Friday, January 21, 2011

Trivia Aku Mahu Superbibik

Aku Mahu Superbibik juara carta novel remaja Pts. Okey, itu semua pencinta dan peminat novel memang tahu. Apa faktor yang menyebabkan kelarisan jualan mengalahkan keropok lekor panas?


Mungkin ada yang bercita-cita mahu jadi superbibik? Agaknya ramai yang beli sebagai hadiah buat bibik di rumah, supaya dapat memupuk sifat-sifat bibik yang SUPER? Entah-entah, ada yang teringin belajar teknik-teknik mendera dan membuli bibik mereka yang terlampau, eh… takkanlah? 


Nama AinMaisarah yang ngetop. Peminat setia siri Aku Mahu yang ramai. Tajuk novel yang bermagnet. Kulit buku yang cun dan sinopsis yang mengesankan. Isi kandungan Aku Mahu Superbibik yang menarik, lucu, menghiburkan, terkini, tersemat nilai-nilai murni dan selesa di mata khalayak pembaca. 


*Ehem! Ehem! Puji karya sendiri?*


Mestilah!:) Namun, apa yang dinyatakan atas penilaian banyak pihak dan merangkumi kata-kata bermadu dari pembaca-pembaca juga. Selain itu, segala bentuk promosi dan pengiklanan yang dijalankan oleh Pts sememangnya membantu status penjualan. Peningkatan yang merealisasikan kedudukan di tangga pertama. Umpama meraih trofi emas gitu! :D Alhamdulilah... terima kasih banyak semua! 


Baiklah, bilik biru kini mempersembahkan detik-detik trivia:

  • Seawal sesi perbincangan, ada beberapa tajuk Aku Mahu… yang dipertimbangkan. Pilih punya pilih, didapati Aku Mahu Superbibik menepati kadar berat yang paling unggul. Satu kisah yang ideal, terkini dan sensasi. Ewah!

  • Minda paling tercabar dan teruji saat memilih nama-nama bibik. Bukan satu, bukan dua… berpuluh-puluh sebutan, padanan dan cadangan yang timbul. Ha, tahu nama bibik Rika terinspirasi dari mana? Rika Sumanto! Siapa pernah dengar? Watak ibu tiri yang bermata besar ala ikan emas dalam sinetron popular Bawang Putih Bawang Merah. Namun, personalitinya jauh daging panggang dari apilah >_<

  • Aku Mahu Superbibik terbit semasa Pesta Buku Mac 2010. Tak sempat pegang, tak ada peluang tag diri yang bergambar sambil angkat ibu jari. Kisahnya, tak mampu tunaikan janji kepada lima pembaca pertama yang beli. (Kononnya mahu hadiahkan penanda buku) Serius langsung tak perasan siapa pembeli pertama dan pembeli yang seterusnya. Kedai Pink amat sesak! Penulis jadi lupa dan terus hilang kuasa panahan mata. Percayalah~

  • Pengakuan, sebenarnya Izanor automatik malu-malu gajah bila disoal apa tajuk novel yang ditulis. Orang akan tercengang, tersengih, simpulkan senyum dan banyak lagi reaksi lain yang dipamerkan. Tak cukup sekali, bersemangat tanya kali kedua. Ces! Memang berganda seganlah dibuatnya (=_=) Okey, kebiasaannya penerangan lanjut berkenaan perjalanan kisah bibik akan diberitahu dan dihebohkan hingga kering air liur. Hohoho, rasakan!

  • Aku Mahu Superbibik. Secara peribadinya, tajuk yang menarik, lucu dan unik. Walaupun segan, dalam masa yang sama dalam hati memang ada taman permainan! *Buai laju-laju*


  • Pesta Buku berlangsung selama sepuluh hari. Dalam tempoh itu, ada seorang yang namanya Mariam menerusi komen di Facebook mengatakan dia sudah membaca Aku Mahu Superbibik sebanyak tiga kali. Wow! Mariam, you really made my day!

  • Penulis muda berbakat besar, Fatin ada membuat ulasan tentang Aku Mahu Superbibik. Ulasannya penuh kata-kata manis tahap berguni-guni GULA. Thanks, dear! Fatin sungguh emosi terhadap perangai bibik Lestri yang mengada-ngada itu. Rupa-rupanya, keluarga Fatin pernah memiliki bibik yang terlampau tidak ubah seperti bibik Lestri. Wah, membaca novel seolah-olah terbayangkan pengalaman sendiri menyebabkan Fatin mudah menyelami tekanan yang menyeksa hidup Ina:)

Oh-oh-oh... sebanyak 75 peratus penulisan Aku Mahu Superbibik tercipta di sini.

No comments: