Friday, December 17, 2010

Mendaki Bukit Fraser

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ini kisah cuti-cuti di Bukit Fraser awal bulan lepas. Bila? Tarikhnya 6 November yang jatuh pada hujung minggu. Sekejap saja kami sekeluarga di sana. Hanya semalaman yang dingin. Semalam yang menyaksikan Izanor berbungkus selimut tebal.
  

Bukit Fraser memang tenang dan nyaman. Jika dapat habiskan masa dua minggu secara solo rasanya berbaloi juga. Berbaloi bagi pengaliran idea yang lebih pantas dan deras. Tengoklah... mungkin ada kesempatan pada masa depan yang lebih gemilang. *Berangan Minah Jenin*


Detik penuh ketenangan. Lima belas minit tiba di rumah penginapan. Mereka yang lain sibuk mengisi perut manakala kami berdua (Izanor dan tukang ambil gambar) fokus dan menikmati kedamaian ruang tamu. Oh, sofa putih yang empuk!


Masih lagi tenang. Beria semangat angkat kerusi bawa ke tepi tingkap. Lawa sangatlah langsir sebagai latar?

Kenapa asyik bangkitkan isu tenang? Ha, ini yang mahu beritahu... ketenangan itu hanya sementara. Beberapa minit kemudian Izanor jadi 'wanted'. Ayat dimulakan dengan, "Kaklong..."


Selebihnya tentu dapat dijangka bukan? Ya, dalam situasi kami yang seramai-semuat 5 buah kereta, memang banyak permintaan, ajakan, suruhan, rayuan dan segalanya itu menuntut perhatian diriku gamaknya begitu berharga. Hehehe! Biasalah, nama pun saat-saat kuidamkan bersama kaum kerabat.


Comel solo.

*Kak Izanor pun merasa juga. Yea! Setakat buat pengakuan sudah cukup. Tidak perlu tunjuk gambar. Beri peluang model comel yang lebih sesuai* 


Comel berlima.


Sepuluh budak comel! Selepas melalui pelbagai seksaan akhirnya pasukan aktif ini berjaya dihimpunkan jua. Itu pun sesaat kamera berbunyi klik, yang duduk paling depan itu mula bangkit, berdegil dan tidak mahu ditenteramkan lagi.


Sabar! Sabar... tunggu pasang lilin dulu.


Selamat potong kek! Mereka yang ditakdirkan lahir antara bulan September hingga Disember. Saat ini wajah-wajah pada gambar sebelumnya sedang menyanyi dengan penuh huru-hara yang menggemparkan jiran sebelah. Lalalala~


"Rumah siapa yang mahu dirompak?" *Kecil-kecil dulu tak pernah dapat pakai, kan?*


Semua jerit Gol! Biasalah, Izanor kononnya berlagak sopan. Tak kuasalah nak jerit-jerit dan angkat tangan tinggi-tinggi! *Segan yang lebih, hu*


Terkenang muka skrin laptop...

*Orang yang tidak siap kerja pergi bercuti pasti dilanda trauma*


Itu dia... bukti kami menggegarkan Bukit Fraser. Bravo semua!

Kesimpulannya, memang seronok dan bahagia meniti detik-detik bersama keluarga, walaupun seketika. Okey, senyum-senyum bunga! Sampai bertemu lagi ;)

*Semalam sudah bertemu, hari ini pun... ada kemungkinan esok bertemu juga? Mungkin... mungkin! :D

7 comments:

Riha J said...

Wah Bukit Fraser ;')

Sungguh tenang.

p/s: Suka pose di tangga, hehehe.

Izanor said...

Hehehe! Biasalah, tangga memang lokasi pose yang popular!

Khazinatul Yusra said...

Yeay ! Kak Izanor update jugak \(^_^)/ sudah berjanggut wawa tunggu . Hahaha .

Jeleousnya tengok gambar-gambar ni !

Kak Izanor ada bakat menjadi .... erk, yang pakai topeng tu namanya apa?

hehehe :)

Izanor said...

Tengok janggut sikit? *jungkit-jungkit kening*

Ala, jealous ke? Kak Izanor ingatkan dapat ceriakan hati Wawa. Misi tak tercapailah nampaknya:D

Model topenglah ^_^

Khazinatul Yusra said...

Hahaha - jangaut dalam mimipi . sungguh hodoh kalau perempuan ada janggut -,-"

Yeay , mengembirakan hatiku tapi ada babak-babak jealous . Hehehe :D

Model zorro , wanita ! ^^

Izanor said...

Okey, nanti Kak Izanor buat kemunculan dalam mimpi Wawa dan tolong potong janggut yang tak cun itu. Hehehe!

Jealous pun takpa la, janji Wawa tersengih :D

Khazinatul Yusra said...

hahahaha :D . Ku tunggu kemunculan mu wahai Kak Izanor ! Tak sabarnyaaa :))Harapnya Kak Izanor potong dengan penuh bergaya :P

Jealous itu penting ! muahah :P