Monday, August 30, 2010

Sekeping Gambar Seribu Cerita


Ada apa dengan gambar ini? Eh, apa yang menariknya bergambar di tangga? Kenapa berdiri tepi sangat sampai merosakkan pemandangan gambar? Tak tahu seni bergambar ke? Muka nampak lemah semacam… kena paksa dengan siapalah agaknya?

Okey, okey... bawa bertenang semua! Tanpa perlu mendera otak masing-masing sehebat ahli fikir, penulis dengan sukacitanya akan membuat penjelasan bagi menjernihkan keadaan dan hubungan kita. Yea!;)

Sebenarnya... baru-baru ini Izanor menghadiri satu majlis berbuka puasa di Bangi. Majlis berlangsung di sebuah banglo dua tingkat dan itulah tangganya. Tiba-tiba Izanor jadi teruja melihat tangga dan terus merakam aksi bersama. Aksi? Berdiri di sudut tepi tanpa gaya dan emosi itu aksi? ;D Entahlah! Mungkin perut kosong kerana belum berbuka-itu yang nampak lemah. Hmm...mungkin juga itu wajah separuh gerun kerana ditegur jurugambar yang ganas. 

"Janganlah kelip mata!" Oh, dia memang ganas. Senyum pun tak jadi merekah.T__T

Itu sahaja sebabnya? Itu sahaja ceritanya?

Sebenarnya... ini kali pertama Izanor bergambar bersama si baju warna besi. Baju dibeli Mac tahun lepas sempena majlis kahwin sahabat baik. Mustahil tak ada gambar sepanjang majlis, sudahlah jadi pengapit! Huhuhu. Ada... bukan satu dua malah berpuluh-puluh. Jurugambar yang disewa saja ada tiga orang! Tambah dengan orang lain yang turut bawa kamera, huhu tak mahu ingatlah. Izanor memang segan dan fobia kamera.

Izanor diberi gelaran pengapit tak mahu senyum oleh si jurugambar. Bukan setakat tak senyum tapi tak pandang kamera-tak layan langsung pun-fokus pada pengantin semata-mata. Hehehe~

Jadi... kali ini berbeza. Izanor sendiri yang suka dan rela bergambar. Kononnya berbaju warna besi sebagai simbolik semangat menulis yang kebal, kuat dan tahan lasak. Sama seperti sifat besi!

Gambar sayup tak jelas mata memandang pun nak tunjuk?

Sebenarnya... Izanor jarang ambil gambar seorang diri. Yang gambar utama pada Facebook itu pun... itulah satu-satunya. Atas faktor imej dan pengenalan diri. Gambar-gambar yang sedia ada semuanya bersama dengan orang lain di sisi. Betul, tak?

Dalam bilik biru ini pun tak ada. Oleh itu... Izanor sengaja ingin berkongsi gambar ini. Biarlah walau di tangga dan salah sudut sekalipun. Janji gambar seorang diri. ^_^ 
   
Sebenarnya... niat di hati hendak 'membirukan' gambar ini. Sama seperti gambar utama di Facebook. Tetapi, niat dicampak ke laut sebab risau warna baju besi yang ingin ditonjolkan hilang serta-merta. Harap maklum wahai pembaca-pembaca setia. (=_=)

Sebenarnya... sebenarnya... bila nak habis? 

Sekeping gambar mampu mencipta seribu cerita. Kak Izanor sudah cerita tiga kisah di sebalik gambar yang bertajuk: 'Berbaju besi seorang diri di atas tangga'

Huh? Sesiapa yang hanya terbaca tajuk tanpa melihat gambar pasti terbayang pengawal memakai baju besi yang bersedia menjalankan tugas!:D Hmm, Kak Izanor sudah penat dan pedih-pedih mata. Tibalah masa untuk mengundurkan jari. Terserahlah kepada penilaian kreatif para pembaca bagi memberi kredit kepada si gambar.

Selamat hari merdeka! Sampai kita bertemu di catatan yang lain;)   

No comments: