Friday, September 2, 2011

Raya Biru Oh Biru


*Cermin kampung Senah White: Izanor Biru*



*Virus biru tersebar luas melibatkan sepupu-sepupu adanya*



*Okey selesai. Boleh bersurai dan memulakan perjalanan balik ke kampung*




Suka! Suka! Paling suka tudung biru yang banyak ton warna. Sekuntum mawar yang timbul di sudut V memang cantik. Model kena pusing belakang baru imej mawar cun akan kelihatan. Namun tak perlulah sebab nanti dikatakan berlagak (macamlah dia seorang dalam Malaysia yang beli tudung ini). Apa pun memang suka memang sayang sangatlah;)


Tudung dibeli awal sehari sebelum pasangannya (si baju). Sungguh yakin membeli kerana hati dan mata sudah sepakat. Terlalu suka sebaik terpandangkan ton warnanya. Terus tunjuk dengan jari minta penjual bungkuskan dengan jiwa yang menggunung rasa kemenangan. Ewahhh!


Pencarian baju berlangsung dengan agak terseksa. Berpuluh-puluh kedai dijejak dan dipijak. Sepanjang jalan TAR kaki melangkah (memang singgah banyak gerai tapi dalam jangka masa pantaslah. Mata bertugas melilau melirik cari sinar biru yang dihajati). Banyak warna biru namun asyik bertemu turqouise dan biru pudar-lemah-layu. Izanor mahu biru yang bersemangat sikit! Ada jumpa tetapi harganya pula ehem-ehem tidak mampu berkompromi dengan status beg dompet isk.


Takdir perjalanan mencari baju raya ternoktah di Seremban jua. Tiga hari sebelum 1 Syawal. Itu pun selepas 4 kawasan terbesar yang mempamerkan ribuan helai baju kurung diterjah. Harap ada bungkusan datang mengetuk depan pintu rumah itu memang tak mungkinlah.


Itulah. Itulah dia baju rayanya. Biru yang turqoise juga kan? :D Sekian catatan raya biru oh biru. Selamat hari raya semua!

2 comments:

Anonymous said...

Selamat hari raya kak izanor! Maaf zahir batin. Lawa gmbr yg last tu. Suka. ;)))))

Izanor said...

Selamat hari raya! Oh gambar lawa sebab terpacak seorang diri konon-konon model tingkap agaknya. Hehehe! Terima kasih:)