Apa khabar semua? Terima kasih kerana setia menanti diari yang asyik bersambung-sambung ini. Jangan risau, ini adalah kiriman yang terakhir. Beerti, tiada lagi episod seterusnya yang perlu ditunggu-tunggu. (Entah-entah tak ada siapa pun yang tunggu. Hai, sedarlah diri wahai Izanor! Hehe)
Pertamanya, Kak Izanor mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka... (tak ubah seperti ayat dalam karangan berbentuk ucapan Bahasa Melayu:)
Okey, tukar ayat! Bersaksikan kalendar, telefon bimbit, segelas air, deretan buku-buku yang baru dibeli, mangga kunci, taburan duit syiling, hmm... (menjeling segala muatan yang mendiami meja ini) Kak Izanor ingin merakamkan penghargaan buat semua yang hadir ke Kedai Pink, yang bertegur sapa, yang bergambar mesra, yang membeli buku Aku Mahu Superbibik, dan juga kepada yang tak berpeluang hadir ke Kedai Pink, yang terus menyokong dari jauh, yang berhajat mendapatkan buku Aku Mahu Superbibik di pasaran tak lama lagi.
*Lukisan hati Izanor*
Kak Izanor juga ingin memohon maaf, jika terdapat kekurangan dan kesilapan seperti :
*Malu-malu gajah apabila berhadapan dengan benda yang disebut kamera.
*Tandatangan yang tak gah dan kelihatan seperti cakaran sesuatu.
*Agak diam kononnya menyembunyikan emas permata di dalam mulut.
Kak Izanor akui diri seorang yang pemalu. Pengalaman bertemu pembaca dan menyertai sesi tandatangan adalah sesuatu yang luar biasa. Oleh itu, reaksi dan babak yang tak dapat kita jangka memang banyak berlaku. Tidak dapat tidak, Kak Izanor pasti tersipu-sipu setiap kali diperkenalkan sebagai penulis bersama buku Aku Mahu Superbibik. Oh, tak mahu ingat lagi :P
Apa pun, Kak Izanor bersyukur sangat kerana banyak contoh dan panduan dapat dipelajari dari AinMaisarah yang berwibawa. Kak Izanor akan berusaha secara berperingkat demi mengatasi segala kesulitan yang timbul dan kata-kata semangat dari pembaca-pembaca umpama vitamin yang amat diperlukan.
Maka, sekian saja pengalaman sepanjang di Pesta Buku 2010 yang mampu dikongsi Kak Izanor bersama para pembaca. Tahun depan tak tahu lagi bagaimana pula ragam dan rentaknya. Baiklah, sampai kita bertemu lagi.
Senyum-senyum bunga! (^_^)
2 comments:
saya dah beli aku mahu superbibik masa kat PWTC..tapi saya beli first day..so,Kak Izanor suka merayau kan..ehhehe..
jangan marah..maksud saya..
saya tak jumpa Kak Izanor kat kedai pink untuk ambik tanda tangan..tapi jumpa Kak Izanor tengah jalan..sempat tangkap gambar je la..
Violette-nur arina :)
Oh, Kak Izanor ingat! Masa itu sedang kelam kabut mahu lipat kotak. Ruang Kedai Pink yang sesak dan padat tak mengizinkan kami membuat tugasan dengan kadar segera.
Terima kasih sebab sudi menegur dan membeli Aku Mahu Superbibik! Mesti Arina ingat lagi reaksi terkejut dan `malu-malu gajah` yang Kak Izanor tunjukkan... huhuhu, rahsia kita ya! Hehe.
Post a Comment