Wednesday, April 20, 2011

Jumpa di Kedai Pink AinMaisarah







Sangat comel, kan? :D



Sudah siap berkemas dan akan bergerak meninggalkan bumi Seremban dua jam dari sekarang. Yezza! Jemputlah datang ke Kedai Pink yang berkonsepkan ala dongeng. Selain dari empat buah buku baru yang pasti membuatkan jiwa terasa riang ada banyak hadiah dan tawaran yang menanti. Datang jangan tak datang, okey!:D Kak Izanor, Ain Maisarah dan Azanil Fitri akan terpacak tunggul (jangan percaya sangat, kami manusia biasa) dengan senyuman dan pen di jari selama 10 hari di sana. Di mana? Di PWTC tempat berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Lokasi Kedai Pink seperti peta yang dilampirkan penuh manja itu, harapnya tidak sesat.


Kali ini Kak Izanor bawa kamera, wah! Tak sabarnya, terujanya mahu bertemu semua pengunjung, pembeli, pembaca dan rakan-rakan yang berhajat meraikan pesta... yeahhhh! Okey, mesti berhenti di sini sebab mahu menggosok. Lambat nanti tertinggal keretapi! 


*Memang gagal mahu update selang dua hari, isk-isk-isk maaf!   

3 comments:

Latifah said...

:)
best dapat jumpa penulis-penulis buku yang sangat ramah. heheh...
tetiba Latifah yang eksaited dengan 4 buku baru tu. tapi nak buat macam mana, dah beri pada adik sepupu. hehe...
seronok betul mereka dapat buku yang ada sign penulis.

Izanor said...

Terima kasih Latifah! Baik hati belikan buku untuk adik sepupu:) Penulis pun gembira bila mereka rasa seronok yang lalala.

Unknown said...

Syahmi akan menyokong Kak Izanor!!!!!
Tapi kenapa Kak Izanor buat mulut Milo seperti tidak mengambil insurans?
Syahmi mahu Milo yang dulu Milo yang suakbaca buku!!!