Thursday, December 1, 2011

Perjumpaan Tahunan Pembaca AinMaisarah: Banglo PINK



Sesi perjumpaan yang dianjurkan oleh AinMaisarah serta tim bermula dari 26 hingga 28 November. Tiga hari yang berseri dengan tema PINK POLKA DOT dan kehadiran para pengunjung. Alhamdulillah! Izanor sempat meluangkan masa selama dua hari yang awal. Berkesempatan bertemu beberapa lagi wajah baru pembaca buku-tak dilupakan wajah yang pernah bertentang mata sebelum ini.


Rasa seronok berterusan apabila dapat bertemu dan berkenalan bersama rakan-rakan penulis yang lain. Seronok dan bahagia berjalan-jalan sekeliling - turun naik tangga banglo tanpa kasut. Ya! Walaupun berpakaian tidak mengikut tema majlis, itu sama sekali tak menghalang emosi seronok. Eh, memanglah biru-yang penting tetap ada corak bulat-bulat polka dot, kan? Sejujurnya sudah mencari-pusing 360 darjah setiap kedai yang berpotensi. Tapi, lokasi pilihan hanyalah di sekitar Seremban. Memang tak ada (ada satu dua tapi tak berkenan di hatiku) baju warna pink. Percayalahhhh~






Jutawan Gedik - Gadis Bintang - Hero Bonda Pet. Tiga buah novel terkini terbitan Blink Book.



Empat puteri bersama bakul ajaibnya (v_______v)v



Pelukis ilustrasi watak-watak novel Blink Book Puan Illy Muzliza. Detik pertama kami bertemu. Ehem! Si kecil yang comel pun pandai berseluar polka dot. 




Cik Ann editor Blink Book yang turut berpakaian pink. Ini kali... hm, sudah banyak kali bertemu:D Banyak kali bergambar bersama juga.



Tuan Irfan Jani. Penulis dan penerbit buku. Rasanya sudah lima kali bertemu. Eh, baju beliau pun ada belang pink-lah.



Tuan Aman Wan in da house:D Ini kali kedua kami bertemu. Berbaju pink lagi. Sama seperti video di bawah.


Kenapa mesti (kecoh) beritahu jumlah berapa kali bertemu? Ini catatan kajian penduduk atau apa? (soalan terpendam para pembaca blog)




Bagi sesiapa yang belum tengok video mempromosikan novel Jutawan Gedik dipersilakan klik SINI ;D




Sesi berinai - makeover - lukisan karikatur - spa muka - medicure penjagaan kuku - berfoto - dan permainan paintball. Antara semua aktiviti yang seronok ini hanya satu, diulang... hanya satu yang dapat (sempat) Kak Izanor melibatkan diri. Itulah, dalam pada seganlah-tak suka tapi berusaha untuk suka, tak disangka-sangka menjejak kaki ke bilik foto dan berfoto-fotolah adanya. Yang solo ada-tersangat segan sehingga menyuruh dua saksi berpaling ke belakang. Yang  beramai-ramai pun ada-ini kira suka dan rela. Ya! Bikin kecoh secara berkumpulan memang kurang segan:D Entahlah! Belum ada seorang pun yang dapat salinan foto riang lalala penuh kekecohan itu.



Papan khas untuk lakaran tandatangan-kenangan dan kata-kata penghargaan.



Seminar penulisan Teknik Surah Yusuf oleh Cik Azzah Abdul Rahman.



Sesi Selamba dan Stylish Speaking bersama Coach Sha yang cool.



Sesi eksperimen Tim Best dan kawan-kawan oleh penulis Umi Danial.



Sesi konon-konon banglo ini kamu yang punya hehehe!


Baik, sekian saja catatan penuh keseronokan ini. Semoga kita bertemu lagi pada perjumpaan tahun hadapan dengan tema yang tentunya lebih seronok dan meriah. Hamboiii! Tak sudah tak surut-surut seronok ya! Hmm... sebenarnya, Kak Izanor akan mula sibuk untuk melengkapkan kisah dongeng Senahwhite. Tidak ada minit yang menunggu! Tidak ada jam yang boleh dibazirkan! Memang mesti tamak-kaut-genggam semua masa yang ada (ewahhh). Kenapa? Kenapa bersikap terlampau dramatik? Sebab...



1) Siri Hero Sri Bangsar sudah mengganas-ada 4 buah!



 2) Watak-watak Hero Sri Bangsar mengganas ala DIVA di papan polka dot!



3) Di buku nota juga haishhh!

Ini bukan cerita dusta. Sama sekali bukan gosip. Hakikatnya sepanjang menghitung detik di dalam banglo, Azanil Fitri asyik berlagak dengan Izanor Sharif. Ada saja kata-kata angkuh dan ejekan. Mana Alakudin? Mana Senahwhite? Lihat Gadis Bintang! Lihat Hero Bonda Pet! Empat ayat ini baru contoh yang pendek. Banyak lagi ucapan beserta aksi tersengih sinis-ketawa penuh sindiran yang ditayangkan oleh Azanil Fitri. Pinjam mulut celupar Milo agaknya.


(T_________________T)

Huh! Memang Kak Izanor angkat bendera-rasa ingin bermusuhan dan mengumumkan peperangan! 


Tak-tak-tak. Kak Izanor masih normal dan waras. Memang pun Azanil Fitri berlagak dan kuat mengusik. (sesiapa yang sudah jumpa mesti maklum:D) Tapi, kami saling bergurau dan menyokong sebenarnya. Berlagak pun dengan tujuan untuk memotivasikan. Biarlah, sikit pun tak ambil hati. Kak Izanor yang salah sebab slow siput menulis. Kerja pun lambat siap isk-isk-isk!


Kak Izanor tumpang gembira dan seronok lihat novel Hero Sri Bangsar sudah ada empat. Seluruh rasa seronok yang dikumpul harapnya berterusan menemani minda sepanjang proses penulisan. Walaupun ada tekanan-risau dan panik, rasa seronok menulis perlu ada demi penghasilan karya yang jujur. Doakan Kak Izanor mampu tulis cepat disamping menghadapi ragam tujuh Wannababes yang kerdil. Aku mahu tulis sepantas roket. Amin!


Sampai bertemu lagi! (^_______________^)

3 comments:

Rashidah Idris said...

Kak Izanor dengan Abg Azanil comel la. Rindu nak jumpa lagi. Rugi tak pergi :(

Izanor said...

Tak apa Rashidah. Jangan terasa rugi mahupun bersedih. Kak Izanor sentiasa ingat Rashidah. InsyaAllah, tahun depan kita bergambar bercomel-comel bertiga-tiga. Hehehe! (bunyi macam ajak berkawat kan)

Rashidah Idris said...

Wah ! Terharunya. Hehehe. Baik, tak sabar nak tunggu nanti :p