Saturday, July 16, 2011

OLE OLE OLE : Malaysia VS Liverpool

Tiba-tiba adik ada tiket lebih. Tiba-tiba adik bagi jersi warna hitam dengan pesanan: Nanti pakai yang ini. Kita tanya jersi belang-belang harimau tapi dia buat tak tahu. Serupa bercakap dengan angin lalu. Ceh.


Muka layu yang terpaksa menyarung jersi Liverpool


Ah, sebenarnya tak kisah pun sarung baju pasukan mana. Itu luaran semata-mata. Yang penting, Malaysia jantung hatiku. Masa ini baru masuk kawasan stadium. Masih tercari-cari lokasi strategik mata memandang. Sesak-panas dan tak selesa sangat-itu yang muka layu. Fufuh~



Sedang tahan dup dap sebab kegayatan dan tak sanggup toleh kecuraman di belakang. Masa inilah dia mahu balas mesej pun. Haish.


Okey! Bila tukang ambil gambar puas hati baru kami dilepaskan untuk terus mendaki. Mendaki lagi?


Agak bahagia kerana kekosongan kerusi di sebelah. Lapang terasa. Namun ada tekanan dari lelaki berbaju merah yang itu-sangat berdekatan. Dia dan pasangan pasti bergambar setiap kali Liverpool membuat jaringan sambil bergaya jari-jari (mengikut jumlah GOL). Fine mereka fanatik Liverpool.


Reaksi pasrah... eh, mereka dapat GOL lagi??


Ini kali pertama tonton perlawanan bola sepak pasukan negara di stadium. Sebelum ini hanya menerusi kaca petak TV sahaja. Seronok dapat buat ombak ole-ole-ole bersama ribuan penyokong dan peminat. Yeah! Terpaling bahagia adalah saat gendang dibunyikan dum-dum-dum dan nama Malaysia dijeritkan serentak dengan penuh semangat.

\v(^___________^)v/


 

*Malaysia tewas kepada Liverpool : 3-6

1 comment:

eMi mLi said...

3 lebih baik daripada telur ayam! Hehe.