Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti yang dijanjikan, berikut adalah catatan jodoh perkenalan di antara kami berdua:)
Izanor yang suka buku dan gila buku tentulah akan sentiasa berkunjung ke kedai buku. Semasa keluar jumpa kawan, tengok wayang, beli baju, cari kasut dan atas tujuan apa sekalipun... kedai buku tidak pernah terkeluar carta Top 3:D Sama ada mahu membeli atau tak, Izanor tetap melangkah masuk ke dalam kedai buku Popular. Huh, macam ada magnet pula!
Tersebutlah kisah di suatu musim yang tak dapat dipastikan tarikhnya. Dalam pada membelek buku-buku yang tersusun, mata terpandang tajuk 'Tak Bisa Memilihmu'. Pegang dan baca sinopsis di belakang. Selepas itu letak semula di rak yang tersedia.
Hari lain di bulan yang lain. Ternampak pula buku Impiana dan Aku Mahu Popular. Masa itu baru sedar dan perasan yang ketiga-tiga buku ditulis oleh penulis yang sama. Hati mula berdetik tertanya-tanya! Siapa Ain Maisarah ya? (Apa nak buat, Kak Izanor memang tertinggal berbulan-bulan jauh dibandingkan adik-adik semua)
Oktober 2008. Sesi rehat di celah keributan timbunan fail yang melanda pejabat. Izanor jalan-jalan cuci mata melawat halaman di internet dan terjumpa rumah Pink. Segalanya telah terjawab! Barulah kenal insan yang bergelar AinMaisarah. Wow! Banyak buku yang sudah tertulis dan diterbitkan. Terkagum dalam diam dan tergerak mahu membaca hasil tulisan AinMaisarah yang sangat berkaliber itu.
Izanor memilih buku Aku Mahu Popular kerana itu merupakan karya yang pertama. Pulang kerja petang yang sama terus serbu kedai buku Popular. Tapi, kehabisan stok pula! Isk!
Esoknya, Izanor kembali ke rumah Pink dan beli secara terus! Gerenti dapat terus ke pintu rumah! Tak perlu risau lagi! Sebaik urusan pembayaran dibuat, memang bahagia berhari-hari sementara menunggu motor Postman :D
Januari 2009. Izanor hantar emel kepada AinMaisarah dengan tujuan berbincang tentang dunia penulisan. Berhajat mahu mendengar pengalaman dan mengetahui perancangan yang terperinci supaya dapat menulis dengan konsisten.
Selepas bertemu dan bercerita, keselesaan menjelma. Izanor sangat tidak menyangka bahawa di pihak AinMaisarah dan Tuan Pengurus sememangnya mahu mencari penulis bersama. Begitulah segalanya bermula!
"Kenyang memakan, kenyang menjual. Harapkan sebuku roti , tetapi ditawarkan pula sebuah kilang dan resepi membuat roti!”
(Adik-adik, janganlah buat laporan pada wartawan terkenal : Karam Singh Walia pula! Kak Izanor saja cuba bakat cipta peribahasa yang tak seberapa. Saja seronok-seronok=)
Alhamdulillah. Kak Izanor yang bernaluri seorang penulis tidak mampu menggambarkan kegembiraan di atas kerjasama dengan AinMaisarah. Penulis berbakat besar, berkaliber, menjadi idola dan kesayangan ribuan remaja telah memilih diri ini.
Bertuah! Ramai yang telah menyatakannya. Kak Izanor pasti ramai lagi yang akan menyebut ungkapan serupa. Kak Izanor sendiri terfikir-fikir dan sedar status kecil sebutir pasir di lautan penulisan. Kak Izanor berasa amat bertuah kerana dianugerahkan peluang hebat ini sehingga tiada kata yang dapat menceritakannya. (Pengakuan : Kak Izanor popular sebagai Ratu Air Mata di kalangan kawan-kawan rapat. Huhu... saat ini air mata sudah bergenang! Terharu dalam senyuman:)
Terima kasih Ain, kerana membawa Izanor ke dalam Tim AinMaisarah. Terima kasih juga dikalungkan buat Tuan Pengurus yang banyak mencurah idea, pengalaman serta tunjuk ajar. Terima kasih kerana Tuan Pengurus sudi menguruskan perjalanan kerjaya penulisan di antara kita bertiga. Jasa baik Ain dan Tuan Pengurus hanya tuhan yang mampu membalasnya.
Kak Izanor juga tidak melupakan para pembaca dan adik-adik yang banyak memberi galakan. Terima kasih semua! Sekarang, Kak Izanor mahu kembali ke alam dongeng. Perlu mencantikkan Cinderellah dan mengajar ilmu memikat si putera raja! Sampai kita bertemu di catatan yang lain.
3 comments:
mustahil the wannababes sanggup mencemar duli menjadi superbibik.. kalu farah lak tgh pantang sbb baru lahirkan FaFa.. entahlah ....
Fatimah : Betul! Mustahil The Wannabes sanggup mencemar duli:) Watak mereka ada tetapi bukan sebagai watak utama.
Wow ! Hebat sungguh ! Perjalanan pertemuan yang amat tragis dan menakjubkan ! Semoga perjalanan dan pertemuan Kak Izanor ini juga akan berlaku kepada saya ! :)
Post a Comment