Monday, February 22, 2010

Book Thong!

Lihatlah dunia! Ini penanda buku yang dihadiahkan oleh kedai Book Xcess untuk semua peserta BACA @ LRT dua hari yang lalu. Penanda buku riben buatan tangan ini dipanggil Book Thong. Kak Izanor terlupa mahu ambil gambar. Hari ini baru teringat. Kak Izanor suka sangat apabila diberi warna biru! :D Okey, tak baik tipu. Yang sebenarnya, pekerja kedai telah bertanya warna kehendak hati dan Kak Izanor pun pilih warna biru.

Terdapat macam-macam bentuk dan simbol. Kak Izanor dapat bintang dan `love` ^_^

Tadi, selepas keluarkan dari plastik Kak Izanor terus tandakan di sini. Ya, Kak Izanor sudah sebulan membaca Impiana tapi tak habis-habis lagi. Huhu. Kak Izanor hanya dapat baca sekejap-sekejap bila berehat dari alam dongeng. Apa boleh buat, Kak Izanor perlu berlumba dengan masa~

Setakat ini berhenti di muka surat 97 : babak Shasha yang tiba-tiba ditangkap! Hai, tak tahulah bila baru dapat menyambung kembali.

Kak Izanor bercadang untuk menghadiahkan Book Thong kepada lima pembaca terawal yang membeli novel Aku Mahu Superbibik dan bertentang mata dengan Kak Izanor semasa Pesta Buku nanti. Mari kita lihat siapa yang kena ;) Wah, kena kumpul duit dan pergi lagi ke kedai buku tersebut nampak gayanya! :D Baiklah, Tizz Tiranah sudah menjerit memanggil Kak Izanor. Tinggal dulu! Senyum-senyum bunga semua dan sampai bertemu~

(Tizz Tiranah : Salah seorang watak utama dalam siri Dongeng Sri Bangsar)

9 comments:

Riha J said...

Ish, lima pembeli buku terawal Aku Mahu Superbibik? Ini tidak boleh jadi. Yes, Riha akan jadi Superwoman membeli buku Superbibik! Hurrah :D :D

Izanor said...

Superwoman? Okey! Kak Izanor tunggu Riha terbang dan mendarat di PWTC. Mesti pakai baju yang ada lambang `S` Hehe:D

Fazl said...

Saya nak tempah terus daripada editor PTS! :p

N.N said...

Kak Izanor nati akak simpankan nanti saya beli tapi maybe lambat sikit lah hihihi (tolong simapankan buku dgn book thong)thanks

Izanor said...

Emi: Hasrat yang bagus :D

Miss whatever: Buku memang ada banyak. Tapi, penanda buku Book Thong untuk lima yang terawal. Huhu, tak dapatlah Kak Izanor berjanji. Apa pun, Tasha usahalah jadi orang yang pertama! Terbang macam Riha:P

Anonymous said...

aremean86:
kak, klu xsempat nk g pesta buku tu cam ne???huhuhu

N.N said...

boleh aje... tapi kak ain punya best freind khawin 20 march

Izanor said...

Aremean 86: Tengoklah. Nanti kita cari masa sebelum mula Pesta Buku. Apa-apa akak contact;)

Miss whatever: Ok,kenduri kahwin 20Mac. Pesta Buku mula 19 Mac. Cuti sekolah masa tu. Apa pun cuba yang semampu mungkin. Ada rezeki mesti dapat datang cepat punya:)

N.N said...

no problem