Lagi-lagi muka yang sama, ya? :D Lokasinya pun tak berubah, sofa kedai Pink juga-juga! Hanya kami bertiga penulis yang berada di sana, disebabkan Kak Ain sibuk dan sentiasa jadi tumpuan, maka Kak Izanor tak ada pilihan melainkan berfoto dengan si Superhero. Bukan senang mahu jumpa Azanil Fitri, kan?
- Bersama Prof. Abdullah Hassan -
- Bersama SN Dato' A. Samad Said -
Cik Ann - SuperEditor Blink
Kulit muka hadapan buku-buku kami direka oleh tuan Khairul Azmi. d(^____^)b
Penyokong kuat Cinderellah. Selalu tanya bila Cinderellah mahu siap? Thanks!:D
Cik Waida- Puan Umi Danial dan Cik Azzah:)
Pernah baca buku siri Tim Best? Sudah ada dua buah : Eksperimen Pertama dan Eksplorasi Flora dan Fauna. Semasa pesta buku yang lalu, penulisnya telah menjalankan satu slot yang cukup menarik. Yang berbaju putih ala doktor sains itulah penulisnya, Puan Umi Danial! Terdapat beberapa eksperimen yang dibuat bersama sekumpulan pengunjung cilik, termasuklah Kak Izanor dan rakan-rakan. Tapi... Kak Izanor setakat jadi penonton dan tukang sorak sajalah:P Inilah satu-satunya aktiviti yang sempat dihadiri dan akhirnya adalah juga gambar yang belatarkan ruang tanpa PINK. Hehehe!
Penulis yang Disayang Tuhan - Bahruddin Bekri
Akhirnya... impian tercapai dapat bergambar bersama penulis yang hebat, prolifik dan mempunyai ramai peminat ini. Yeah! :D Sejarahnya, kami sudah bertemu tiga kali- di pesta buku 2010, di pejabat PTS dan pesta buku kanak-kanak Disember 2010. Tapi, atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan maka hasrat tertunda. Isk-isk-isk!
Hari terkahir pesta buku, Izanor curi masa dan ruang di celah keributan orang ramai yang bersesak di booth PTS. Tercari-cari dan jelingan mata ternampak susuk beliau yang sedang bertugas di hujung sana, dengan hati berkobar terus memacu langkah... tegur dan terus meluah hajat disaksikan Cik Azzah yang turut serta dalam misi ini.
Karya terbaru beliau bertajuk Hati Emak, susulan kisah Diari Mat Despatch buku ketiga. Namun, Kak Izanor hanya beli novel Penulis yang Disayang Tuhan. Kak Izanor sudah baca Diari yang pertama dan kedua, jadi... satu hari nanti pasti mahu kumpulkan kesemuanya. Satu hari yang manis bila sudah ada wang besar, okey!
Hari itu memang sangat gumbira-sepanjang perjalanan pulang ke Seremban pun hati masih semekar bunga mawar-seronok dapat bergambar, berbual dan bertemu ramai penulis.
Selain yang terakam di dalam catatan ini, ada beberapa orang lagi penulis yang berkunjung menunjukkan sokongan. Ada juga gambar yang diambil menggunakan kamera mereka, tak ada dalam simpanan Kak Izanor, hmm! Tak kira sama ada membeli buku atau tidak, dari hari pertama hingga hari terakhir, ada yang datang berkali-kali... sokongan mereka amat Izanor hargai.
Cik Husna-Tuan Resmanshah-Cik Aimi Fazlah-Rehal Nuharis-Faizal Dzasrik-Cik Shazleen
Tuan Naim-Kak Su-Cik Hanna-Tuan Hazlam
TOOOoooChe!!!


























