Thursday, August 26, 2010

Selamat 26 Ogos!

Hari ini ialah hari lahir Cinderellah... Sayangnya, tidak ada siapa pun di alam dongeng yang bagi ucap selamat. Mak tiri Cinderellah? Jerit suruh masak dan kemas rumah bolehlah! Kakak-kakak tiri yang kuat perasan? Menjeling pun hanya sebelah mata, inikan pula mahu meraikan Cinderellah, huh jangan mimpilah! Prince Charming yang diharapkan pula... membeku seribu ayat! Hmm, menangis terpilu-pilu jadinya Cinderellah. Hukhuk~


Siapa yang cakap hari lahir Cinderellah jatuh pada 26 Ogos?


Ada termaktub dalam hikayat alam dongeng ke?


Hmm... ini semua dusta! Cerita rekaan semata-mata. Maaflah pembaca-pembaca yang sudah terpengaruh. Sila ikuti perenggan seterusnya demi membongkar misteri yang pertama kali diwujudkan dalam blog ini. (Tak adalah misteri sangat pun. Jangan letak harapan setinggi gunung. Cukup sekadar serendah banglo dua tingkat)


Kak Long itu siapa?

Pada yang tak tahu lagi, Izanor ialah anak sulung dari lima beradik. Jadi, panggilan Kaklong itu sinonim dan mesra buat Izanor. Jadi... ya, benar! Misteri terbongkar tanpa bantuan ejen 007! Bravo... bravo! ;)


Selamat 26 Ogos! Selamat hari lahir buat Izanor! Kek ini dibeli oleh ayah dan menjadi isu sekeluarga...


Emak: Eh, kek warna-warni... tak ada kek buah?
Adik lelaki: Wah kek kaklong... (ketawa-ketawa)
Adik perempuan yang sudah masuk tidur tapi bangun semula: Isk, ingatkan ada kek buah la tadi.. bla.. bla.. (paling tak puas hati mengalahkan pemilik 26 Ogos)
Ayah dengan wajah tak bersalah: Alah, kek ini simbolik... tak kisahlah apa pun...

Seisi keluarga sambung berdebat. Izanor senyum rasa kelakar yang amat. Sebenarnya, apa yang paling penting ialah tanda ingatan. Tanpa kek pun tak apa. I am soOOO happy!


Kemuncak acara...


Habis makan kek-pergi dapur kemas pinggan ternampak sesuatu yang terang atas singki. Sesuatu yang berbentuk patung badut! Eh.. badut mana pula yang tersesat ini? Rupanya tadi badut duduk elok atas kek tapi dicabut oleh emak (sebab rasa tak sesuai langsung dan betapa kewujudan badut itu tak diperlukan) Semua orang tak faham dan bertambah yakin yang ayah salah beli kek. T__T


Adik perempuan: Sejak As kecil pun tak pernah dapat kek macam ini... umur Ayong dah berapa.. (terus gelak-gelak jahat. Ceh)


Tapi, Kak Izanor pun tak tahan gelak dibuatnya. Hahaha. Lihatlah badut yang tak bersalah...


Hari ini Kak Izanor ada buka Facebook sebanyak tiga kali. Walaupun tak kisah sebenarnya, tapi.. terhairan-hairan juga, kenapa tak ada orang bagi ucapan? Kenapa ya? (Perasan orang nak ucap selamat. Hehe) Sampai la terfikir sesuatu. Kak Izanor terus pergi periksa bahagian maklumat. Oh! Sendiri yang tak letak tarikh hari lahir, siapa yang akan tahu? Hehehe... okey, sila ketawakan kelemahan sendiri. Entahlah, dulu pernah letak rasanya... masa awal-awal daftar Facebook. Satu misteri baru! Kak Izanor tinggalkan semua dengan persoalan ini ;)


Sempena di usia baru... Kak Izanor hadir dengan semangat baru. Kak Izanor mahu lebih banyak menulis dan menulis. Kak Izanor pun tak mahu biarkan bilik biru ini lama-lama. Ada banyak cerita yang mahu dikongsi, terutamanya yang berkaitan dengan hari raya. Semoga semua pembaca tersayang akan setia berkunjung di sini. Selamat berpuasa hari ke 17. Sampai kita bertemu lagi! Senyum-senyum bunga ^_^

5 comments:

Unknown said...

selamat hari jadi. (walaupun hari ni dh 27 ogos -_-")

Fazl said...

Ya, selamat ulang tahun yang ke-2... hehe :D

Izanor said...

Thanks Nor Atiqah... sudi ucapkan selamat buat Kak Izanor;)

Emi Mli... ulang tahun yang ke-2 muda lagi, kan? :P Terima kasih!

Unknown said...

Selamat hari lahir Kak Izanor... Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki(walaupun dah 2 hari terlepas)

Unknown said...

Comel badut tu...haha...
Cantik kek itu..