Saturday, August 28, 2010

Status Manuskrip Dongeng Sri Bangsar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar semua? Apa cerita puasa hari ini? Kak Izanor harap semua pembaca masih bersemangat waja menahan lapar dan dahaga, ya! Jangan curi-curi pergi beli Paddle Pop sorok makan dalam almari atau buka periuk gulai masa tegak matahari:P Eh, eh, eh… siapalah yang buat macam itu?


Terkenang cerita zaman hingusan ke? Soal Izanor kepada Izanor. ;D

Kita abaikan sahaja perkara itu dan beralih kepada berita yang lebih penting. Ya, seperti yang telah digambarkan menerusi tajuk. Status manuskrip Dongeng Sri Bangsar: Cinderellah vs Rapunzelah.


Bulan demi bulan berlalu. Sekejap sahaja sudah berlabuh di Ogos. Segelintir pembaca sudah terhairan-hairan. Setiap bulan pasti ada yang bertanya. Ada yang tanya sudah terbit atau belum. Ada yang sudah mahu cari di kedai-kedai!


Fuh, memang gerun dan terketar-ketar Kak Izanor dibuatnya! (&_&)


Mengapa tidak siap-siap tulis lagi, ya? (Contohilah sifat si kancil yang cerdas, tinggalkan sifat si siput yang amat longlai itu! Nasihat Izanor kepada Izanor)


Okey, di sini Kak Izanor ingin memberi penjelasan agar semua pembaca tahu situasi yang sebenarnya. Sepanjang proses menulis Dongeng Sri Bangsar (DSB), terdapat beberapa gangguan luar yang timbul. Gangguan-gangguan yang dimaksudkan adalah seperti:

-Urusan keluarga dan kehidupan sehari-hari

-Kerosakan laptop yang berpanjangan

-Pengurusan masa

Walaupun masalah yang timbul itu kecil dan mampu diatasi, ia telah menyebabkan konsentrasi seorang penulis jadi terganggu. Kak Izanor usaha beri yang terbaik namun penghujungnya masih tak memadai. Kak Izanor tak mahu mengulas lanjut tentang gangguan ini kerana seolah mewujudkan alasan demi alasan pula. Apa yang Kak Izanor mahu pembaca-pembaca semua tahu ialah…


Kak Izanor ingin menyiapkan manuskrip ini secepat yang mungkin. Go go!
Kak Izanor mahu melompat keluar dari alam dongeng!
Kak Izanor tidak mahu termimpi-mimpi didera oleh keluarga tiri Cinderellah lagi. (~_~)

Sesungguhnya Kak Izanor terlalu segan pada Kak AinMaisarah dan Tuan Pengurus atas sikap toleransi yang melimpah-ruah. Mereka amat penyabar dan langsung tak pernah melayangkan walau sekeping kad kuning, apatah lagi kad merah!

Kak Izanor tidak ada muka yang mampu ditunjukkan kepada para editor buku. Mungkin ada editor yang sudah musykil dan was-was: Izanor itu betul-betul penulis sepenuh masa? Dia masih menulis ke?


Oh, satu kenyataan yang sadis. Hukhuk~


Kak Izanor juga rasa bersalah terhadap semua pembaca, penyokong dan adik-adik tersayang yang sering mengikuti perkembangan diri ini. Terima kasih banyak kerana tidak jemu-jemu mencurahkan sokongan. Terima kasih... terima kasih... !!!


Oleh kerana ingin berlaku jujur sekaligus meraih kepercayaan semua pihak, Kak Izanor ada menyelitkan dua paparan tentang manuskrip DSB dengan lebih terperinci. Sila tonton! :)



Okey... proses penulisan DSB telah siap sebanyak 176 halaman. Gambar ini tak berapa jelas. Namun, semua pasti boleh melihat jumlah halaman yang tertera di hujung bawah sebelah kiri. Sasaran halaman bagi melengkapkan kisah DSB ialah 200 halaman. Tetapi, ia mampu bertambah bergantung pada idea yang mungkin muncul dan muncul penuh aktif mengikut emosi Kak Izanor. Hehehe~



Okey, seperti yang boleh dilihat pada gambar... penulisan ini masih belum lengkap sifatnya. Kak Izanor belum memasukkan reaksi dan nama watak yang menyebutkan dialog. Sememangnya terdapat beberapa bahagian yang masih memerlukan suntingan dari segi ini.

Kesimpulannya, kira-kira tidak kurang dari 50 halaman yang mesti Kak Izanor kerjakan demi melangkah keluar dari alam dongeng dengan anggunnya-tanpa ditahan oleh para hulubalang istana. Huhuhu memang berdebar dan terketar-ketar~

Sekianlah catatan mengenai status manuskrip DSB. Kak Izanor harap para pembaca setia menanti. Semoga doa dan harapan mengiringi perjalanan ini. (Bunyi macam nak pergi jauh ke seberang laut sana)

Wish me luck! v(^_^)v

Senyum-senyum bunga. Sampai kita bertemu lagi! ;)

5 comments:

Unknown said...

bile agknye nk kuar ek bukunye??

Izanor said...

Hmm... Kak Izanor tak pasti bila buku akan terbit. Tak dapat beri anggaran masa lagi. Harap Nor Atiqah sabar ya, sayang!;)

Kamila Husna said...

caiyok!caiyok!kak izanor...nnti klu siap cpat...insya Allah....saya beli...hehe..

Izanor said...

Tooche Kamila. You are the best! ;)

Anonymous said...

kak izanor,best la novel tuu