Wednesday, April 20, 2011

Jumpa di Kedai Pink AinMaisarah







Sangat comel, kan? :D



Sudah siap berkemas dan akan bergerak meninggalkan bumi Seremban dua jam dari sekarang. Yezza! Jemputlah datang ke Kedai Pink yang berkonsepkan ala dongeng. Selain dari empat buah buku baru yang pasti membuatkan jiwa terasa riang ada banyak hadiah dan tawaran yang menanti. Datang jangan tak datang, okey!:D Kak Izanor, Ain Maisarah dan Azanil Fitri akan terpacak tunggul (jangan percaya sangat, kami manusia biasa) dengan senyuman dan pen di jari selama 10 hari di sana. Di mana? Di PWTC tempat berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Lokasi Kedai Pink seperti peta yang dilampirkan penuh manja itu, harapnya tidak sesat.


Kali ini Kak Izanor bawa kamera, wah! Tak sabarnya, terujanya mahu bertemu semua pengunjung, pembeli, pembaca dan rakan-rakan yang berhajat meraikan pesta... yeahhhh! Okey, mesti berhenti di sini sebab mahu menggosok. Lambat nanti tertinggal keretapi! 


*Memang gagal mahu update selang dua hari, isk-isk-isk maaf!   

Wednesday, April 13, 2011

Ada Apa Dengan Cinderellah VS Rapunzellah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Tik-tok, tik-tok jarum jam berputar. 10 hari lagi Pesta Buku akan bermula! PBAKL 2011 yang dinanti-nanti hingga menjelma dalam mimpi di malam hari. Ha, sudah rancang perjalanan ke sana? Bersiap dengan senarai buku-buku yang mahu dibeli? Oh, tak perlukan senarai hanya beberapa judul yang sudah dihafal dalam kepala? OK-OK! Apa? Senarai terlalu panjang yang apabila dilipat jadi setebal katalog Giant? Fuh...


Okey, tak kira senarai pendek atau panjang, agaknya Cinderellah VS Rapunzellah ada tersenarai atau tidak? Soalan cepu-emas berjuta karat dan kilau. Hehehe!


Dup-dap dup-dap loceng jantung yang berlagu! Berdebar memikirkan reaksi pembaca terhadap novel pertama yang berkisarkan alam dongeng ini. Yalah, satu pengalaman yang lain dari lain. Sangat berbeza dengan cerita Superbibik yang mesra majikan lagi mesra masyarakat. Jadi, secuit kebimbangan adalah rasa yang tak mampu dihindarkan. Tak mahu risau tapi ter-risau juga-juga! Apa pun, Kak Izanor positif bahawa novel Cinderellah VS Rapunzellah akan menyinar dan menambat hati para peminat novel remaja.


Unik, lucu, pening dan menghiburkan! Dengan ini Kak Izanor kongsikan sedikit sedutan khas buat pembaca-pembaca yang meminati karya AinMaisarah, yang menyukai gandingan Kak Izanor dan Kak Ain, yang tidak jemu mengalirkan sokongan, juga tak dilupakan semua pencinta buku yang mendokong kuat industri kesayangan kita.


You're the best! ^_________________^

* * * * *


Sewaktu itu, perasaan Cinderellah bagaikan gunung berapi yang tunggu masa meledakkan laharnya. Wajah membengis seperti harimau yang tidak cukup makan. Mata mencerun memandang Rapunzellah yang sudah dianggap hanya sekecil ikan. Bila-bila masa boleh diratah dan ditelan!
 
(Cinderellah yang emosional, zas!)
 
 
“Awak berdua sendiri lihat kehadiran saya ke majlis ini amat dinantikan oleh Putera Mahkota. Kami memang serasi bersama!” Rapunzellah sempat lagi menutur kesimpulan kepada segala hujahnya. Matanya tajam memandang Tizz dan Fizz dan menghadiahkan jelingan maut.
 
(Rapunzellah yang suka berlagak bagus, eh-eh-eh!)
 
 
“Suka hati abanglah hendak cakap apa pun. Saya tidak hairan! Saya tetap suka cerita dongeng! Dapat pakai gaun kembang beropol-ropol. Ada tongkat sakti. Boleh main dengan penyapu terbang. Oh, indahnya!Sampai sekarang pun saya masih berharap supaya dapat merasai kehidupan di alam dongeng!” ucap Tizz Tiranah bersungguh-sungguh.

(Peminat fanatik kisah-kisah dongeng :D)
 
 
“Cinderellah! Milo! Tolonglah berbaik dan bersahabat buat sementara waktu. Kita harus cari putera yang ditakdirkan untuk Rapunzellah. Kita tidak ada masa yang panjang. Tidak perlu bergaduh seperti budak yang tidak matang.” Fizz Fazlullah menegur.
 
(Ketua pasukan yang sentiasa jadi pendamai)
 
 
“Mengapa kita tidak terfikir mengenai baju kelabu asap? Fizz, Tizz, Cinderellah dan Milo semuanya tidak minat warna kelabu. Hairan! Tidak dinafikan warna kelabu itu kelam dan tidak menarik. Tetapi, mesti ada keistimewaan yang terpendam juga. Itu yang kita kena kaji! Boleh buat tajuk buku... ada apa dengan kelabu? Menarik, bukan?” Milo terus berleter panjang di saat semua orang bergerak pulang penuh longlai. Melayan kehampaan yang dalam. Nampaknya, hanya angin yang sudi mendengar omelan Milo!
 
(Milo yang perlu dijahit mulut kucingnya, hohoho!)
 
 
“Habis tercemar tangan saya yang suci!” Sharifah Famanis menyentuh saki-baki makanan dalam besen untuk dipindahkan ke mulut plastik.
 
Sharifah Faleya mendengus kuat. “Huh, tangan kakak pun tercemar juga!”

(Dua Sharifah yang terlampau tak sedarkan status diri, erk!)


*Perancangannya mahu update blog selang dua hari sempena keterujaan menyambut pesta yang bakal berlangsung bermula 22 April minggu depan. Hm, mampukah? Kita tunggu dan lihat, okey;)