Tuesday, September 7, 2010

Kad Raya Cikgu Bagi 'A'


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Di kesempatan ini, Izanor ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri buat semua pembaca tersayang. Semoga ceria meraikan 1 Syawal bersama keluarga tercinta. Selamat bertemu sanak saudara dan teman-teman yang dikasihi. Selamat bertentang mata dengan juadah-juadah yang enak belaka! Semasa kunyah lemang yang lazat, jangan sampai lupa Kak Izanor ya! Hehehe~


Kak Izanor juga dengan rendah hati memohon maaf atas segala salah dan silap. Antara kesalahan yang amat disedari dan menonjol ialah:

-Selalu lewat 'update blog' (>_<)
-Lewat menyiapkan manuskrip sehingga meraih perhatian ramai. Wowowo memang... wanted! :P
-Kadang-kadang terlepas membalas komen dan mesej-mesej akibat dari gejala 'sibuk ribut'. (@_@)


Semoga diri ini dimaafkan dan bersamalah kita memperbaiki setiap kelemahan demi masa depan yang lebih gemilang.(Fuh, bunyi seperti ucapan guru bertugaslah pula!)


Sebenarnya... ada cerita panjang tentang memori dulu. Cerita tentang kad raya buatan sendiri yang mendapat markah A. Tetapi, ia tidak mampu direalisasikan saat ini kerana talian internet yang sukar berkompromi. Untuk masukkan hanya satu gambar saja telah menelan selama 30 minit! Itu belum dicampur dengan tempoh proses yang asyik tersekat-sekat. Lambatnya mengalahkan perarakan si siput!


Isk, isk, isk... memang sedih! Kak Izanor sekadar mampu bertabah dan pasrah...


Sekarang ini sudah pukul 2.50 minit pagi! Kak Izanor sudah tidak dapat bertahan lagi. Tidak ada kudrat dan kesabaran menghadapi karenah 'talian internet yang siput'. Jadi... hanya paparan di bawah ini yang sempat ditinggalkan sebagai bingkisan raya. Paparan kkas buat pembaca-pembaca yang banyak menghadiahkan sokongan. Terima kasih sangat! 


Selamat Hari Raya! Sampai kita bertemu lagi;)


Riang Ria Raya ^_^

1 comment:

Unknown said...

selamat hari raya aidilfitri juga buat kak Izanor! =D