Thursday, December 16, 2010

Gua Batu Alakudin

Alhamdulillah! Pengembaraan Alakudin dan geng pencari jin sudah lengkap sebanyak 50 peratus. Dalam hati ada bunga-bunga sakura! Sempena meraikan kegembiraan (kelegaan sebenarnya) ini, terimalah pemandangan yang sempat terakam dan dipotret ketika Izanor melaksanakan misi riang ria bersama gua batu.


Sejujurnya, Izanor kekok bergambar dan fobia amat dengan kamera. Bayangkanlah, mahu buat simbol jari 'peace' pun daku tak mampu, hu! *Sungguh sadis*


Jadi, aksi-aksi di luar normal seperti pemandangan di bawah hanya mampu direalisasikan jika disamping keluarga atau kenalan rapat. Realitinya, bergambar secara solo diri ini pasti kaku dan lurus seperti tiang bendera.

 
*Kulit album Oh Alakudin*

Aksi ala tugu negara, kononnya.

Aksi pelancong vs pencari harta karun.

Mana Alakudin? Di sana agaknya...

Semestinya ini bukan gua batu Alakudin. Tajuk dipilih dengan tujuan bikin gempak. Gambar cuti-cuti setahun yang lalu. Arkib lama diselongkar demi mendapatkan bahan bukti yang bermotifkan batu. Salah satu kawasan lapang yang sedikit berbukit di Pulau Langkawi, tak pasti apa nama lokasinya. Kami berhenti dan singgah semata-mata untuk buat kecoh sambil menikmati panorama. Hehehe!  


*Musim bunga sakura seketika cuma. Hakikat, masih ada separuh perjalanan misi yang harus ditempuh. Semoga penulis akan terus bersemangat bara-bara api.

4 comments:

Unknown said...

waa.. kak Izanor pegi bercuti kt Langkawi? beznyer! kali terakhir sye pegi pon mse kcik.. =D

Izanor said...

Ala Atiqah ini pun setahun yang lalu. Kira lama juga dan status kita bolehlah dikatakan, seri! :D

Izanor said...
This comment has been removed by the author.
Izanor said...
This comment has been removed by the author.