Sunday, March 7, 2010

Dadih "Aku Mahu Superbibik"

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, buku Aku Mahu Superbibik akan menemui para pembaca di Pesta Buku nanti. Berbunga-bunga rasa seronok di taman hati Izanor! Bibir pula tidak henti-henti menguntum senyuman bunga. Tengok skrin laptop pun seperti memandang kuntuman bunga yang mekar dan segar!

Wah, kenapa asyik bercerita tentang bunga agaknya? Itulah, ini akibat menukar gambar di Facebook. Gambar mawar biru kesayangan telah ditukar kepada gambar sendiri. Jadi, demi mengenang keindahan mawar biru dan jasanya, maka harus menyebut perkataan bunga sebanyak yang boleh di dalam catatan ini.

Apa kes? :D

Tak apa. Lupakan cerita yang tak berapa sedih itu. Mawar biru tidak dilupakan terus kerana Izanor akan mengabadikannya di sini:) Okey, sempena meraikan kegembiraan buku pertama hasil tulisan Izanor dan AinMaisarah yang akan terbit, 'bibik' telah memasak dadih buat kami sekeluarga! Siapa 'bibik' di rumah ini? Pembaca-pembaca semua ingin tahu? Betul? 

Nama dia... Izanor! Hehe:P Rumah Kak Izanor mana ada 'bibik'. Jadi, sendiri mahu makan sendirilah yang kena buat! :) Mari kita lihat sedikit gambar yang berjaya dirakam.

  Sedang dijerang =)

Sediakan bekas-bekasnya!

Lulus ujian memasak dan disimpan di dalam peti ais.
Selamat menikmati perjalanan hidup Ina, Farah, The Wannababes serta bibik-bibik yang lain!

Semoga kita semua akan menjadi SUPER di dalam apa jua yang dilakukan! Teruskan bersemangat :D Sampai kita bertemu lagi! :)

(Nota: Dadih habis licin tak sampai dua hari oleh penghuni rumah yang seramai 6 orang. Huhu. Mahu beri bibik sebelah rumah pun tak dapat:)

10 comments:

Resman said...

WAH!!!! Tahniah buat saudari! Dengan Ain Maisarah lagi tu...Hebat!

Izanor said...

Terima kasih! Biasa saja, belum hebat lagi :D

Ilmar Imia said...

Saya mahu buku percuma!!
Ahak...

Izanor said...

Eh, bukan hari itu bersungguh mahu membeli? Tukar skrip ya... ahak:P

tunbegia said...

sungguh rajin menulis buku,

salamm,

Izanor said...

Berusaha merajinkan diri :)

PeMiLiK HaTi said...

salam kak izanor...
sy da bce bku aku mahu super bibik..
t'sgtla srnk...
t'ingn jgkk mahu ade super bibik!!
syabas!

Izanor said...

Pemilik Hati, terima kasih banyak di atas sokongan! Hmm, di mana agaknya kita boleh dapatkan seorang Superbibik? Kak Izanor pun mahu juga! Hehe:P

mizzalya said...

mesti best kan jadi superbibik

Izanor said...

Mizzalya : Aha, kena jadi Superbibik dulu baru tahu 'best'ke tidak;)