Saturday, October 23, 2010

Musim Bunga di Kuantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hidup ini ada pasang dan surutnya. Putaran siang dan malam. Pertukaran gelap dan terang. Peristiwa keruh dan jernih. Rasa ceria dan duka. Kemunculan beban dan tuah. Detik riang dan kepedihan. Perjalanan hidup kita tidak semestinya berjalan seperti yang dirancangkan. Mungkin kita sudah memilih simpang yang tepat, namun terdapat liku-liku yang perlu ditempuhi dan dihadapi dengan seribu ketabahan.


Izanor sama juga seperti orang lain, bernafas setiap detik menjalani hari-hari dengan pelbagai peristiwa berkompaskan pusingan alam semesta. Bertentang mata melayani dugaan-dugaan yang menjelma. Memeluk hikmah-hikmah yang pasti ada.


Maka... terciptalah kisah di saat jiwa jaring (Baca: jiwa raga) diserang dan ditusuk duri-duri tekanan, satu tekad datang menyapa! Izanor buat keputusan terbang ke Kuantan! (Konon lebih dramatik guna perkataan terbang berbanding... pergi menaiki bas Transnasional)


Seperti status yang tertera di Facebook pada 27 September lalu, tujuan utama Izanor ke Kuantan ialah demi menyiapkan kisah Cinderellah dan selebihnya... bertenang, berehat dan berhari raya. Enam hari menyulam waktu di Kuantan amat meriangkan! Setelah gambar-gambar berjaya di-upload dengan sukses, Izanor begitu berbesar hati mengajak pembaca-pembaca turut sama merasai pengalaman yang berbunga-bunga. Yezza! ;)

Bilik beradu Izanor sekaligus ruang menulis yang utama. Katil bersaiz besar, selimut tebal serta cadar katil yang berbunga-bunga! Bantal peluk panjang pun ada. Ya, bilik ini dikhaskan buat Izanor seorang! Semasa tidur, mulalah mimpi seolah puteri kayangan yang sedang bersiar-siar di taman bunga;)  

Sofa di ruang tamu. Siang hari yang cerah, Izanor menulis di sini. Sesekali, Izanor berbual atau menjeling rancangan yang sedang ditayangkan. Maklum sajalah... ruang tamu itu tempat rasmi peti TV. Hehehe:) 

Izanor rasa gumbira sangat dibelanja makan Nasi Daun Pisang. Pertama kali makan beralaskan daun pisang yang lebar bonar (kata orang negeri:P) memang terpegun kagumlah juga! Sayang sepuluh kali sayang... Izanor makan tak habis. Nasinya banyak sangat. Perut Kak Izanor memang tak larat! Lebih-lebih lagi bahagian nasi yang sudah dibanjiri kuah kari, pedas sikit. (>_<)

Yeah, comel tak? Comel amat! Inilah kuih raya idaman yang sudah lebih setahun Izanor mengidam mahu makan dan hasrat itu tercapai akhirnya. Tat Manggis! Sedikit info ya, teman baik Izanor menjalankan bisnes membuat kek. Dia juga pandai mengadun kuih-kuih raya yang comel dan lazat! Tahun lalu, Izanor hanya mampu menelan air liur saat melihat imej kuih yang dihantar menerusi MMS. Pos laju dari Kuantan ke Negeri Sembilan satu alternatif yang bagus, tetapi apalah ertinya jika kiriman yang diterima itu nanti berupa manggis retak yang gugur ke tanah! Abaikan saja, tak perlu sebarang latihan imaginasi ya :D


Hari pertama ketibaan Izanor di rumah itu, Tat Manggis masih terisi separuh balang. Setiap hari, setiap sesi iklan-berehat melegakan mata dari mengadap laptop... kuih unggu ini pasti dicari! Teman baik Izanor tak sanggup makan walau seulas manggis kerana begitu sukar proses membentuk dan mencomelkan ia. Sampai begitu sekali perasaan si Tukang Kuih! Izanor tak pasti pula sama ada ibunya makan atau tidak.


