Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tujuh hari menjelang Pesta Buku! Seperti biasa, sama seperti tahun-tahun yang lepas... Izanor akan menghadapi satu masalah. Izanor pasti mempunyai senarai panjang buku-buku yang hendak dibeli mengalahkan resit bil air selama empat bulan! Situasinya tidak pernah berubah di mana, semasa berlangsungnya pesta buku itu nanti... senarai yang sedia ada sememangnya akan ditambah-tambah! Hai... sungguh tidak berdisplin! Tamak pun ya juga! :D
Tetapi, ada tetapinya ya... walaupun memiliki senarai panjang yang telah ditambah pada setiap ketika, di penghujung cerita, setelah tempoh Pesta Buku tamat dan Izanor selamat pulang ke rumah. Apa yang terjadi? Buku-buku yang dibeli tidak akan cukup jumlahnya dan langsung tidak menepati kehendak senarai. Setiap tahun begitulah sejarahnya. Setiap tahun pasti kecewa kerana tidak mampu membeli buku sebanyak yang diseru dan dirayu oleh Cik Hati. Apa boleh buat? Cik Hati terpaksa berkompromi dengan Encik Poket Kempis.
Namun demikian, setiap tahun juga Izanor bersyukur, menerima dan bergembira dengan koleksi buku yang telah memeriahkan tingkat-tingkat rak sehingga ada yang masih belum sempat dibaca lagi.
v(n_n)v
Rasanya semua pembaca tentu sudah menyenaraikan buku-buku idaman kalbu. Maklum sahaja, tarikh Pesta Buku yang hanya seminggu pejam dan celik mata! Okey, tanpa ragu-ragu lagi Kak Izanor ingin memaparkan buku-buku yang selalu mengunjungi mimpi di kala lena dengan ucapan "Belilah aku! Mari beli aku... aku buku yang hebat dan menarik!" Hehehe:P
Mungkin kita mempunyai minat dan keinginan yang serupa. Lihatlah senarai ini! :)
1- YAKJUJ DAN MAKJUJ
2- ISKANDAR BUKAN ZULKARNAIN
3- TIP MENJADI PENULIS BEST SELLER
4- JUARA PENTAS
5- DI MANA TERANGNYA BULAN
6- DIARI MAT DESPATCH
7- DIARI SI RATU AIR MATA
8- JAJA DAN DIN
9- VERSUS
10- 1-4-3
11- PENAKLUK JERUSALEM
12- 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH
13- KOMIK AVIASI FANTASI
14- KOMIK KECEMPRENGMAN
15- KOMIK AKU, KAU DAN BOLA
16- KOMIK SMASH 20
Oh, setakat 16 buah? Huh, jangan tertipu wahai pembaca-pembaca. Ini hanya separuh! Kak Izanor tak sanggup menaip keseluruhan senarai kerana mahu bersikap merendah diri sambil menyorokkan aura fanatik terhadap buku yang sentiasa membara-bara. Hehe!
Okey, Kak Izanor harus meminta jari sekarang. Kepala sudah pening kerana berjam-jam termenung memandang tabung manggis yang seolah minta dipecahkan itu. Huhu. Kak Izanor benar-benar buntu, sama ada hanya mengorek tabung manggis atau turut mengorek tabung durian?
Hmm, nampak gayanya Kak Izanor perlu membeli tabung mangga pula selepas ini bagi menggantikan tabung manggis dan tabung durian yang sedang retak menanti belah itu! :D
Akhir kata, Kak Izanor ingin mengucapkan selamat berkunjung ke Pesta Buku, selamat membeli dan menikmati buku-buku yang baru. Senyum-senyum bunga semua! Sampai kita bertemu lagi :)
No comments:
Post a Comment