Wednesday, January 12, 2011

Apa Cerita?

Salam 12 Januari...

Rutin harian berfungsi seperti biasa. Buka laptop, kemas rumah, tutup laptop, tonton TV dan sebagainya. Jalan-jalan melawat halaman blog orang lain. Jeling dan tinjau status Facebook orang lain. Namun, perjalanan hidup sendiri tak bergerak-tersangkut... beku dan kaku. Kenapa? Kenapa?

Kata ada cerita tentang Aku Mahu Superbibik yang dikhabarkan pada catatan sebelum ini? Kononnya kurang dari 24 jam, kan? Mana? Mana? Isk, isk, isk...!

Maaf, maaf, maaf... sebab tak mampu mengotakan apa yang dikata. Entahlah, mungkin disebabkan kurang sihat, maka idea menulis jadi malap dan suram. Kebelakangan ini penulis agak penat. Penat dengan segala bentuk beban yang berderet-deret. Berebut-rebut angkat tangan minta perhatian. Ya, beban pun pandai angkat tangan!:P

Apa pun, usaha mencairkan si beku-beku sedang giat dilakukan. Proses pemulihan tenaga seperti memecahkan si buntu-buntu menggunakan tukul besi juga dipercayai sangat berkesan dan efektif. Lihatlah, Izanor bukannya duduk sekadar goyang pinggang dan kaki, ya! *Tepuk tangan seisi dewan*

I`ll be back soon! ^_^

3 comments:

no name. i'm sorry said...

gud luck! all the best. :))

Unknown said...

Terus menulis, kak Izanor! Chaiyok! Aja-aja fighting! ;D

Izanor said...

Thanks Ima dan Atiqah! Fuh! Fuh! Itu Kak Izanor tiupkan kasih sayang menerusi skrin laptop. Harapnya diterima dan simpan dalam lipatan hati, okey! Hehehe~