“Mahu hilang sekalipun, tunggulah
tiga permintaan disebut dan tunaikannya dahulu. Selepas
itu, menghilang ke planet bulan pun tidak ada siapa yang kisah. Mahu
berkebun atau bercucuk tanam di planet bintang pun tidak mengapa. Ini
tidak… mentang-mentang ada kuasa, jin tidak guna itu terus tinggalkan si
penggosok lampu yang amat mengharap. Memang dasar jin yang tidak
bertanggungjawab!” Suara Alakudin semakin melantun-lantun. Semakin kuat
dan besar gelombangnya.
(Klien kes dongeng keempat yang dramatik, oh!)
“Tidak perlu siasat-siasat.
Biarlah jin ada dua atau tiga sekalipun, kita berkenalan sahaja dengan
setiap jin!” Beritahu Fizz mudah. Ketua kumpulan pencari jin memang
selamba!
(Fizz Fazlullah ejen Konsortium Pari-Pari yang
bertanggungjawab)
“Milo rasa lebih memalukan bila
awak terketar-ketar di hadapan Puteri Wangi Jasmin. Bayangkanlah, betapa
teruknya situasi kekok yang akan dilalui nanti. Tertunduk-tunduk merenung
lantai! Tergagap-gagap memperkenalkan diri. Terpinga-pinga terkelu
lidah! Itu yang awak mahukan?” Milo menyenaraikan
semua kebarangkalian negatif yang akan berlaku. Anak murid yang degil
seperti Alakudin harus ditakutkan kerana suka sangat melawan dan
membantah!
(Siapa yang tidak kenal Milo, si kucing terbang
yang kuat bercakap pot pet)
Kata-kata Alakudin menggandakan
rasa geram Tizz. Wajah selamba itu direnungnya tajam-tajam
dan dalam-dalam. “Tujuan saya berada di sini bukannya mahu berkenalan
atau mencari sahabat. Puteri Wangi Jasmin atau Puteri Busuk Jasmin sekalipun, tidak
ada kepentingan langsung buat saya!” Tizz bercekak pinggang, merungut dan
memprotes.
(Tizz Tiranah yang bercita-cita tinggi membantu
abang tersayang)
* * * * *
“Itu
suara siapa?” Milo berputar-putar sambil memantau keadaan sekeliling.
Tercari-cari arah kemunculan suara asing yang bernada garau itu.
Suara
asing itu ketawa! Walapun bunyi ketawanya pendek dan perlahan, namun
garaunya bertambah-tambah. Ish! Agak menakutkan gegendang
telinga jugalah!
“Eh,
jangan main-mainlah. Jangan suka sangat! Itu suara siapa?”
“Ini
suara sayalah.”
Rimas
Milo melayan sikap pemilik suara garau. Mahu bermain tarik-tarik tali
pula! “Saya itu siapa? Cakaplah nama!”
* * * * *
Suara siapa yang garau dan misteri itu agaknya? Hmm! Mahu berkenalan dengan Ben Ten Ten yang tinggal di Rumah Kotak ZZ? Mahu melawat dan menemui banyak gerai-gerai pelik di Pasar Dongeng Ria? Marilah mengembara bersama kumpulan pencari jin dan menyelesaikan kes dongeng yang keempat ini! Semuanya akan terjawab dalam kisah Alakudin dan Lampu Tidak Ajaib yang mula dijual di Pesta Buku Antarabangsa 2012 (KLIBF) PWTC.
No comments:
Post a Comment