Thursday, December 13, 2012

Kegilaan di Big Bad Wolf 2012: Red Izanor Hood


Yahoo! Selepas penat memendam rasa dan berkaraoke Lagu Geram melihat status-laporan-gambar mereka yang berkunjung ke sini saban waktu, pada hari keempat... PUF! Setiap inci kesengsaraan kini pupus!


Vvv(^_________________________________^)vvV



Seawal tiga minit kaki memijak lorong yang pertama, saya menegur Azzah: "Terasa seolah berjalan di Wall Street." Padahalnya, poket nipis dan tangan pegang kotak kertas saja pun. Haha!

Bagaikan 'Tour Guide terbaek dari ladang', Azzah mencadangkan kami menuju ke bahagian Fiksyen terlebih dahulu kerana ia terletak paling hujung. Itu adalah lawatan-serangan Azzah kali yang ketiga di BBW. Senarai tajuk buku yang laris, siapa beli buku itu dan ini, keselesaan tempat solat dan banyak lagi info yang dikongsikan semudah memetik jari. Oh, sungguh bermakna dan eksklusif pemburuanku!  




Terpukau! Lebih satu jam perjalanan, kami masih tersangkut dan terkurung di lorong yang mempamerkan buku-buku panduan, motivasi dan siri How To...

Jarum kompas minda jelas menyatakan arah selurus nombor 1 dan huruf I besar yang harus dilalui, namun pergerakan kaki berdegil dan langsung tidak sudi berkompromi. Selang dua tiga langkah, simpang huruf L - F - N dan banyak lagi huruf lain jadi pilihan sesuka kaki ini. Ketahuilah, jika menyertai pertandingan mencari harta karun, kumpulan kami tentu jadi peserta paling corot dan miskin adanya.

SUPER-Teruja. Izanor dan Azzah menampilkan reaksi dan dialog serupa secara bertimpa-timpa setiap kali terpandangkan-memegang buku-buku yang MAHAL di mata.

* Saling mencuit, memanggil dan menayangkan buku.
* Tangan automatik melekap ke dada. Oh!
* Muka emosi serba salah apabila terpaksa membuat keputusan, mahu beli atau tidak?
* Senyum - sengih - ketawa si Jutawan Buku.



*Bukti pelaburan 5 jam di hutan BBW*


Sehingga satu tahap, kami berdua terpisah mengikut haluan minat masing-masing dan meneruskan pemburuan BBW dengan tekun. Pilih-pilih-pilih! Meneliti isi kandungan buku-buku yang memancing perhatian supaya menang membeli dan berbaloi dibawa pulang.

Dalam tempoh perpisahan itu, sememangnya ada beberapa kali bersua muka yang diiringi dengan satu soalan bonus, "Awak sudah selesai?"

Babak jeling-menjeling muatan kotak tidak ketinggalan. Ada kosong lagi. Atau, boleh tukar saiz kotak? Hm, hm... maju dan keluar barisan semula. Awooooo~



(*________________________*)


Kejayaan berbentuk karpet, bangunan dan kipas! :D Total 15 buah buku milik sendiri. Dua buku bakery untuk kawan. Satu lagi yang tiada dalam gambar-buku bisnes buat ayah.



Buku ini tidak mencuri walau 10 saat pun-sekejap saja ketika ditatap dan diselak... OK masuk kotak! Sungguh 'Judge a book by its cover' (warna, font dan gambar kartunnya). Hehehe~


Alhamdulillah! Semoga buku-buku yang dibeli mampu memenuhkan tabung IDEA penulis. Kredit foto dan jutaan penghargaan buat Azzah AR-sahabat yang merealisasikan misi BBW 2012 ini. 

7 comments:

syeera said...

buku kat sini memang murah-murah ye kak?

Izanor said...
This comment has been removed by the author.
Izanor said...

Syeera: Yup! Kebanyakan buku berharga RM 8 atau RM 10.^^

Insyirah Ardini Rosli said...

Seronok dapat tangkap gambar dengan kak Izanor masa dekat PWTC.. :)

Unknown said...

syoknye membeli belah kat pesta buku
mmg byk godaan di sana
memasing minta dibelikan..hehe

follow sini..ke 135..jemput singgah ke blog Yumida http://umikasum.blogspot.com

Unknown said...

Membaca catatan cikpuan pun sudah terasa tempias keseronokan dan keterujaan cikpuan berdua...

aisyah said...

Saya pernah tengok buku Nat Geo Wild .Gambar macam HD ,tapi 13 ringgit je!Big Bad Wolf ni,kakak saudara saya yang kenalkan