Monday, October 10, 2011

Rumah Kedua: Perpustakaan yang Supercool (PPAS)


Tertanya-tanya paparan yang ditunjukkan dalam setiap gambar? Di mana lokasi yang memuatkan pemandangan warna warni penuh tarikan ini? Kompleks membeli-belah? Pameran perabot bertingkat-tingkat? Set pengambaran filem?

Tekaan yang salah!

Wonderland? Eh...yang tukang teka ini umur berapa agaknya?


Konon ingin menciptakan saspen. Konon mahu mengerakkan otak pembaca. Berfikir dan teka-teka seperti dalam rancangan kuiz menjana minda. Padahalnya tajuk sudah membongkarkan isi cerita. Perkataan ketiga adalah jawapan yang seterang-terangnya.

Yippa!



Kulit luar. Umpama perisai dan pembenteng segenap sudut-ceruk-penjuru di bahagian dalam. Sungguh gah lagi gagah.




Info dan direktori yang cukup jelas. Menusuk padu ke dalam jiwa. Memudahkan pengunjung tanpa mengira ibu, abang, adik, kakak mahupun jiran tetangga. Tidak terkecuali label jenis buku yang terpancar dan tersembul di kepala rak seputih salji. Sampaikan mengaburi dua model yang tertoleh terteleng-teleng!


Baiklah. Semua sedia tahu ini cerita tentang perpustakaan yang supercool. Kisah bermula apabila seorang teman memberitahu (mengembar-gemburkan) kewujudan binaan bangunan yang terkini, moden dan istimewa di muka bumi Malaysia. Tersergam bertapakkan tanah yang bertempat di Shah Alam. Perbualan tidak terbantut setakat itu saja. Pencarian diteruskan dengan bantuan Putera Google demi mengembangkan rasa teruja. Meninggikan tahap peratusan semangat sambil klik-klik imej yang tertera.


Selepas melihat gambar-gambar yang mencetuskan rasa kagum seluas padang pasir. Kelopak mata dilanda virus terkebil blink blink. Kerongkong dan anak tekak bagaikan berpakat. Berulang kali menyebut wow-wow-wow selang sesaat. Berlarutan sungguh parah sehingga mempengaruhi hati. Memujuk akal yang turut setuju. Maka lahirlah keputusan pilihan majoriti yang menyaksikan penjejakan kaki Izanor bersama teman seperjuangan di satu hari yang indah.  

Punyalah dramatik penceritaan di sebalik tabir hajat ke perpustakaan. Lalalala:D

Oh ya, pada mulanya kami merancang ingin ke perpustakaan sama seperti pengunjung biasa yang melihat buku, menikmati suasana, melawat setiap tingkat dan merehatkan diri sambil membaca apa saja yang mencuit hati. Dalam pada belum menetapkan tarikh tertentu, seorang rakan mengajak kami pergi bersama dengannya. Rakan yang dimaksudkan ialah Puan Muna. Satu temujanji telah dibuat dengan pengarah perpustakaan yang merupakan kenalan kepada Puan Muna. Secara tidak langsung, kunjungan kami bolehlah disifatkan sebagai lawatan rasmi juga.


Alhamdulillah! Pengalaman yang sangat menarik dan seronok. Lawatan kami disambut begitu baik dan mesra. Pengarah perpustakaan serta beberapa pegawai yang lain sungguh bermurah hati memberi penerangan dan berkongsi cerita. Kami sangat bertuah dan rasa terharu dengan layanan hebat yang diberikan. Kami juga amat menghargai masa dan tenaga yang dicurahkan sepanjang tempoh lawatan ke segenap ruang.  




Kuih cekodok yang tidak berusik. Tidak sempat makan kerana paparan video mengenai penubuhan PPAS yang mencuri perhatian. Tapi, nasi lemak memang sempat makan:D Itu pun selepas banyak kali dipelawa puan pengarah.




Bersama Puan Mastura: Pengarah perpustakaan. Puan Mastura amat dedikasi terhadap tugasnya. Seorang yang lemah lembut, prihatin dan menghormati sesiapa saja yang berurusan dengannya. Menerusi pertemuan yang berlangsung selama 3 jam, banyak ilmu berharga yang dikongsikan.



Ya! Tepat sekali apa yang berlegar di minda. Aktiviti kami beroperasi dalam lingkungan 3 perkara. Bergambar, mendengar penerangan dan berbincang. Dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Tinjauan ke setiap ruang yang menawarkan perkhidmatan tersendiri.


Sama ada secara kandid, latar tanpa model mahupun mata memfokus ke arah kamera, kesimpulannya kami tetap bergambar. Tidak kira saat berdua, adakalanya bertiga mahupun sekumpulan sama-sama memasang telinga. Walau lokasinya di hujung tangga, duduk bersebelahan, atau di seberang meja sana percayalah bahawa sesi berbincang dan memberi penerangan terus berlangsung dengan jayanya.



Ribuan terima kasih buat seluruh warga PPAS atas kerjasama hebat yang menggembirakan hati saya, Cik Azzah, Puan Fatimah Rodhiah dan Puan Muna. Kami pasti akan datang lagi dan lagi! We love you PPAS!



V(^____________^)V


  



Buat pembaca yang ingin berkunjung dan rasa teruja di sini saya sertakan peta lokasi. Maklumat lanjut boleh didapati di portal rasmi PPAS Supercool! Adik-adik yang tinggal berdekatan di Shah Alam memang rugi jika tak pergi. Kak Izanor sokong 101 peratus! Mereka yang tinggal agak jauh pun digalakkan terjah dan bersantai dalam perpustakaan ibarat rumah kedua ini.


Membaca, mengulangkaji pelajaran, bermesyuarat, melayari internet, bersenam dan apa jua yang ingin dilakukan terpulanglah kepada pilihan masing-masing. Selamat bergembira!

4 comments:

Siti Salha Rosman said...

Subhanallah! Cantek gila! Rasa nak pergi sekarang jugak :)

Izanor said...

Yezza Siti Salha. Tiada keraguan! Tiada penyesalan! Usahakan pergi bila ada peluang ya:)

Unknown said...

Saya juga berkata 'wow' ... berkali-kali klik melihat gambarnya.

Menjadi masyarakat maddani dengan pengetahuan melalui membaca sungguh menguja...

Izanor said...

Thanaif:

Wow!:D Alhamdulillah kita memiliki semua kesempatan dan kemudahan yang terbentang di hadapan mata.