Saturday, May 28, 2011

Happily Ever After (PBAKL 2011)

*Pakej istimewa edisi terhad*


WOW! Oh jam-kasut-magnet-cawan kopi-pen Kitty... oh-oh-oh! Hanya cincin Blink Biru yang mampu kuraih. Cukuplah, kan?;)


Sejuk mata memandang...


Erk, serabut tak terjelingkan...


Pemandangan sesak dan padat, fuhhh!


1) Curi-curi membaca 2) Tunjuk bakat mengepam


3) Mari bergambar bersama Red Teddy 4) Tunjuk bakat melukis


5) Sesi make-up fotoshoot mengejut


Muka LOST: Where is my violet SPECS?


6) Tunjuk bakat lakonan:P 7) Culik baby comel? Mesti!

 
Hah, itulah babak-babak yang berlaku di kala kami kurang sibuk. Bahaya, kan? Jadi, mesti sentiasa serbu dan padatkan kedai Pink supaya tangan tak menang-menang dan senyuman terus menguntum. Hohoho!



Aha, macam-macam reaksi para peminat buku sebelum membeli. Mereka bukan terus COP dan bawa ke kaunter kurang seminit, ya! Memang mesti pilih-belek-baca sinopsis dan termenung dulu, baru buat keputusan. Ditambah dengan ayat manis ejen-ejen kedai Pink yang menpromosikan... okey! Yakin tak menyesal memang inilah buku yang dicari-cari :D 


Aksi satu dan dua itu memang normal. Aksi yang ketiga, hmm... tak sangka ada lensa tajam yang sempat merakam dan mempotretkan. Sebenarnya, masa ini kami sedang berbual di hujung kedai Pink bersama salah seorang penulis Blink juga. Tak berapa jauh dari sofa, namun pembaca yang meminta tandatangan sudah depan mata. Memang spontanlah longgarkan kaki dan lutut, adoiyai:P


Menara Cupcake, yo!


Pengusaha onepiecebakery: Tuan Fazla, dibantu Cik Azzah yang ceria memegang kotak cupcake, cool! 



Tadaa! Pada hari itu, bagi sesiapa yang mempunyai keratan akhbar, halaman drama bersiri Jutawan Gedik memang tak lepaskan peluang untuk menikmati kek yang lazat dan gebu. Semasa mundar mandir mengambil stok buku, Kak Izanor terlanggar salah sebuah kotak kek di hujung bawah. Opss! (Kita-kita saja yang tahu, okey)


*Kedai tercantik, alhamdulillah*


Hanya 5 buah buku. Sungguh tak perlukan beg roda roda, isk!


Bagi sesiapa yang sedar dan perasan (yang tengok satu demi satu gambar Kak Izanor semasa Pesta Buku dalam album Kak Ain atau album lain-lain, termasuk yang di-tag) kebanyakan baju yang tersarung coraknya... POKODOT! Ia langsung tak dirancang-memang masa beli dan pilih... eh, polka dot? Masa kemas beg baju... eh, polko dot lagi? Eh, baju yang ini pun polka dot? Nampak tak betapa mata Izanor sendiri pun terkejut dengan corak baju yang dot dot sana sini?


Entahlah... ikut hati yang berkenan dan juga keselesaan. Kita pun tak ada baju banyak sangat, jadi angkutlah-tak kisah dan abaikan kes polka dot. Apa yang penting, memang banyak biru dan pink. Ya, pilihan warna kesayangan amat disengajakan:D (Biru: kesayangan, Pink: aura kedai Pink)


Hm, tahun depan pakai baju bintang-bintang okey?


Okey, sekian catatan manis madu dan masam jeruk sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Sesungguhnya, setiap detik akan tersimpan kemas dalam lipatan hati Izanor. Sampai bertemu lagi! Terima kasih sangat-sangat!


*Senyum-senyum bunga semua*

 ^_________________^

9 comments:

Latifah said...

ha a la... baru perasan baju kak Izanor banyak yang polka-dot...
tapi kan, gambar kak Izanor kena make-up tu sangat cantikkkkk :)

Izanor said...

Itulah... polka dot, kelakar:P

Thanks, Latifah:)Ada yang cakap Kak Izanor telah bertukar: sudah tidak skema. Oh! Maknanya memang nampak SKEMA bila berkaca mata? Hehehe!

Kamila Husna said...

best la...tapi saya tak dapat pergi...harap dapat pergi tahun depan...

Izanor said...

Hai Kamila:) Hm, tak apa... harap kita dapat jumpa tahun depan dan belanja buku banyak-banyak, ya!

Lieya Starlish Queenz said...

hye kak izanor... saya mnta giler ngan kak izanor ni... hmmm.. apakata saya pnggil kak izanor "kak za" .:))
boleh x???

owh ya kak.. sya harap 1 jak ngan kak za n kak ain...... sya hrap sngt kmu dpt buat 1 pesta buku siri "AKU MAHU" d sandakan ni....... saya harap sngat...... hya e2 hrapan sya... ^^

Izanor said...

Hai Lieya!:D Mahu panggil kita Kak Za? Apa? Kak Za? Hmm... di blog ini bolehlah. Tapi, jika bertemu bertentang mata Lieya panggil Kak Izanor okey:)

Tentang harapan Lieya itu, Kak Izanor dan Kak Ain harus berbincang dengan pihak pengurusan dahulu. Agak sukar mengadakan pesta buku di negeri lain. Setakat ini pun hanya di negeri Sembilan dan Selangor. Sebolehnya kami memang teringin menjelajah ke merata tempat dan bertemu ramai pembaca. Ada rezeki dan peluang, kita pasti bersua!

Terima kasih. Kak Izanor amat menghargai sokongan Lieya!:)

Lieya Starlish Queenz said...

Ok... Saya hrap sngt kita akan b'jmpa sbb sya mnta sngt ngan kak za. Saya dan kwan saya ska bca novel-novel yangd tlis oleh kak izanor dan kak ain.

Dan saya b'mnat nak jdi sprti kak izanor dan kak ain. Sya nak jdi penulis novel yg b'jaya suatu hari nnti.
Doa kan saya agr sya dpt m'ikut jejak kak izanor. :))

Izanor said...

InsyaAllah... segalanya bermula dengan usaha dan semangat. Kak Izanor doakan yang terbaik buat Lieya:)

Lieya Starlish Queenz said...

terima kasih kak izanor....
skrng ni, sya tngh b'jnak2 dngn mnulis novel ni...

saya dah siaplan 2 set novel. satu b'juk 'Aku,Dia & Accessory'. the scond novel b'tjuk 'Kasih Yang Tak Abadi' ....