza. Izanor sendiri yang suka dan rela bergambar. Kononnya berbaju warna besi sebagai simbolik semangat menulis yang kebal, kuat dan tahan lasak. Sama seperti sifat besi!

Gambar sayup tak jelas mata memandang pun nak tunjuk?

Sebenarnya... Izanor jarang ambil gambar seorang diri. Yang gambar utama pada Facebook itu pun... itulah satu-satunya. Atas faktor imej dan pengenalan diri. Gambar-gambar yang sedia ada semuanya bersama dengan orang lain di sisi. Betul, tak?

Dalam bilik biru ini pun tak ada. Oleh itu... Izanor sengaja ingin berkongsi gambar ini. Biarlah walau di tangga dan salah sudut sekalipun. Janji gambar seorang diri. ^_^ 
   
Sebenarnya... niat di hati hendak 'membirukan' gambar ini. Sama seperti gambar utama di Facebook. Tetapi, niat dicampak ke laut sebab risau warna baju besi yang ingin ditonjolkan hilang serta-merta. Harap maklum wahai pembaca-pembaca setia. (=_=)

Sebenarnya... sebenarnya... bila nak habis? 

Sekeping gambar mampu mencipta seribu cerita. Kak Izanor sudah cerita tiga kisah di sebalik gambar yang bertajuk: 'Berbaju besi seorang diri di atas tangga'

Huh? Sesiapa yang hanya terbaca tajuk tanpa melihat gambar pasti terbayang pengawal memakai baju besi yang bersedia menjalankan tugas!:D Hmm, Kak Izanor sudah penat dan pedih-pedih mata. Tibalah masa untuk mengundurkan jari. Terserahlah kepada penilaian kreatif para pembaca bagi memberi kredit kepada si gambar.

Selamat hari merdeka! Sampai kita bertemu di catatan yang lain;)   

Saturday, August 28, 2010

Status Manuskrip Dongeng Sri Bangsar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar semua? Apa cerita puasa hari ini? Kak Izanor harap semua pembaca masih bersemangat waja menahan lapar dan dahaga, ya! Jangan curi-curi pergi beli Paddle Pop sorok makan dalam almari atau buka periuk gulai masa tegak matahari:P Eh, eh, eh… siapalah yang buat macam itu?


Terkenang cerita zaman hingusan ke? Soal Izanor kepada Izanor. ;D

Kita abaikan sahaja perkara itu dan beralih kepada berita yang lebih penting. Ya, seperti yang telah digambarkan menerusi tajuk. Status manuskrip Dongeng Sri Bangsar: Cinderellah vs Rapunzelah.


Bulan demi bulan berlalu. Sekejap sahaja sudah berlabuh di Ogos. Segelintir pembaca sudah terhairan-hairan. Setiap bulan pasti ada yang bertanya. Ada yang tanya sudah terbit atau belum. Ada yang sudah mahu cari di kedai-kedai!


Fuh, memang gerun dan terketar-ketar Kak Izanor dibuatnya! (&_&)


Mengapa tidak siap-siap tulis lagi, ya? (Contohilah sifat si kancil yang cerdas, tinggalkan sifat si siput yang amat longlai itu! Nasihat Izanor kepada Izanor)


Okey, di sini Kak Izanor ingin memberi penjelasan agar semua pembaca tahu situasi yang sebenarnya. Sepanjang proses menulis Dongeng Sri Bangsar (DSB), terdapat beberapa gangguan luar yang timbul. Gangguan-gangguan yang dimaksudkan adalah seperti:

-Urusan keluarga dan kehidupan sehari-hari

-Kerosakan laptop yang berpanjangan

-Pengurusan masa

Walaupun masalah yang timbul itu kecil dan mampu diatasi, ia telah menyebabkan konsentrasi seorang penulis jadi terganggu. Kak Izanor usaha beri yang terbaik namun penghujungnya masih tak memadai. Kak Izanor tak mahu mengulas lanjut tentang gangguan ini kerana seolah mewujudkan alasan demi alasan pula. Apa yang Kak Izanor mahu pembaca-pembaca semua tahu ialah…


Kak Izanor ingin menyiapkan manuskrip ini secepat yang mungkin. Go go!
Kak Izanor mahu melompat keluar dari alam dongeng!
Kak Izanor tidak mahu termimpi-mimpi didera oleh keluarga tiri Cinderellah lagi. (~_~)

Sesungguhnya Kak Izanor terlalu segan pada Kak AinMaisarah dan Tuan Pengurus atas sikap toleransi yang melimpah-ruah. Mereka amat penyabar dan langsung tak pernah melayangkan walau sekeping kad kuning, apatah lagi kad merah!

Kak Izanor tidak ada muka yang mampu ditunjukkan kepada para editor buku. Mungkin ada editor yang sudah musykil dan was-was: Izanor itu betul-betul penulis sepenuh masa? Dia masih menulis ke?


Oh, satu kenyataan yang sadis. Hukhuk~


Kak Izanor juga rasa bersalah terhadap semua pembaca, penyokong dan adik-adik tersayang yang sering mengikuti perkembangan diri ini. Terima kasih banyak kerana tidak jemu-jemu mencurahkan sokongan. Terima kasih... terima kasih... !!!


Oleh kerana ingin berlaku jujur sekaligus meraih kepercayaan semua pihak, Kak Izanor ada menyelitkan dua paparan tentang manuskrip DSB dengan lebih terperinci. Sila tonton! :)



Okey... proses penulisan DSB telah siap sebanyak 176 halaman. Gambar ini tak berapa jelas. Namun, semua pasti boleh melihat jumlah halaman yang tertera di hujung bawah sebelah kiri. Sasaran halaman bagi melengkapkan kisah DSB ialah 200 halaman. Tetapi, ia mampu bertambah bergantung pada idea yang mungkin muncul dan muncul penuh aktif mengikut emosi Kak Izanor. Hehehe~



Okey, seperti yang boleh dilihat pada gambar... penulisan ini masih belum lengkap sifatnya. Kak Izanor belum memasukkan reaksi dan nama watak yang menyebutkan dialog. Sememangnya terdapat beberapa bahagian yang masih memerlukan suntingan dari segi ini.

Kesimpulannya, kira-kira tidak kurang dari 50 halaman yang mesti Kak Izanor kerjakan demi melangkah keluar dari alam dongeng dengan anggunnya-tanpa ditahan oleh para hulubalang istana. Huhuhu memang berdebar dan terketar-ketar~

Sekianlah catatan mengenai status manuskrip DSB. Kak Izanor harap para pembaca setia menanti. Semoga doa dan harapan mengiringi perjalanan ini. (Bunyi macam nak pergi jauh ke seberang laut sana)

Wish me luck! v(^_^)v

Senyum-senyum bunga. Sampai kita bertemu lagi! ;)

Thursday, August 26, 2010

Selamat 26 Ogos!

Hari ini ialah hari lahir Cinderellah... Sayangnya, tidak ada siapa pun di alam dongeng yang bagi ucap selamat. Mak tiri Cinderellah? Jerit suruh masak dan kemas rumah bolehlah! Kakak-kakak tiri yang kuat perasan? Menjeling pun hanya sebelah mata, inikan pula mahu meraikan Cinderellah, huh jangan mimpilah! Prince Charming yang diharapkan pula... membeku seribu ayat! Hmm, menangis terpilu-pilu jadinya Cinderellah. Hukhuk~


Siapa yang cakap hari lahir Cinderellah jatuh pada 26 Ogos?


Ada termaktub dalam hikayat alam dongeng ke?


Hmm... ini semua dusta! Cerita rekaan semata-mata. Maaflah pembaca-pembaca yang sudah terpengaruh. Sila ikuti perenggan seterusnya demi membongkar misteri yang pertama kali diwujudkan dalam blog ini. (Tak adalah misteri sangat pun. Jangan letak harapan setinggi gunung. Cukup sekadar serendah banglo dua tingkat)


Kak Long itu siapa?

Pada yang tak tahu lagi, Izanor ialah anak sulung dari lima beradik. Jadi, panggilan Kaklong itu sinonim dan mesra buat Izanor. Jadi... ya, benar! Misteri terbongkar tanpa bantuan ejen 007! Bravo... bravo! ;)


Selamat 26 Ogos! Selamat hari lahir buat Izanor! Kek ini dibeli oleh ayah dan menjadi isu sekeluarga...


