Thursday, March 31, 2011

Sinopsis Cinderellah VS Rapunzellah


Aduan Kepada Konsortium Pari-Pari


Bantulah saya! Saya adalah mangsa dera keluarga tiri sendiri! Saya sudah cuba telefon teledera berkali-kali tetapi tiada operator yang mengangkat. Itu sebabnya saya minta bantuan Konsortium Pari-Pari. Saya harap sangat dapat dilepaskan daripada deraan mental dan fizikal yang sungguh tidak tertanggung ini!

Setiap hari saya diminta melakukan kerja rumah tanpa henti. Memasak, membasuh, mengemas rumah dan melipat kain baju adalah rutin yang mesti. Saya hanya dibenarkan tidur tiga jam setiap hari dan hanya boleh makan setengah pinggan nasi. Paling tidak tahan, setiap saat dan ketika… telinga didera dengan caci maki. Kepala saya juga turut ditunjal-tunjal sesuka hati. Sungguh! Saya sudah tidak tahan dengan hidup saya yang sebegini!

Tolonglah pihak konsortium pari-pari. Lepaskan saya dari belenggu masalah ini! Saya percaya dengan kebolehan konsortium. Malah rakan baik saya iaitu Bawang Putih turut mencadangkan perkhidmatan konsortium pari-pari. Dengarnya Bawang Putih berjaya mencincang lumat Bawang Merah yang kejam itu. Bawang Merah juga sudah bertukar menjadi bawang goreng dengan bantuan hebat pari-pari. Oh, saya juga mahu kakak-kakak tiri saya menerima nasib begitu juga!

Tolonglah saya wahai Konsortium Pari-Pari!


*Novel pertama Dongeng Sri Bangsar yang akan 'blink-blink' di pasaran buku remaja bulan April ini. Nantikan kisah dongeng yang berkonsepkan lucu dan pening terbitan Blink Book Sdn. Bhd. Semoga terhibur dan gumbira la la la! ;)

5 comments:

Fazl said...

Tak sabar nak baca! =)

Syamimi Zaini said...

Salam, Kak Izanor.

Saya suka sangat baca novel ni. Saya harap Kak Ain akan terus bekerjasama dengan Kak Izanor ! <3

Izanor said...

Salam Syamimi:)

I'm glad you like it! Terima kasih banyak. Tunggu siri dongeng Kak Izanor dan Kak Ain yang seterusnya, okey:D

Unknown said...

kita suka sangat buku kak izanor.Kalu ada masa bolehlah lawat blog saya http://kakyakecik.blogspot.com/

Anonymous said...

memang novel yang terrrrrsangat best.. cover yang blink blink. Harga yang berpatutan sangat. Terima kasih.