“Fine.
Saya terima dan bersetuju dengan pilihan Di. Saya akan memakai
gaun Puteri Ariel, tetapi…saya benar-benar maksudkan apa yang saya beritahu sebelum
ini. Saya tetap ingin warna ungu!”
“Wah!
Saya sudah jumpa! Cantiknya gaun ini!” Diana melekapkan tangan
ke dada, sejurus sahaja gaun gabungan biru dan kuning itu ditemuinya.Terburu-buru
menghadap cermin yang seluas dinding. Diana tersenyum meleret dan berbisik. “Lihatlah,
kawan-kawan… betapa uniknya kolar putih yang terjahit. Kelebarannya! Lengkungannya!
Saya memang padan sekali menggayakan gaun ini!”
“Mana? Tunjukkan
pada saya gambarnya.” Hati Shasha terasa sejuk, lembut dan mencair. Tergambar rasa
suka menerusi renungan matanya yang penuh bercahaya. “Saya mahu gaun ini. Jangan
sesiapa berebut-rebut dengan saya!”
“Hmm,
saya rasa tidak ada sesiapa yang dapat melawan gaya Puteri
Giselle…” Kedua belah tangan Sazzy tergenggam erat sambil menupang pipi. Dia kemudian
terpusing-pusing sendiri.
Nana
pula bertindak mengembangkan gaun kuning airnya. Sebelah kaki ditolak ke belakang
meniru lagak penghibur yang selesai mengadakan persembahan. “Lihatlah saya yang
semanis Puteri Pocahontas!”
“Jangan
buat-buat rabun, ya! Puteri Belle sedikit pun tidak ada kekurangannya. ”Gaun kuning
keemasan yang tersarung kemas kelihatan sepadan dengan warna kulit Linda. Rekaan
ropol yang bertingkat-tingkat tambah menyerlahkan kecantikannya.
“Hmm,
saya rasa tidak ada sesiapa yang dapat melawan gaya Puteri
Giselle…” Kedua belah tangan Sazzy tergenggam erat sambil menupang pipi. Dia kemudian
terpusing-pusing sendiri.Nampaknya belum apa-apa, dia sudah mula berkhayal bersiar-siar
di taman istana!
“Ingat!
Tidak perlu jadikan puteri dongeng sebagai idola. Mereka hanya cantik dalam gambar.
Itu pun pada gambar yang berwarna! Gambar yang menunjukkan majlis tertentu. Langsung
tidak sama dengan kita yang bergaya dan sentiasa menjaga imej. The
Wannababes yang paling anggun.The
Wannababes yang paling jelitawan dan
lebih hebat lagi tidak terkira!”
(6 orang The Wannababes teruja memakai gaun-gaun. Berbeza amat dengan Fasha yang anti dan merendahkan martabat puteri-puteri dongeng)
“Tidak
ada pokok bunga! Saya mungkin akan rindukan taman di rumah saya. Tetapi… tidak mengapa!
Saya boleh baca buku-buku tentang bunga. Saya juga boleh tonton dokumentari atau
drama yang memaparkan kisah pokok-pokok bunga.” Senah White pandai memujuk diri
tanpa membebankan sesiapa. Dia memang tidak memiliki gen diva-diva! Dia memang seorang
yang mudah!
(Wah! Budi pekerti Senah White benar-benar tulus, luhur dan seputih namanya)
No comments:
Post a Comment