Tanpa perlu bermain teka-teki lagi wahai pembaca semua, jujurnya Izanor beritahu... balang itu kosong pada hari yang ke-5. Siapa yang makan dan habiskan? Jawab dalam hati masing-masing sudah memadai. Lalalala:P  Oh, sekarang terasa mahu makan Tat Manggis lagi!

Tada! Dapat teka ini kuih apa nama? Ehem! Ehem! Ini pun salah satu kuih raya kegemaran Izanor. Okey, ini kuih Mama Carrie. Versi kuih yang asal kebiasaannya berbentuk love-gula icing di tengahnya pula warna putih dengan coral tulisan coklat. Teman Izanor sengaja guna bentuk lain. Gabungan hijau muda dan pink memang cun! Sedap memang sedap, namun Izanor lebih menyukai Mama Carrie yang biasa.


Kesimpulannya, balang kuih yang ini terselamat dari berstatus kosong! Hehehe:P

Roses! Ini baru bunga yang sebenar. Cantik dan menarik. Namun, Izanor kurang menyukainya. Rasa sekali, tak jatuh hati dan terus tak mahu lagi. Mungkin, bahan kuih yang berasaskan coklat semata-mata menyebabkan tekak sedikit jemu. Entahlah... jika Cadbury yang kosong itu Izanor suka pula. Izanor memang sukakan coklat, tetapi yang Roses ini tak berapa menepati selera agaknya.

Ini catatan tentang pengalaman di Kuantan atau jenis-jenis makanan? (Tanya suara-suara yang sudah sangsi, opss!)

Eh, beg biru pekat itu berbunga-bunga? Yalah... mestilah bawa beg yang bersesuaian musim bunga! (Padahalnya, bukan ada banyak beg pun:P) Perjalanan pulang menyaksikan dua-dua beg terlebih berat kerana dibebankan dengan keropok lekor. Dibebankan? Tak, tak... Izanor sengaja membebankan beg dan bahu demi memuaskan hajat si perut. One of my favourite food, nyum nyum! :D

Cerita tentang makanan lagi? (Soal beberapa pihak yang sudah tertekan!)
  
Wajah kesayangan beta! Inilah teman sejati @ Tukang Kuih yang baik hati menerima kehadiran Izanor selama 6 hari di Kuantan. Kesudian beliau menyerahkan laptop untuk digunakan Izanor seberapa lama yang diingini-sesuka hati hanya tuhan mampu membalasnya. Izanor juga turut terharu dengan layanan ibu beliau yang sentiasa mementingkan keselesaan diri ini.


Izanor tak makan makanan yang pedas-pedas. (Orang negeri Sembilan celupkah? Huhu mungkin!) Sejak kecil lagi, lidah memang tak tahan. Ibu beliau sanggup kurangkan sukatan cili dalam masakan semata-mata bimbangkan daya tahan tekak Izanor. T____T

Izanor serba-salah dan sungguh segan. Oleh itu... mari lupakan perenggan di atas!

Mencecah usia 10 tahun, persahabatan kami adalah sesuatu yang hebat. Menonton Magika-makan Tripple Cheeseburger sambil bersila atas pasir TC-minum air gelas besar-melawat keindahan SSF-konon dua penyewa yang duduk rumah bujang... semuanya seakan musim bunga yang ceria dan indah!


I LOVE Kuantan! Terima kasih Azureni Maznan! (Izanor panggil dia dengan nama Azu)


*Gambar kami berdua ini diambil semasa perjalanan menuju ke terminal bas. Kereta dipandu oleh kakak sulung Azu yang sempat membekalkan kuih tikam batu :D (Eh, betul nama kuih ini kan?)

2 comments:

[are~tiQah] said...

Uiikkss! Terliurlah tgok gmbar kuih2 tu! =D

Izanor said...

Hehe! are~tiQah, memang kuih Tat Manggis yang paling best :D