Ada apa dalam kotak?
Menulis...
Itu bukan lagi rahsia! Semua orang tentunya tahu Izanor suka menulis. Lalalalala :D Tetapi, apa yang tidak diketahui ialah... sejak bila dan bagaimana ia bermula?
Sejak kecil lagi, Izanor memang suka membaca. Terlalu suka! Sebagai bukti, setiap kali isi borang biodata (sama ada hal rasmi sekolah atau buku biodata rakan-rakan) di garis tempat kosong ruangan hobi, membaca adalah aktiviti pertama yang mengetuai aktiviti menyanyi, bersukan, bermain hujan... ops! Seeloknya senarai hobi terhenti setakat ini sahaja agar kita tidak menyimpang jauh serta menyelamatkan para pembaca dari bahaya yang tidak terduga. Hehehe:P
Bukti yang kedua demi mengukuhkan lagi subjek penceritaan ialah, di sekolah dulu jawatan pustakawan telah disambar oleh Izanor dengan cara sering berkunjung ke perpustakaan ibarat rumah sendiri. Taktik yang amat berkesan lagi membahagiakan!
Izanor baca apa sahaja bahan yang ada. Buku, surat khabar, majalah, poster, papan tanda dan lain-lain. Sejujurnya, Izanor mengakui hati lebih terpaut pada komik dan buku cerita. Tenaga membaca akan menjadi dua kali ganda pantas saat memegang Mutiara Naga:P
Izanor mula baca novel ketika di bangku sekolah rendah, darjah empat. Izanor jatuh suka! Bermula detik itu, lama-kelamaan setelah membaca berpuluh-puluh buah novel, Izanor sedar betapa menulis adalah satu perkara yang amat dekat dan tidak boleh dipisahkan dari hidupnya.
Menulis itu jiwa. Menulis itu nikmat. Satu anugerah yang hebat. Kepuasan menulis adalah sesuatu yang sukar digambarkan. Menaiki roller coaster, memenangi kejohanan olahraga, menonton bunga api mahupun percutian bersama keluarga... tidak ada bandingan tepat bagi menceritakan keseronokan menulis yang dialami.
Demi berkongsi dengan para pembaca tersayang, Izanor ada menyelitkan catatan diari semasa di tingkatan dua. Apa? Diari? Bukahkah kandungan diari sepatutnya rahsia dan tidak sesuai diperlihatkan kepada umum?
Ya, sepatutnya begitulah. (#_#)
Tetapi, diari Izanor ini ada sedikit kelainan. Di dalamnya tetap ada rahsia, catatan harian dan luahan perasaan. Namun, ia dalam bentuk yang selamat dan tidak memudaratkan mana-mana pihak. Mungkin agak berserabut, apa-apa pun... selamat melihat! ;)
Ha, inilah yang dikatakan terlebih pandai! Okey, ceritanya ialah Izanor telah mencipta simbol-simbol bagi huruf A hingga huruf Z. Izanor mahu ada tulisan peribadi yang hanya difahami seorang diri. Ewah!
Pada mulanya, kesemua simbol tercatat lengkap pada sehelai kertas yang akan sentiasa dirujuk setiap kali mahu 'update'. Sampai satu masa, Izanor telah berjaya menguasai tulisan peribadi ini sepenuhnya. Atas dasar keyakinan yang tidak bertempat, Izanor tanpa secuit keraguan sesenang hati membuang kertas asli tersebut. Langsung tidak ada salinan pendua. Oh, bagusnya!
Setahun kemudian, Izanor sudah malas 'update' diari. Jika 'update' sekalipun, Izanor lebih senang menggunakan abjad ABC yang normal. Jadi... tentu semua pembaca sudah mampu mengagak pengajaran dari kisah ini, bukan?
Termenung terpacak tiga hari tiga malam sambil pegang kanta pun tak mungkin Izanor mampu baca simbol yang pelik-pelik ini!
(T__T) *penyesalan yang tidak berguna*
Oh, pelik? Padahalnya, dulu dialah yang paling bangga sebab kononnya memiliki tulisan peribadi. Huhuhu~
Aduh, lucu dan tersengih juga dibuatnya mengenangkan memori ini :D Ada bentuk mahkota, daun, topi, burung, awan, bintang, bulan, matahari, mata, cendawan, tanda seru, tanda soal, kapal dan banyak lagi. Bijak, bijak... perasan bijak! Imaginasi terlampau seorang penulis! :P
Apa boleh buat, remaja zaman Izanor masih belum mengenali dunia internet yang mewujudkan ruangan seperti laman web dan blog. Sekarang senang, kita boleh kunci dan set privasi blog hanya untuk bacaan sendiri. Keinginan mencipta tulisan peribadi yang bukan-bukan pastinya tidak terlintas di fikiran! ;)
Ini bukan ajaib, ini bukan cubaan, ini betul-betul... kisah yang sebenar-benarnya~
2 comments:
=)
Atiqah senyum-senyum ada maknalah tu! Hehehe:P
Post a Comment