Kebiasaan setiap tahun kami sekeluarga pasti beraya ke Melaka. Kebiasaan juga singgah di Mahkota Parade-Dataran Pahlawan atau Jaya Jusco: lokasi terpilih kali ini. Tanpa dirancang bergambar depan Cool Blog. Lama sangat tunggu kaum kerabat yang dok pilih minyak wangi 10ml kan. Hmm!
*Yippa! Berjaya beli baju yang asal usulnya mahal dengan harga RM17*
*Tak percaya kami ke Melaka? Bukti kekecohan di Restoran Jejantas raya ketiga*
Beraya bersama ribuan buku-buku yang harum baunya di Pesta Buku Popular. Kelabu biru mata jadi blink blink membuat pilihan! Sombong tak mahu ambil bakul-lepas itu lenguh tangan umpama mengendong 10kg beras (sebenarnya tak jumpa bakul itu huhuhu)
Hasil menuai padi (duit). Salah satu buku berharga RM65.00 mampu dibeli dengan bayaran RM17.00 sahaja? Bayangkanlah? Rasa mahu menari-nari ala heroin Hindustan di sana. Tapi apa boleh buat? Hanya ada lantai yang rata. Oh! Raya keenam yang hebat!
(^__________^)v
Raya ke-9 mengisi perut di Gombak. Makaroni bakar dan kek Redvelvet dimasak khas oleh pemilik rumah yang baik budi. Ada nasi lemak ayam berempah lagi. Tanpa diduga kami dibekalkan dengan lebihan makanan-tak mampu menolak dek pemberian yang sungguh bermakna. Menang memakan menang mentapau :D
Tadaa! Inilah Puan Muna 'Izzah Fadzil yang peramah dan pandai memasak. Terima kasih banyak kerana melayan kami berdua yang banyak songeh. Siap minta sudu warna biru. Siapa agaknya? Hehehe! Kak Muna turut membeli novel Aku Mahu Superbibik-Cinderellah VS Rapunzellah dan Kesatria Ajaib hanya dengan mendengar penerangan sinopsis cerita. Huhuhu memang terharulah.
Kak Muna juga bakal bergelar penulis tidak lama lagi. Semoga karyanya cepat terbit dan meraih perhatian para pembaca. Go go Kak Muna!:)
Destinasi kedua : Hello Putrajaya! :D
Kajang: Rumah Puan Husna Adnan. Inilah wajah comel editor novel Aku Mahu Superbibik:D Kami sudah beberapa kali bertemu namun baru pertama kali ber-KLIK bersama. Puan Husna seorang yang ramah dan sentiasa melayan para kenalannya dengan ceria.
Penulis Komik-M dan Novel Kelab Da Vinci: Tuan Nazry Salam. Beliau sangat cergas menulis sehingga mencetuskan rasa cemburu kami (Izanor dan Azzah). Niat berhari raya yang ceria bertukar emosi. Selepas mendengar tempoh (ala pecutan kereta lumba F1) yang diambil bagi menyiapkan sebuah manuskrip kami terus ragut beg tangan dan menerpa ke arah pintu. Memulas tombol dengan ganas. Tak fikir panjang kerana asyik terbayang skrin laptop kesayangan. Kononnya ingin segera pulang dengan semangat cemburu yang membara lalu menulis sehingga lebam.
Kononlah. Jangan percaya. Kami bukanlah tetamu yang tak kenang budi. Jauh sekali tak tahu kawal emosi ya. Kami okey saja dan terus saling berkongsi ilmu penulisan bersama pasangan suami isteri yang sepadan ini. Tuan Nazry suami kepada Puan Husna. Mereka memang cool!:D
Kononlah. Jangan percaya. Kami bukanlah tetamu yang tak kenang budi. Jauh sekali tak tahu kawal emosi ya. Kami okey saja dan terus saling berkongsi ilmu penulisan bersama pasangan suami isteri yang sepadan ini. Tuan Nazry suami kepada Puan Husna. Mereka memang cool!:D
*Mestilah ada gambar bertiga tanda meriah*
16 haribulan. Raya ke berapa? Di rumah pengusaha Onepiecebakery: Tuan Muhamad Fazlaidha dan Puan Hajariyah. Selera terlalu teruja menikmati kek aiskrim mana fikirkan tuan rumah lagi. Pandai buat perangai buruk:D Hanya gambar kek lazat yang ada. Lazat perisa blueberry = tunjukkan dua ibu jari.
Keesokan harinya ke Shah Alam rumah makcik yang terbuka. Tersedia hidangan nasi beriani dan spageti (bertambah dua kali). Lihatlah si kecil yang tak mempedulikan kakak sepupunya. Macamlah ipad boleh dukung dia. Hai memang merajuklah. Tapi, sekejap sangat-tak mampu menyombong lama-lama.
Tanpa sedar kami main masak-masak bersama dengan kuali plastik hijau yang sekecil tapak tangan!
(+__________+)
Senyum palsu sesaat. Orang ajak ambil makanan tapi dia terkial-kial betulkan pin tudung lagi. Selepas bunyi KLIK, terus muncung itik dan pandang model sebelah dengan muka kerut. Bila dia kata JOM, kerut terus hilang. Suka sangat sebab mahu jalankan misi memenuhkan pinggan.
\(^________^)/
3 comments:
Wah... >____<
Terima kasih, Kak Izanor!
Dan Cikpuan Azzah juga!
Hairan pula lihat gambar-gambar pada entri ini, sama pose dalam entri saya, padahal kamera berlainan. :))
Sama-sama Husna!:D
Aha! Kak Izanor fikir itu pasti sebab kita maintain emosi ceria dan teruja maka penghasilan gambar tak kira kamera yang berbeza, tetap serupa.
Hehehe! Ada gaya juruteknik foto atau tidak ulasanku?
Wah! baru jumpa (punya lama bertahun-tahun hehehe)
Post a Comment