Emak: Eh, kek warna-warni... tak ada kek buah?
Adik lelaki: Wah kek kaklong... (ketawa-ketawa)
Adik perempuan yang sudah masuk tidur tapi bangun semula: Isk, ingatkan ada kek buah la tadi.. bla.. bla.. (paling tak puas hati mengalahkan pemilik 26 Ogos)
Ayah dengan wajah tak bersalah: Alah, kek ini simbolik... tak kisahlah apa pun...

Seisi keluarga sambung berdebat. Izanor senyum rasa kelakar yang amat. Sebenarnya, apa yang paling penting ialah tanda ingatan. Tanpa kek pun tak apa. I am soOOO happy!


Kemuncak acara...


Habis makan kek-pergi dapur kemas pinggan ternampak sesuatu yang terang atas singki. Sesuatu yang berbentuk patung badut! Eh.. badut mana pula yang tersesat ini? Rupanya tadi badut duduk elok atas kek tapi dicabut oleh emak (sebab rasa tak sesuai langsung dan betapa kewujudan badut itu tak diperlukan) Semua orang tak faham dan bertambah yakin yang ayah salah beli kek. T__T


Adik perempuan: Sejak As kecil pun tak pernah dapat kek macam ini... umur Ayong dah berapa.. (terus gelak-gelak jahat. Ceh)


Tapi, Kak Izanor pun tak tahan gelak dibuatnya. Hahaha. Lihatlah badut yang tak bersalah...


Hari ini Kak Izanor ada buka Facebook sebanyak tiga kali. Walaupun tak kisah sebenarnya, tapi.. terhairan-hairan juga, kenapa tak ada orang bagi ucapan? Kenapa ya? (Perasan orang nak ucap selamat. Hehe) Sampai la terfikir sesuatu. Kak Izanor terus pergi periksa bahagian maklumat. Oh! Sendiri yang tak letak tarikh hari lahir, siapa yang akan tahu? Hehehe... okey, sila ketawakan kelemahan sendiri. Entahlah, dulu pernah letak rasanya... masa awal-awal daftar Facebook. Satu misteri baru! Kak Izanor tinggalkan semua dengan persoalan ini ;)


Sempena di usia baru... Kak Izanor hadir dengan semangat baru. Kak Izanor mahu lebih banyak menulis dan menulis. Kak Izanor pun tak mahu biarkan bilik biru ini lama-lama. Ada banyak cerita yang mahu dikongsi, terutamanya yang berkaitan dengan hari raya. Semoga semua pembaca tersayang akan setia berkunjung di sini. Selamat berpuasa hari ke 17. Sampai kita bertemu lagi! Senyum-senyum bunga ^_^

Wednesday, July 14, 2010

Khabar Terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Rindu pada blog. Rindu mahu berpanglipulara. Tetapi, masanya amat terhad! (Sob, sob... SEBAK!) Oleh itu, cukuplah sekadar ini. Terimalah...


Nota segera yang segar! ;)


Kesihatan > Batuk-batuk manja. Sudah seminggu. Akibat makan keropok = minyak. Kuhkuhkuh~

Lokasi > Cyber Cafe. Ya, laptop sedang sakit-sakit. Mungkin perlu ke 'klinik' lagi. Hmm...

Masa > Lagi 14 minit tepat 9.00 malam.
 
Emosi > Cool! Setenang bayu pagi. Sesekali bayu ribut juga!
 
Apa yang mahu ditonton malam ini > My Girl di Animax. Siaran ulangan >_<
 
Sebelum tidur pasti terkenang > Manuskrip yang berdegil tidak mahu lengkap-lengkap. Wowo salahkan manuskrip pula! Siapa yang berdegil sebenarnya? Oh, memang trauma T__T
 
 
*Setiap nota memang tiada perkaitannya. Hanya taip apa yang terlintas di jalan fikiran. Apa pun, semua ini khas buat pembaca-pembaca tersayang :D Sampai bertemu lagi~